:: About Me ::
Name:NuRuL SaLeHaH MoHd YuSoF
Hometown:PeRaK
See my complete profile
Previous Post
Archives
:: ShOuTBoX ::



:: Sembang-sembang ::



:: Friends ::
:: Links ::
:: FoToPaGes ::
:: Education ::
:: Powered by ::

Isnaini Dot Com

BLOGGER

 

 

 
  Tuesday, February 20, 2007  
 
 
Dari Hulu Perak ke Hulu Selangor
Tinggal sehari saja lagi saya akan bergelar warga guru, tinggal sehari saja lagi untuk saya bermalas-malasan di rumah. Alamak, rasa sedih sebenarnya. Al- maklum saja, hampir setengah tahun saya jadi anak dara pingitan Encik Yusof & Puan Salmiah, tempoh yang sangat-sangat lama. Walau kadang-kadang ada pertelingkahan antara saya dan adik-adik, ada rasa terkilan dengan mak dan ayah sampaikan kadang-kadang saya rasa tak sabar-sabar nak tinggalkan rumah tapi serius, sekarang nih saya tak dapat nak gambarkan perasaan saya, saya sedih, saya nervous, saya takut dan macam-macam lagi. Huwaa..dah nak mula lar Cik Nurul nih perangai lama dia.

Saya akan masuk ke ‘dunia baru’ dan di sana nanti lar permulaan hidup baru saya. Dan saya baru perasan, saya akan berhijrah dari Hulu Perak ke Hulu Selangor..haha. Kata salah seorang sedara saya “ngam betul ngan hulu-hulu nih”. Masih terlalu awal untuk saya ramalkan kehidupan saya di Serendah nanti entah bagaimana agaknya tapi setiap orang inginkan yang terbaik, dan saya pun harap saya akan dapat bina hidup yang bermakna di sana. Please..please, doakan saya agar saya akan tabah dan cekal hati.

Alhamdulillah, urusan rumah sewa pun dah selesai, agak bertuah juga saya nih kerana kos sewa rumah di daerah itu sangatlah murah berbanding di KL, satu rumah 3 bilik di situ hanyalah RM 250, sangat murah kan. Segala persiapan pun dah ready, baju-baju kurung saya tak dapat nak bawa kesemuanya, makanya saya bawa ngam-ngam sampai ke cuti sekolah bulan 3 nanti ( haha..belum apa-apa saya dah fikir cuti sekolah..anak sapa lar nih). Untuk tempoh awal-awal nih,saya tak beli tilam pun, takpe lar berkorban sikit tido atas 2 lapis toto sebabnya saya dah aim, dapat gaji 1st nanti, saya nak beli tilam sekali terus ngan katil yang double tuh ( haha..berangan lagi). Uish..banyak benda nak difikirkan untuk hidup jauh ngan famili nih..hidup orang bujang. Hidup serba tak lengkap, ye larr, dengan kehidupan yang tak bergaji selama 3 bulan nih..kewangan yang tak stabil mana mungkin saya nak beli segala kelengakapan macam di rumah. No more TV, no more washing machine, no more peti ais. Bersedia lar Cik Nurul hidup serba kekurangan. Alah…mula-mula kan, ada tempat tinggal pun dah bersyukur, alah bisa tegal biasa lar ( haha..bunyi cam berlagak jer). Dari segi fizikal macam semua dah ready, dari segi mental..uish..saya hanya mampu berharap jika rezeki saya sememangnya tertulis di sana, saya kan kuat dan cekal, dan segala urusan-urusan saya akan menjadi lebih mudah.

Tengokkan gaya persiapan-persiapan saya nih..iye-iye cam dah ready nak pegi tapi dalam hati tuhan saja yang tahu. Caiyo..cikgu Nurul!!!

posted by NuRuL @ Tuesday, February 20, 2007   1 comments
 
 
  Saturday, February 17, 2007  
 
 
Menyingkap memori dulu kala
Saya dah kembali tenang. Dah boleh berfikir secara rasional. Ada hikmah agaknya dan dah tertulis agaknya rezeki saya di SMK Serendah tuh. Cumanya, saya kena pandai bawa diri dan saya harap saya ada kekuatan untuk menempuhi hidup baru di sana nanti.
Bila saya duduk diam-diam dan merenung kembali masa-masa dulu, saya rasa pattern hidup saya dari waktu kecil dulu sampailah ke dewasa sekarang nih tak banyak bezanya. Saya nih ada ‘penyakit’ sket lar..cengeng ( ini bahasa Indonesia..kalau bahasa kita kuat menangis..emosional ).
Seawal saya nak melangkah ke darjah satu dulu, saya cukup excited nak masuk darjah satu sebab nak pakai uniform putih dan kain biru tuh..tapi sudahnya satu hari tuh waktu ayah mak saya terlambat ambil saya di sekolah, saya menangis tak sudah-sudah. Okey lar, bleh terima lar kalo nak katakan waktu tuh masih lagi kanak-kanak ribena.
Kemudiannya, habis darjah 6 di sekolah rendah saya itu dapat tawaran ke MRSM PDRM di Kulim Kedah. Fuh, masa tuh tak dapat nak bayangkan perasaan saya, dah terbayang-bayang masa tuh keseronokan hidup di hostel. Di hostel kemudiannya, saya jumpa roommate dan kawan baru, lalui apa itu minggu orientasi bersama-sama teman homeroom. Tapi, nak dijadikan cerita, habis saje minggu orientasi, saya dilanda gejala homesick, menangis sorang-sorang dalam bilik sampaikan kena pujuk dengan kakak-kanak senior yang satu bilik dengan saya. Pernah satu hari , sampai 6 kali saya telefon ke rumah..diulangi 6 kali.Dulu-dulu takde hp-hp nih, saya rela tak pergi makan kat dewan selera tapi beratur di public phone semata-mata nak dapatkan turn tuk telefon ke rumah. Sampaikan jugak saya pernah mintak kat mak dan ayah saya, saya nak tukar ke sekolah lama saya yang jarak tak sampai satu kilometer dari rumah itu. Tapi dalam-dalam homesick tuh, akhirnya saya habiskan juga pengajian 5 tahun di situ..haha..iye-iye nak mintak tukar.
Masuk matrik di Melaka pun saya buat perangai yang sama, dapat roommate pun jenis yang homesick jugak padahalnya dalam bilik tuh kami bertiga pernah hidup kat hostel. Jadi ada teman menangis kan, maka bertambah lar gundah gulana hati nih. Penah jugak saya menangis dalam bilik air..haha.. lawak kalo di ingat-ingat balik. Dan, saya habis jugak matrik setahun di Melaka tuh.
Cuma di USM saja tak buat perangai camnih. konon-konon dah besar, tak mau dah nangis-nangis nih.
Tapi tak disangka-sangka ‘penyakit’ itu menyerang kembali jugak rupanya awal-awal nak masuk keje nih. Kesian kat femili-femili saya, susah hati diorang bila saya buat perangai camnih. Saya sedar tuh tapi tak tau lar naper still nak buat perangai yang sama. Kata makcik-makcik saya, saja nak banyak ragam. Haha.. memang saya akan diam saja lar bila cerita pasal saya nih disembangkan..sebab salah saya pun kan..hehe.
posted by NuRuL @ Saturday, February 17, 2007   0 comments
 
 
  Thursday, February 15, 2007  
 
 
Murah sungguh air mata ku sekarang

Saya baru pulang dari 'Taklimat Penenempatan Guru' anjuran JPN Selangor di Kelab Shah Alam 2 hari yang lepas.Dan sejak dari hari itu, dah 3 kali saya mengalirkan air mata.Hiba dan sangat sedih rasanya.Padahalnya benda yang saya tangiskan itu takde apa-apa sangat pun rasanya.
Pertama kali saya menangis bila saya lihat senarai nama yang ditampal, daripada 180 orang yang hadir taklimat itu hanya 2 orang yang ditempatkan di Daerah Hulu Selangor, termasuklah diri saya.Gosh..ditambah pula 3 orang rakan satu universiti saya ketiga-tiganya ditempatkan di Daerah Gombak.Hingga akhir taklimat saya diberitahu seorang lagi guru yang dapat di Daerah Hulu Selangor itu tak sama sekolah dengan saya, malah jarak sekolahnya dengan saya tersangatlah jauh. Jadinya peluang untuk mencari rumah sewa bersama-sama amatlah tipis.
Saya akhirnya menjejakkan kaki ke tempat yang bakal saya ditugaskan. Selepas berjumpa dengan penolong kanan, air mata saya dah mula bergenang tapi saya tahankan. Katanya pada saya bilangan guru di sekolah itu dah mencukupi sebenarnya , makanya bila masuk saya, jadilah bilangan guru sekolah itu berlebihan. Bila hati dah sedih, saya jadi sensitif, mula lah saya fikir kehadiran saya di sekolah itu tak diterima. Dan saya dimaklumkan lagi, tiada seorang pun cikgu bujang di sekolah itu.Aduhai..saya dah terfikir hal rumah sewa pulak. Dengan siapa saya nak berkongsi nanti. Saya berjumpa dengan Kak Nora, Pembantu Makmal yang bujang, tapi lagi sekali saya kecewa bila rumahnya dan cukup orang. Kalo saya nak masuk pun tunggu sehingga bulan 5.
Dalam kereta, on the way nak gerak balik ke perak, saya menangis lagi untuk kali keduanya. Tak tertahan-tahan, sampai pening kepala saya hanya kerana menangis. Daerah Hulu Selangor bukanlah pilihan saya sebenarnya tapi Mak+Ayah saya, jadinya mereka sangat-sangatlah lega dan syukur, itu hanya menambahkan hiba hati saya. Orang-orang sekeliling hepi tapi empunya diri tak hepi. Saya hanya boleh tersenyum bila ada ‘orang tuh’ baik hati nak call saya malamnya nanti.
Kali ketiganya saya nangis lagi, bila baca SMS dari sahabat saya. Ayatnya buat saya rasa terharu. Tima kasih untuk sahabat saya tuh. Bila saya dalam situasi yang kusut macam ini, mula lar saya mengadu kat orang tuh..kat orang nih. Bersedia lar orang-orang yang rapat dengan saya untuk mendengar segala rintihan hati saya nih. Owh..saya sangat benci untuk menghadapi situasi yang baru..dunia yang baru sebabnya saya ambil masa yang lama untuk adapt ngan satu-satu suasana itu. Even saya tahu itu semua proses yang akan berlaku dalam dunia realiti nih.
Untuk ‘orang tuh’ tima kasih sebab sudi membelanjakan kredit hpnya untuk call saya:) Bila bersembang panjang baru saya tau, while dia bersedia dengar saya ngadu itu dan ini, dia juga ada masalah rupanya. Boleh dikatakan situasi yang sama seperti saya, bezanya dia dah menghadapi, saya pulak akan menghadapi.
Tabahlah hati wahai Nurul!!!

posted by NuRuL @ Thursday, February 15, 2007   4 comments
 
 
  Monday, February 12, 2007  
 
 
Nak tau rahsia Tahi lalat???

Aku suka baca Akhbar Kosmo, salah satu sebabnya regenye murah. Teringat pulak di USM dulu. Kami student-student ini akan dapat half price. Masa tuh rege KOSMO baru 80 sen..makanya kami akan dapat beli dengan rege 40 sen saje.. tak ke save duit tuh!!! Lagi pulak, berita-berita di Akhbar Kosmo, ringkas dan padat. Dan bagi aku KOSMO bukan akhbar sensasi seperti H***** M****. . Ayah aku sendiri akui yang dia lebih suka baca KOSMO. Selain berita-berita yang ringkas dan padat itu, banyak rencana-rencana menarik yang boleh dikongsi pengetahuan..destinasi dunia..dari sudut dapur..hiasan rumah..pendek kata..sangat berbaloi walau regenya murah..
Owh..aku bukan nak bercerita pasal KOSMO. Cumanya aku ada terbaca rencana dalam KOSMO baru-baru nih, pasal salah satu kejadian unik yang dikatakan kecacatan kecil di tubuh badan manusia..iaitu tahi lalat. Dan setelah aku tilik dan belek muka aku nih, aku ada 3 tahi lalat di bawah dagu, satu di atas pipi, satu di atas dahi dan satu betul-betul di atas kening.

Signifikan tahi lalat pada wajah

Telinga
Biarpun tidak ramai yang memiliki tahi lalat dimana-mana bahagian telinga. Mereka yang memilikinya dipercayai akan diberkati dengan kekayaaan di luar jangkaan

Bulu kening
Pemiliknya memiliki kehidupan yang sangat aktif dan akan bercaya dalam segala bidang yang diceburi
( owh..aktifkah aku nih? )

Antara mata dan hidung
Inilah tahi lalat tuah! Sekiranya tahi lalat berwarna cerah, pemiliknya akan diberkati dengan pangkat yang tinggi serta menjadi seorang yang berpengalaman.

Dagu
Pemiliknya seorang yang ceria dan suka bercakap banyak. Tetapi mempunyai kecenderungan menjadi penyibuk atau bahan kutukan orang lain.
( Totally different..aku nih tersangatlah malas nak bercakap ngan orang yang aku tak kenal..owh..siapakah yang menjadikan aku bahan kutukan itu.. tak baik tau)

Di tengah-tengah dahi
Tahi lalat di lokasi ini disifatkan sebagai ‘3rd eye mole’ yang bermaksud cerdik, munasabah dan berpandangan jauh.
( Tahi lalat aku di hujung dahi lar pulak.. makanya takleh masuk kategori..haha)

Leher
Tahi lalat di depan leher, murah rezeki diluar dugaan. Di belakang leher, perlu lebih berhemah . Tapi tahi lalat yang banyak secara garisan di depan leher dikatakan pembawa sial.

Atas bibir
Diberkati tuah makanan dan tidak mati kebuluran. Berpotensi menjadi chef, mesra dan berjaya dalam kerjaya berorientasikan perhidmatan.

Pipi atas
Gemarkan kekuatan dan kuasa. Seorang yang degil dan kurang sopan terhadap orang lain
( owh..gila kuasakah aku ini)

Pipi bawah
Tahi lalat penawan. Diberkati tuah, kekayaan dan kebahagian dalam hidup.

Sumber: KOSMO 9 FEBRUARI 2006

Oh..ya..baca just for fun okies..jangan percaya. Dah kata pun tilikan manusia so..tak semestinya benar-benar belaka yang di paparkan dalam rencana itu.

posted by NuRuL @ Monday, February 12, 2007   2 comments
 
 
  Wednesday, February 07, 2007  
 
 
Suka lagu nih
Acap kali aku dengar lagu nih di radio..tapi asyik-asyik miss jer nak tau sapa penyanyinya...apa tajuknya. Cumanya pagi tadi, sambil2 di dapur sambil2 dengar hot fm..baru lar aku tau..lagu yang aku suka nih dari Dato Ct rupanya ( owh..jangan ingat aku fanatik ct yer).

Siti Nurhaliza - Pastikan


1)
Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran

(2)
Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya

(Chorus)
Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling

Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu

(3)
Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini

Mau dengar lagu ini..klik di sini okies!!!
posted by NuRuL @ Wednesday, February 07, 2007   0 comments
 
 
  Monday, February 05, 2007  
 
 

Semalam di surau kampung aku ada gotong royong sediakan Bubur Asyura. Aktiviti tahunan surau disitu sebenarnya.10 Muharam memang sebenarnya dah lepas tapi masing- masing dah berpakat nak buat masa cuti. Lagi ramai yang terlibat lagi meriah katanya. Aku pun merajinkan diri turut serta, kata mak belajar sikit cara hidup bermasyarakat. 5 kawah semuanya, ada lar aku menyibukan diri bermain asap tolong mengacau satu kawah.. tapi tak sampai pun 20 minit rasanya..aku surrender..uish..tak tahan mata. Malu jer kat makcik-makcik dan opah-opah disitu. Huahua.
Petangnya, aku dan mak ke rumah Kak Sue ( adik angkat mak), saja-saja bertandang sambil mak nak bagi rasa asyura tuh pada dia.
" Nih asyura stail Perak lar kan "tanya dia awal-awal kami sampai.
Kak Sue ini dari kelantan, jadinya bercerita lar dia asyura stail Kelantan pulak. Owh..ada beza rupanya. Selama nih aku ingat semua tempat sama jer rasanya.
Kalo asyura stail Perak, kami guna beras yang dikisar untuk jadi tepung ( ini kalo cara lama..ada yang nak senang terus jer beli tepung beras yang memang dah tersedia jual di kedai-kedai tuh). Taruk gula+ santan. Then rencah-rencahnya macam ubi keledek, labu, kentang, kacang kuda, kacang merah dan hijau, juga jagung. Tempoh masa untuk asyura betul-betul masak hanya dalam 4-5 jam sahaja. Rasanya lemak-lemak manis camtuh lar.
Tapi kalo stail kelantan, ikut yang Kak Sue bercerita pada kami lar. Orang di sana, guna beras yang sebiji-sebiji tuh..tapi direndam 2-3 jam dulu sebelum mula proses nak buat asyura nih. Beras tadi dimasukkan dalam kawah, didihkan atas api, jadi macam bubur nasi, seterusnya hingga lar jadi kental macam tepung. Asyura stail Kelantan juga dimasukkan rempah khas asyura. Masih letak santan+gula, dan ada ubi-ubi tapi diorang takde letak jenis-jenis kekacang. Dan speselnya, diorang letak daging dalam kuantiti yang banyak untuk satu-satu kawah itu. Itu yang menyedapkan rasa. Kata Kak Sue, kalo kat sekolah dia time gotong royong buat asyura nih, satu kawah tuh mesti akan buat asyura stail Kelantan nih. Rasanya agak berempah sikit lar. Lagi satu yang dia citer, tempoh asyura nih untuk masak pun ambil masa sampai 8-9 jam sebabnya nak tunggu proses beras tadi nak jadi tepung tersangatlah lama.

Uniknya Mesia, dalam satu negera tapi budaya yang berlainan di satu-satu tempat tuh. Eh..eh..macam promote tahun melawat Malaysia lak aku nih..Malaysia Truly Asia..hehe

posted by NuRuL @ Monday, February 05, 2007   0 comments
 
 
  Friday, February 02, 2007  
 
 
Dah selesai satu bab
Pagi tadi dalam-dalam aku bz menyiapkan ramuan-ramuan untuk pizza minum petang nih, dapat cal dari mak di ofisnya.
"Bila nak check, anak makcik Rohaya dah check kat website tapi nama dia takde dalam senarai"
Mak ai..aku dah takut..gelabah..berdebar-debar...semuanya ada. Jadinya segala urusan aku tangguhkan dan aku memecut ke ofis mak.
Dan..at last. Bila enter jer IC number aku. Ya..aku dah ditempatkan di Selangor. hanya itu maklumat yang dipaparkan. Di daerah mana, juga sekolah mana masih tidak diberitahu. tapi takpe lar..sekurang-kurangnya aku dah tak perlu nak menanti khabar berita pasal posting. Dan yang penting aku masih di semenanjung walau hati nih masih gundah memikirkan di sekolahmana aku ditempatkan.
Alhamdulillah..syukur!!!
posted by NuRuL @ Friday, February 02, 2007   0 comments