:: About Me ::
Name:NuRuL SaLeHaH MoHd YuSoF
Hometown:PeRaK
See my complete profile
Previous Post
Archives
:: ShOuTBoX ::



:: Sembang-sembang ::



:: Friends ::
:: Links ::
:: FoToPaGes ::
:: Education ::
:: Powered by ::

Isnaini Dot Com

BLOGGER

 

 

 
  Friday, February 25, 2005  
 
 
LM!!!
Tadi ade brieffing pasal LM yang bakal kitaorang hadapi 3-4 bln dari skrang. Ade 2-3 maklumat yang kena aku highlight kan.. kalo tak kang lupa lak. Dah larr aku nih mmg jenis pelupa


18/4/2005 : Penempatan awal..still leh wat rayuan kalo tak puas hati
(Check nama kat sini)
16/5/2005 : Penempatan akhir
20/6/2005 : Senarai muktakmad..confirm!!!
Bende yang wajib dibuat:
contact ngan member yang satu sekolah
lantik leader
buat 'lawatan awal' ke sekolah
ehmm..weekend kali nih aku tinggal sorang2 kat bilik...huhuhu!!! Study week dah start, rumet ngan member ramai yang nak balik umah. Aku???..isnin nih ade exam TITAS..huhuhu!!!
posted by NuRuL @ Friday, February 25, 2005   0 comments
 
 
  Tuesday, February 22, 2005  
 
 
Petang semalam, waktu aku ngan rumet2 tengah bersiap2 nak pegi beli makanan, perbualan yang tercetus

Sue : cuba korang susunkan warna kat traffic light tuh ikut susunan.

Aku ngan Ija dah pelik semacam..apsal tiba2 keluar topic traffic light nih.

Ija : ehmm! hijau, kuning, merah kot.
Sue : Nurul..camne?
Aku : jap..nak pikir..Kuning, merah, hijau kot..
Sue : (tersenyum) mesti ada kot kan kat belakang..

Aku ngan Ija jungkit bahu jerr.Satu soalan lagi yang Sue tanya

Sue : Jangan tengok jam korang. Bagitau aku, nombor 6 kat jam korang bentuk ape?
Aku : Nombor 6 ( confident jer aku jawab)
Ija : Nombor

Segera aku capai Jam BUM aku kt atas meja..oppps dah tersilap. Takde nombor pun..titik jerr tgk jam yang satu lagi yelah exactly nombor 6.

Aku & Ija : Kesimpulannya?
Sue : Hidup nih, kita hanya melihat, tak memerhati

Eh..bukan sama ker maknanya? Cikgu BM dulu pun kata perkataan seerti bagi melihat adalah memerhati so..ape bezanya kan? Aku nak huraikan lebih2 aku pun bukannya pandai sangat. Ape yang aku faham, memerhati tuh lebih kepada menghalusi sesuatu perkara..Merenung makna disebalik satu2 benda tuh. Kadang2 satu2 benda tuh, tiap2 hari kita buat, tiap2 hari kita tgk ( cthnye jam tadi) tapi bila orang tanya balik kat kita, kita sendiri teragak2. Kalo tak jam pun, HP.. tiap2 hari kita call..takpun hantar SMS kat kawan2 kita, kat family2 kita.. tapi cuba tanya., kita ingat tak nombor2 yang kita duk contact tuh. aku sendiri pun, tak suma nombor aku ingat..Apa pulak kaitannya dengan kehidupan? Banyak perkara yang kita dah lalui sepanjang hidup kita nih, banyak kejadian yang kita dah tengok..dah lihat tapi antara kita sedar dan tak sedar, setiap2 perkara atau kejadian tuh ade pengajaran di sebaliknya, ade hikmah yang terselit. Kita merungut..merintih bila mana kita tak dapat apa yang kita nak, sedangkan apa yang Allah berikan untuk kita tuh dah merupakan yang terbaik ( Al- Baqarah 216). Aku akui, aku pun masih belum ke tahap untuk 'memerhati' tuh. Kadang2 masih tersasar dari landasan hidup nih. Cuma, apa yang aku harap kita nih masih boleh berpesan2 dan masih boleh tegur menegur untuk ke arah kebaikan.
posted by NuRuL @ Tuesday, February 22, 2005   0 comments
 
 
  Saturday, February 19, 2005  
 
 
Kenapa orang suka membuat gossip tanpa amik kira kesahihan satu2 cerita tuh. Tak pasal2 aku dah digossipkan gara2 aku dan Naim bertukar kenderaan. Padahalnye Naim pinjam keta aku sebab nak selesaikan projek die...dan tak nak susahkan aku, dia kasi guna moto die. Tup2..ade orang yang bertanyakan aku hubungan kitaorang yang sebenar... dari first year lagi 'citer' antara kitaorang nih dicanangkan...tapi seingat aku dah lama citer nih senyap jerr... tapi tgk bende2 camnih kononnya menguatkan lagi larr andaian diorg nih..jgn kata kawan2 aku..yang kawan2 Naim pun sama gak nak usik2...Silap aku ngan Naim gak larr kot, tak penah nak menafikan. Ingatkan dengan buat dek, bende nih akan hilang sendiri. Lepas nih kitaorang kena wat announcement ko kt penghuni2 IK tuh..tak pun wat sidang akhbar...panggil wartawan Berita Kampus..hehehee..senang!!! Satu USM nih leh tau kisah sebenar!
posted by NuRuL @ Saturday, February 19, 2005   0 comments
 
 
  Thursday, February 17, 2005  
 
 
borang LM
Banyak benda yang harus difikir nak isi boring LM nih, agak berserabut fikiran aku. Ditambah pula dengan nak menghadapi saat "cuti" nih Kesian pulak orang2 sekeliling aku bila aku asyik moody semacam. . Tanya senior pengalaman diorang, ade yang cakap camtuh.. ade yang cakap camnih..tempat tuh ok..tempat nih tak ok. Obrsever tuh ok, observer nih tak ok..Pening!!! Aku rasa suma bakal2 cikgu kt USM yang nak LM nih berdebar2. Time2 camnih dah takleh pikir nak sama ngan kawan2 sendiri. Ikut nasib larr kalo dapat sama pun. Lagi lama aku simpan boring tuh, lagi lama aku berfikir agaknya, selagi tuh jugak tak tetap pendirian aku. Even ade orang yang kata kat Taiping nanti dapat Ong Saw Lan yang observe ( diorang kata die nih strict abis), even ade jugak yang kata students2 taiping perangai bleh tahan jugak nakalnya. Even ramai geng2 aku mintak kat SP nun..biar lah..aku dah malas nak pikir. Anggap larr semua tuh nanti cabaran yang bakal aku hadapi. Kalo nak ikut sama ngan geng2 pun, posting nanti sorang2 jugak. Bangun pagi2 tadi, aku isi boring yang terbiar kosong tuh, dari isnin ari tuh.. keputusan aku tetap..Taiping & Kepala Batas..TITIK!!! Sebelum lecture PGT 311 aku dah pegi antar. Selesai satu cerita!!!
posted by NuRuL @ Thursday, February 17, 2005   0 comments
 
 
  Saturday, February 12, 2005  
 
 
Suntik semangat pelajar untuk hadir ke sekolah - NGO

KUALA LUMPUR 10 Feb. - Garis panduan baru Kementerian Pelajaran yang tidak membebankan pelajar sekolah dengan kerja rumah keterlaluan mampu menyuntik serta membakar semangat mereka untuk terus hadir ke sekolah.
Beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh akademik yakin garis panduan itu berpotensi mewujudkan suasana pembelajaran yang meriangkan di sekolah.
Bagaimanapun kata mereka, guru-guru perlu menghormati serta mematuhi langkah tersebut supaya ia dapat dilaksanakan dengan lancar.
Tokoh pendidik, Prof. Tan Sri Awang Had Salleh berkata, langkah kementerian itu dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh para pelajar selama ini.
``Guru-guru seharusnya tahu tujuan mereka memberi kerja rumah kepada anak muridnya ini.
``Dengan adanya panduan ini saya percaya pelajar-pelajar di peringkat rendah tidak akan berasa takut untuk sekolah di mana mereka anggap ke sekolah pasti pulang dengan kerja sekolah yang banyak,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka hadapan Utusan Malaysia hari ini bahawa semua pelajar di negara ini tidak lagi dibebankan dengan kerja sekolah yang melambak ekoran garis panduan baru kementerian itu.
Melalui kaedah baru itu, setiap kelas akan mempunyai satu jadual yang ditampal pada dinding menetapkan bilangan kerja rumah yang telah diberikan oleh setiap guru.
Menurut Awang Had, ada sesetengah ibu bapa beranggapan bahawa segelintir guru malas kerana tidak memberi kerja sekolah kepada anak-anak mereka.
Sebaliknya kata beliau, ibu bapa perlu mengikis fahaman itu kerana pemberian kerja rumah yang banyak tidak menjamin kepintaran anak mereka.
Presiden Majlis Permuafakatan PIBG Nasional, Prof. Madya Dr. Mohd. Ali Hassan pula berpendapat, guru-guru perlu mematuhi garis panduan tersebut demi menjamin kecemerlangan mutu pendidikan anak murid mereka.
``Saya berharap kaedah baru ini perlu mendapat perhatian daripada para guru bagi menjamin dasar pendidikan yang cemerlang,'' katanya.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Prof. Madya Dr. Rahman Daud percaya garis panduan itu dapat mewujudkan pembelajaran yang lebih baik dan tidak akan membosankan pelajar untuk ke sekolah.
Sebaliknya, mata pelajaran seperti Matematik dan Sains perlu diberikan latihan yang banyak kerana ia memerlukan latihan yang banyak setiap hari.
``Guru-guru juga perlu memikirkan kesan daripada pemberian kerja rumah yang melambak kepada anak muridnya.
``Saya percaya ini satu langkah baik daripada kementerian bagi melahirkan pelajar yang rajin ke sekolah,'' katanya.
Komen aku : Makin manja larr students2 sekarang!!!
posted by NuRuL @ Saturday, February 12, 2005   0 comments
 
 
  Thursday, February 10, 2005  
 
 
tahun baru
Salam tahun baru untuk semua... moge tahun baru nih akan membawa kite berhijrah ke arah yang lebih baik berbanding kehidupan kita yg dulu. Sedikit pengisian dari saudara Suardi time jamuan MPRS III baru2 nih..
Satu hari, Rasulullah S.A.W berkumpul bersama para sahabatnya...dan berkata, jika kamu hendak melihat salah seorang ahli syurga, lihatlah orang yang akan melintasi pintu masjid ini... tak lama selepas itu, seorang lelaki pun melintasi pintu itu. Salah seorang sahabat Rasulullah yang tersangat ingin tahu sebab lelaki itu dipilih untuk jadi ahli syurga mengambil keputusan untuk bermalam di rumah lelaki itu. Dengan hati yang terbuka, lelaki tadi menerima kunjungan sahabat Rasulullah S.A.W. Selama beberapa malam di rumah lelaki tadi, sahabat Rasulullah S.A.W mendapati tiada apa yang istimewa pada amal ibadat lelaki tadi malah, beliau merasakan amal ibadatnye lagi lebih berbanding lelaki tadi..maka beliau pun bertanya pada lelaki tersebut.. lalu lelaki tadi menjawab..aku tiada amalan yang khusus..cuma satu yang aku lakukan...setiap malam aku akan memaafkan segala kesalahan yang telah orang lain lakukan pada aku.. dan juga aku tak pernah beriri hati dengan kejayaan2 yang telah orang lain capai, malah aku amat bergembira melihat kejayaan itu.
Bahagianya hidup kita nih kalo larr suma orang mempunyai pemikiran mcm lelaki kt citer tuh tp hakikatnya berapa kerat larr yang boleh dicari. Even aku sendiri pun, nak memaafkan orang bagi aku senang tp aku payah nak melupakan kesilapan orang tuh...and aku tak tau larr..apsal sekarang nih aku cepat sgt sensitif. Bahaya sebenarnya!!! Harap2 thn baru nih akan terkakis larr sifat2 negatif aku tuh! InsyaAllah
posted by NuRuL @ Thursday, February 10, 2005   0 comments
 
 
  Wednesday, February 09, 2005  
 
 
cerite baru
Pagi tadi sempat aku tgk cerita baru yang ganti SWNW kat cenel Prima. Freshies High School... citer pasal sekumpulan students dalam satu kelas yang tersangat-sangatlarr nakalnya. Semua cikgu gerun nak masuk kelas tuh pasal diorg2 nih ade jerr idea nak kenakan cikgu2 yang masuk ngajar kelas diorg. Memang gile larr idea budak2 nih. Aduh mak...aku terfikir jap..jangan larr nanti students2 aku buat perangai camnih. Ehmm..nanti tak pasal2 aku addict ngan citer nih pulak..nih larr payahnye tgk citer bersiri nih... ingatkan habis SWNW dah nak stop..camne nih?
posted by NuRuL @ Wednesday, February 09, 2005   0 comments
 
 
  Monday, February 07, 2005  
 
 
iklan
Penah tgk iklan nih..aku dah lupa iklan ape
Ayah: Bunga!!!
Anak: bukan...orkid larr!!!

Ape kena mengena ngan aku? Semalam lps antar anis n the gang balik ke penang, aku ngan mak aku ikut highway kamunting..nak lalu jalan lama dah dekat mlm sgt. Tambah2 pulak aku yg nak drive. Then.. ktorg berenti kt Bukit Gantang nak solat maghrib.. time di surau tuh ade sorang budak pompuan comei nih..comei sangat.. Agak aku dlm umur 2-3 thn..Aisyah namanye! Suka tgk keletah die.. Lepas mak die solat, die yang rajin pegi lipat sejadahnye. Nak jadik cerite, time nak makan meja diorg sebelah ngan meja aku n mak.. tgh nak tunggu order sampai.. sempat larr aku meyan keletahnya yang bijak mulut tuh. Kebetulan kat situ ade nasi lemak daun pisang, siap ngan sudu sekali plastik
Aisyah : nih ape nih?
Aku : Nasi (konon2 nak mengajar larr nih)
Aisyah : Sudu larr
oppss...die tunjuk kt sudu rupenye.. termalu jap aku..ehehe.. tapi mmg comei larr keletah si Aisyah nih. Nak balik tuh siap flying kiss lagi kat aku. Best mak ngan ayah die ade anak camtuh.
posted by NuRuL @ Monday, February 07, 2005   0 comments
 
 
   
 
 
ehmmm...ramai yang komen font aku takleh dibaca bila aku dah tukar layout nih...camne yerr aku nak explain...font tuh mmg style tuh layout nih..so tuh sebab font nyerr jenis kecik..nak tulisan yg besar..nanti aku tukar layout lain yerr.. lagi satu ade yang kata font aku nampak berlapis2 dan agak blur... kena highlight baru leh dibaca.. yang nih masa diorg gtau aku mmg tak paham sebabnye aku bukak mmg ok dah leh dibaca ngan jelas..takde berlapis2 pun.. bila aku dah balik umah nih...tgk display kt monitor umah aku nih baru aku paham so aku leh larr conclude yang sebab musababnye jadik camtuh bukan font aku tuh tapi monitor pc yang korang guna kt cc tuh yang problemnye..resolutionnye kureng sket. Tak caya? tanya die nih :)
posted by NuRuL @ Monday, February 07, 2005   0 comments
 
 
  Friday, February 04, 2005  
 
 
cikgu
Borak2 ngan rumet aku, terkeluar citer pasal sorang senior ktorg yang dah 2 tahun posting di Terengganu. Apa yang senior tuh cerita pasal cikgu2 bujang yang selalu jadi mangsa bebanan tugas. Jadik guru kelas larr, kenang pegang persatuan ngan kelab, tak masuk lagi subjek yang bukan opsyen pun kena ngajar.. pastu kalau ade kursus pun cikgu2 bujang nih jugak larr yang kena pergi. Alasannya??? Cikgu2 bujang nih takde komitmen yang tinggi. Cikgu2 yang dah kawin nih, kena fokus pada family, Suami tak izin, tak bleh larr nak pegi kursus.. senangnya diorg nih memberi alasan atas nama family…tapi dalam nak fokus pada family tuh sempat pulak join aktiviti2 politik nih, sempat lagi nak berbisnes. Aku sendiri dah tgk situasi nih time aku jadik guru ganti tak lama dulu. Sudah larr kena ngajar kelas2 yang agak tercicir, aku yang tak tau ape2 nih kena pulak jadik guru kelas tuh aku tak kisah sangat larr, nama pun tanggungjawab. Tapi tiba time exam, aku sorang2 kena buat soalan exam tuk students2 nih. Terasanya diri nih dibuli, tapi aku fikir positif balik, at least aku dah ade experience time aku btul2 dah posting nanti. Selama jadik cikgu ganti tuh, aku dapat rasa jadik cikgu nih best sebenarnya, tak dapat aku nak gambarkan kepuasannya, walaupun kadang2 kerenah students yang bermacam2 tapi aku terhibur. Bila dah masuk blajar balik, kadang2 aku jadik rindu kat students2 aku dulu, paling2 terharu diorg still ingat kat aku bile terserempak kat mana2..even aku ngajar diorg tak sampai pun 3 bulan. Masalah ngan students aku rasa, xde cikgu yang berkira. Just, macam aku cakap tadi, cikgu2 sekarang nih dah dilambakkan dengan tugas yang bukat setakat mengajar saja. Ke hulu hilir attend kursus, suma orang fikir nak cemerlang. Tapi cemerlang ke kalau still ade students yang tak reti membaca? Sekolah aku ngajar dulu, budak2 kelas peralihan tersangat2 payah nak membaca. Macam aku ngajar budak2 tadika acik aku pulak. Bila cakap bebanan tugas nih pulak, cam yang senior ktorg cakap..cikgu2 bujang nih larr jadi mangsanya. Sampai senior tuh ckp kt ktorg, kawin larr cepat2 sblm posting..hehehe.. biar btul!!! Time aku last mengajar ari tuh, ade taklimat pasal system pengredan baru tuk pelajar… dgr penerangan dari pengetua jerr aku rasa dah byk keje.. cikgu2 kat situ..asyik bertolak2 sapa yang incharge suma tuh. Ade jugak cikgu2 yang pandang kat aku, tanya kat aku..Nurul, still nak jadik cikgu jugak ker? Ish2 diorang nih, nak melemahkan semangat aku pulak. InsyaAllah, aku tak akan menyesal pilih cikgu tuk jadik kerjaya. Tugas sorang guru, tugas yang mulia dan aku percaya kalau kita ikhlas, InsyaAllah hidup nih akan dapat keberkatan dariNYA.
posted by NuRuL @ Friday, February 04, 2005   0 comments
 
 
   
 
 
wajah baru
Blog aku tukar wajah lagi! As usual, mesti larr feveret kaler aku jadik theme warna tuk blog nih lagi..aku suka warna biru! Suka sangat2..bagi aku biru tuh mendamaikan. Hati dan fikiran jadik tenang jerrr bila pandang warna biru..Segar jerr mata yang mengantuk time2 study bila tgk wrapper biru kt depan meja study nih. Bila aku kata aku suka warna biru, tak semestinya aku tak suka warna lain, aku bukan larr fanatic ngan biru nih, bukan suma barang2 aku warna biru..Baju2 aku pun byk jugak warna pink, Cuma kalo orang tanya warna ape yang mendamaikan aku, semestinya jawapan aku biru! Maybe orang lain ade warna feveret masing2 dan ade sebab sendiri naper pilih warna tuh jadik feveret kaler..suma orang ade citarasa masing2 kan!!! Bila pulak warna lain akan jadik theme tuk blog aku? Well I will think of that..just wait n see!!!
posted by NuRuL @ Friday, February 04, 2005   1 comments