:: About Me ::
Name:NuRuL SaLeHaH MoHd YuSoF
Hometown:PeRaK
See my complete profile
Previous Post
Archives
:: ShOuTBoX ::



:: Sembang-sembang ::



:: Friends ::
:: Links ::
:: FoToPaGes ::
:: Education ::
:: Powered by ::

Isnaini Dot Com

BLOGGER

 

 

 
  Monday, September 24, 2007  
 
 

Seminggu pertama puasa, giliran saya sebagai guru bertugas di sekolah. Wah..so tired lar.. nak uruskan perhimpunan tiap-tiap hari. Budak-budak nih, setiap hari lar nak kena bagitau kena buat itu..kena buat ini..padahalnya benda-benda gitu setiap hari dari awal tahun dulu dah diorang buat.. dah tau siap dah datang sekolah sebelum masuk kelas tuh kena beratur dalam barisan kelas masing-masing tapi selagi cikgu tak membebel selagi tuh berkumpul ikut geng masing-masing. Owh..I hate that..saya tak suka dibebel sekaligus tak suka nak membebel kat orang. Tapi dah nak buat camne..terpaksa lar juga. Berdiri di depan budak-budak tu pun dah satu hal jugak..saya blank nak cakap apa.. still lack of communication lagi lar saya nih.. saya tak reti nak bagi nasihat itu ini kat budak-budak nih even before naik atas pentas tuh banyak benda dalam kepala yang saya nak cakap..tapi last-last saya cakap yang perlu-perlu saja..huahua. masa perhimpunan rasmi, bila saya sebagai guru bertugas di jemput beri ucapan saya hanya cakap 'minggu ini giliran saya, cikgu A, cikgu R bertugas so kalau awak-awak semua ada masalah sila datang berjumpa dengan kami di bilik guru . Sekian, terima kasih' haha..ntah ape-ape. Tapi sungguh lar, bila jadi guru bertugas nih saya rasa macam satu beban yang saya tanggung. Budak sakit lar, budak bergaduh lar, nak balik lar..eii..macam-macam. Tiba jer hari jumaat yang lepas..leganya rasa..hehe. Tapi, hari isnin nanti saya nak kena berucap lagi kat depan perhimpunan..laporan guru bertugas minggu lepasnya pulak..alamak..apa lar saya nak cakap nih.
Mujur lar puasa kali nih saya tak keseorangan, masih ada kak ina yang habis praktikal lepas raya nih. Mujur juga waktu persekolahan time bulan puasa nih habis lebih awal..syioknya balik awal bleh rehat-rehat..hehe. Ada sorang akak nih tanya kat saya "Nurul, dapur kau kat depan lar ek" which means dia ingat saya beli jer juadah-judah berbuka di pasar ramadhan depan sana.. tapi silap besar lar..hehe..see the legs lar..saya dan hosmet masak tau setiap hari. Ada orang kata duduk berdua buat apa nak susah-susah masak kan.. tapi ntah lar..saya lagi rasa puas makan masakan sendiri ( haha..macam lar terer sangat memasak). Owh..tetiba saya rasa nak makan nasi ulam hasil tangan mak saya…tak sabarnya nak balik kampung jumaat nih…jom balik kampung!!!

posted by NuRuL @ Monday, September 24, 2007   1 comments
 
 
  Thursday, September 06, 2007  
 
 
selesai satu bab
Hampir beberapa malam saya tak tidur lena..dalam tempoh tu jugak lar 6 teras PIPP, falsafah pendidikan negara, akta pendidikan, Penyata Razak dan segala macam pasal dunia pendidikan nih bermain-main dalam kepala saya. Uishh..tak senang duduk dibuatnya. Saya tanya sana sini petua-petua..soalan-soalan spot..pengalaman cikgu-cikgu senior..and now.. alhamdulillah, saya dah lepas menghadiri temuduga ke lantikan tetap DG 41 6hb yang lepas. How can I say ya..tapi Alhamdulillah temuduga saya berjalan lancar.. semasa ditemuduga saya nih berdebar-debar tunggu kot-kot lar panel saya tuh nak tanya soalan-soalan fakta pendidikan, soalan-soalan isu-isu semasa..tapi sepanjang tempoh tuh panel saya tuh hanya minta saya ceritakan pengalaman mengajar, how to handle students dalam kelas, pendekatan yang boleh saya applykan. Saya rasa bukan macam ditemuduga pulak tapi more to sesi discussion.. jutaan terima kasih saya ucapkan pada panel saya Dato’ Hajah Wan Chik Rahmah kerana membuatkan saya berasa selesa dan tak stress semasa sesi tuh berlangsung..juga atas kata-kata perangsang dan nasihat yang Dato’ berikan. Syukur, nasib saya sangat baik kalau dikira..dan saya tau.. it can be anything yang panel-panel penemuduga nih akan tanya. Tapi sebagai guru, sememangnya cikgu-cikgu nih kena banyak membaca kan.. tak leh lar jadi macam ‘katak di bawah tempurung’.
Ada atu perkara sebenarnya merisaukan saya.. yang saya upset jugak lar tapi just let it go lar.. saya percaya rezeki di tangan tuhan bukan di tangan manusia. Sekarang nih, saya nak tumpukan pada tugas saya untuk mengajar.. huh..final exam dah nak dekat.. silibus untuk students kena habiskan. Hopefully semuanya akan berjalan lancar. insyaAllah!
posted by NuRuL @ Thursday, September 06, 2007   0 comments