:: About Me ::
Name:NuRuL SaLeHaH MoHd YuSoF
Hometown:PeRaK
See my complete profile
Previous Post
Archives
:: ShOuTBoX ::



:: Sembang-sembang ::



:: Friends ::
:: Links ::
:: FoToPaGes ::
:: Education ::
:: Powered by ::

Isnaini Dot Com

BLOGGER

 

 

 
  Saturday, December 31, 2005  
 
 
Borang Posting
Sampai sekarang borang posting aku belum terisi kat mana2 ruang pun..kosong jer lagi. Due date hantar 7/1 nih.. cumanya dokumen-dokumen yang diperlukan aku dah siapkan awal. Syukur, cangred aku cukup tuk 6 sem nih..kalo tak nak mintak balik kat canselori caj 5 ringgit tuk sekeping cangred yang hilang. Kata sorang member aku, kat canselori tuh penuh ngan budak2 cikgu yang nak mintak cangred..kerani kat situ pun dah bleh agak sebab nak isi borang posting. Dalam kalut2 cari sijil SPM pun sib baik gak ade terselit dalam clear holder tuh.. jenuh jugak larr aku menadah telinga dengar ayah merepek.. dalam hal macam nih aku puji ayah sebab ape2 dokumen memang ayah jaga elok..cumanya anak dia nih tak ikut perangai ayah yang teliti tuh..main pakai letak jer dalam clear holder tuh.Berbalik pada borang posting nih...takde terpikir pun lagi 4 negeri yang aku nak letak dalam list pilihan tuh. Ntah larr...fikiran aku still samar-samar kot. Kadang-kadang aku rasa nak posting jauh-jauh..cari pengalaman sementara time muda nih...tapi aku takut aku yang tak kuat hati nanti.Kalo ikut Mak, memang dia nak aku posting ke sini balik..cumanya aku yang tak nak. Teringat si dayah nih bila masing2 sibuk tanyakan list negeri pilihan, dia kata dia nak tulis semua 14 negeri dalam kertas, gulung pastu cabut mana-mana 4.Bleh lar kot Dayah..nak tiru cara camtuh..hehehe. Ehmm..tunggu larr sampai tarikh 7hb tuh.
posted by NuRuL @ Saturday, December 31, 2005   0 comments
 
 
   
 
 
Balik Rumah
Tak sampai seminggu kat kampus..aku balik umah lagi. Mak pun tak leh nak cakap apa2...paham sangat dah kot perangai anak dara dia nih. Dalam feri aku seingat-ingat aku larr..dekat setahun aku tak balik naik bas..masa tsunami thn lepas aku dah bwk kereta kat USM..Penatnye rasa dan Aku dah agak sebab bertolak dah agak petang sure akan sampai malam, awal2 aku dah mintak Mak tunggu di Kuala Kangsar..takut terlepas bast last nak ke Lenggong. Dalam bas, Mak call gtau takleh nak ambik kat Kuala..Protes gak lar..tp pikir2 mcm sempat jer kejar bas last tuh...so aku pun buat tak kisah jer..tp dlm bas dari taiping nak ke Kuala dpt SMS..gtau yg Mak&Ayah dah tunggu kat Kuala..heheh..aku dah agaknye..tak sanggupnyer diorg nih nak hampakan aku..yahoo!!! Bestnya balik umah..eiii..ntah ape2 larr aku nih..camnih nak posting ke Sabah:P nanti jadik cam mak cakap lak..duit gaji aku habis bulan2 buat tambang flight balik semenanjung.
posted by NuRuL @ Saturday, December 31, 2005   0 comments
 
 
   
 
 
Berita Baik utk Para Guru
Guru dapat hadiah tahun baru -- Kerajaan bersetuju 300,000 warga pendidik kerja lima hari seminggu
KUALA LUMPUR 30 Dis. - Lebih 300,000 guru seluruh negara mendapat `hadiah' tahun baru apabila kerajaan akhirnya bersetuju dengan tuntutan mereka bekerja lima hari seminggu, sama seperti kakitangan awam lain.

Dengan dasar baru kerajaan yang berkuat kuasa pada sesi persekolahan 2006, bermula minggu depan itu, bermakna perjuangan golongan pendidik itu sejak beberapa bulan lalu telah berhasil.

Sebelum ini, pelbagai kesatuan guru tidak berpuas hati kerana menganggap dianaktirikan disebabkan tidak mendapat layanan yang sama dengan kakitangan awam lain untuk bekerja lima hari seminggu.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Ismail Nihat ketika mengesahkan berita gembira itu kepada Utusan Malaysia hari ini menyifatkan, ia satu `hadiah' tahun baru kepada golongan pendidik.

Beliau memberitahu, pengesahan dan kelulusan bekerja lima hari seminggu itu dibuat melalui pekeliling Kementerian Pelajaran yang turut dihantar kepada NUTP yang diterimanya minggu lalu.

Ia terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2005 bertajuk `Pelaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu', bertarikh 5 Disember lalu dan ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahamad Sipon.

Bagaimanapun, menurut Ismail, tidak semua sekolah terlibat dengan pelaksanaan itu dan penentuan cuti pula berdasarkan kepada beberapa faktor seperti masa, ruang, kepakaran dan beberapa hal lain.

``Surat pekeliling itu antara lain mengarahkan sekolah yang berjaya melaksanakan pendidikan sama ada akademik mahupun kokurikulum dalam masa lima hari bekerja seminggu, wajib meneruskan arahan cuti itu.

``Sekolah yang menghadapi kesulitan untuk melaksanakan program pendidikan sama ada akademik mahupun kokurikulum, tidak termasuk dalam arahan bekerja lima hari seminggu itu,'' kata Presiden NUTP itu lagi.

Ini kerana, katanya, kerajaan sedar ada sekolah yang menghadapi kekangan masa, ruang serta kepakaran dan kerana itu guru-guru sekolah berkenaan diminta menggunakan hari Sabtu untuk melaksanakan kegiatan kokurikulum dan akademik.

Bagi sekolah-sekolah yang tidak mendapat kelayakan kerja lima hari seminggu itu, Ismail berharap, penggunaan hari Sabtu untuk kegiatan tersebut mesti tidak melebihi dua kali sebulan bagi mengelakkan beban sekolah terbabit.

Isu tuntutan bekerja lima hari seminggu mula dibangkitkan setelah guru-guru di negara ini tidak puas hati dengan kandungan dan pelaksanaan surat Jabatan Perkhidmatan Awam Bil. 13 Tahun 2005.

Pekeliling itu memperuntukkan kelulusan bekerja lima hari seminggu kepada kakitangan awam tanpa melibatkan guru sehingga golongan tersebut merasakan profesion itu dianaktirikan.

Ekoran itu, 14 kesatuan guru mengadakan Bengkel Perbincangan Meja Bulat Bekerja Lima Hari Seminggu di Kuala Lumpur pada Oktober lalu dan hasilnya satu tuntutan rasmi diserahkan kepada kerajaan.

Lanjutan itu, pada 12 November diadakan Mesyuarat Permuafakatan Kementerian Pelajaran di Miri, Sarawak yang turut dihadiri wakil daripada 24 kesatuan guru di mana salah satu rumusannya ialah guru di negara ini wajar bekerja lima hari seminggu.

Rumusan itu diserahkan kepada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang kemudiannya disusuli dengan pekeliling bertarikh 5 Disember itu.

Ismail memberitahu, arahan bekerja lima hari seminggu itu telah dipanjangkan kepada semua pihak terbabit termasuk Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri dan Ketua Nazir Sekolah.

``Saya difahamkan, semua Pengarah Pelajaran Negeri sudah diarah untuk menentukan sekolah yang guru-gurunya boleh bekerja lima hari seminggu dan sekolah yang terkecuali daripada perkara ini,'' katanya.

Moga dengan berita baik nih...cikgu2 akan lebih bersemangat untuk jadik cikgu cemerlang..InsyaAllah
posted by NuRuL @ Saturday, December 31, 2005   0 comments
 
 
  Thursday, December 29, 2005  
 
 
Arghh..tension!!!
Perkara yang dibenci tiap kali awal sem kat USM nih..nak register subjek.Aduh..rasa cam nak tercabut kaki ke sana ke mari..Tak tau lar aku nih bila PPIP nih nak upgradekan sistem diorg nih..padahalnye skang nih bukan main larr duk berbangga ngan ISO yang diorg dapat tapi dari aku 1st year sampai larr nak last sem dah nih...masih situasi yang sama.. pening nak pikir subjeknye..pastu ade klas yang clash jadual lar..nak online tuh line punya larr panjang. Aku cuba tak nak merungut..tapi kadang2 had kesabaran tuh hilang jugak larr. Tension..tension..ngan masalah lainnye lagi..bersabar larr Nurul tuk satu sem nih!!!
posted by NuRuL @ Thursday, December 29, 2005   0 comments
 
 
  Thursday, December 22, 2005  
 
 
Balik USM
Hurrmm...3-4 hari lagi nak balik semula ke kampus USM. Result dah check..penempatan desa pun dah tau. Alhamdulillah..masih di Indah Kembara even dalam borang gatal tangan letak Tekun yang jauh nun 1st choice. Sem last, insyaAllah!!! Moga segala urusan akan dipermudahkan oleh NYA.
posted by NuRuL @ Thursday, December 22, 2005   0 comments
 
 
  Monday, December 19, 2005  
 
 
Kisah seorang cikgu
Profesion guru menggalas tanggungjawab besar
Oleh ZUNAIDAH ZAINON

GURU adalah profesion mulia yang menuntut banyak pengorbanan kerana tugas mendidik dan membesarkan anak-anak muda dengan ilmu pengetahuan memerlukan kecekalan dan ketabahan. Lebih-lebih lagi dalam senario hari ini yang terdedah kepada masalah sosial yang melibatkan para pelajar sekolah.

Namun, Yusfaizal Yunus, 25, tidak pernah menyesal dengan keputusannya memilih bidang pendidikan sebagai kerjaya walaupun sebelum ini beliau bercita-cita ingin menjadi jurutera. Cabaran dan dugaan yang sering dihadapi guru-guru telah meningkatkan semangatnya untuk mendidik para pelajar supaya menjadi anak bangsa yang berguna kepada agama dan negara.

"Keputusan saya menjadi guru datang secara tiba-tiba selepas diberhentikan kerja sebagai jurutera pembuatan. Ada juga saya terfikir, layakkah saya menjadi guru? Sebab dalam profesion ini kita bukan sahaja bekerja makan gaji tetapi menggalas tanggungjawab besar untuk mendidik anak-anak muda mencintai ilmu pengetahuan," katanya yang mengajar mata pelajaran Fizik dan Pendidikan Moral di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Ampang, Selangor sejak awal tahun ini.

Anak muda berkelulusan Bacelor Sains (Kepujian) Sains Instrumentasi dari Universiti Putra Malaysia itu ternyata berpuas hati dengan kerjaya pilihannya yang serba sedikit banyak mengubah haluan hidupnya ke arah yang lebih positif.

Yusfaizal yang menggelarkan dirinya sebagai 'budak nakal' sewaktu melalui zaman persekolahan dan universiti menyifatkan itu semua sebagai pengalaman berharga yang tidak akan dilupakan.

Walaupun ada sesetengah orang berpendapat kerjaya guru amat membosankan kerana guru-guru melakukan perkara yang sama setiap hari dan mengulanginya tahun demi tahun, Yusfaizal mempunyai cara tersendiri bagi mengatasi masalah tersebut. Beliau yang menggemari aktiviti lasak sering kali membabitkan diri dalam aktiviti-aktiviti sekolah bersama para pelajar.

"Apabila kita melibatkan diri dengan program sekolah, memang kita takkan rasa bosan sebab ada banyak perkara yang boleh dilakukan. Ia amat menyeronokkan. Masalah bosan juga kadangkala berpunca daripada kurangnya minat pada profesion perguruan dan seseorang memilih menjadi guru semata-mata kerana tidak mendapat pekerjaan lain," ujar Yusfaizal yang melalui zaman universiti berbekalkan pengalaman pahit dan manis.

Tawaran mengajar di sekolah perempuan juga tidak menjadi masalah baginya walaupun pada peringkat awal Yusfaizal berada dalam dilema. Beliau tahu bahawa ramai guru di Malaysia terdiri daripada kalangan wanita dan hanya ada sebilangan kecil guru lelaki. Pengalaman biasa yang dilalui guru-guru muda iaitu berhadapan dengan 'gangguan' pelajar-pelajar perempuan juga dialami oleh Yusfaizal.

"Situasi itu memang biasa. Saya rasa kalau di sekolah campur pun, guru-guru muda akan berhadapan dengan masalah yang serupa. Apa yang penting ialah kita tahu apa tanggungjawab kita dan jangan terlalu mengikut perasaan. Tolak secara baik perkara-perkara tersebut dan ingat bahawa mereka adalah pelajar yang perlu dididik dengan ilmu pengetahuan," katanya yang sentiasa meletakkan batas dalam pergaulan antara lelaki dengan perempuan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Menceritakan cabarannya mengajar Fizik, iaitu mata pelajaran yang memerlukan kekuatan Matematik dan Matematik Tambahan, Yusfaizal berpendapat, sekiranya pelajar boleh menangani fobia Matematik, bermakna mereka mampu mencapai keputusan yang baik dalam Fizik. Malah kursus yang beliau pelajari di universiti juga merupakan sebahagian daripada cabang Fizik.

"Pada peringkat awal, kuasai subjek Matematik kerana ia merupakan asas utama dalam Fizik yang turut melibatkan banyak pengiraan dan elakkan budaya belajar saat-saat akhir. Untuk dapat keputusan cemerlang, paling penting kita kena buang tanggapan yang mengatakan subjek ini susah nak faham dan tak boleh buat langsung," ujar Yusfaizal yang turut menasihati para pelajar agar tidak terlalu mengagungkan budaya tuisyen.

Anak keempat daripada lima adik- beradik kepada pasangan Yunus Dasron, 66, dan Mutamah Sardi, 53, ini berazam untuk memperoleh ijazah sarjana dalam bidang yang sama sebelum usianya melewati 30 tahun.

sebenarnya..ade gambar cikgu nih dalam paper..tp malas pulak aku nak upload kan..hensem tuh..heheh!!!
posted by NuRuL @ Monday, December 19, 2005   1 comments
 
 
   
 
 
ish..ish!!!
Tanggapan sesetengah orang bila aku katakan aku nih pelajar jurusan pendidikan dalam erti kata lain akan bergelar cikgu…tak payah risau, habis belajar terus dapat kerja. Tunggu jer arahan dihantar posting kemana..tak macam sesetengah graduan-graduan lain yang kadang-kadang menganggur hampir setahun. Reaksi aku hanya tersenyum jer..mengiyakan tak, menafikan pun tak.Tapi semalam aku dapat satu SMS dari sorang member yang jugak bakal bergelar cikgu, bezanya dia dari lulusan KPLI. Katanya sekarang nih, KPM dah terlebih guru gara-gara pengambilan LPBS. Lebih kurang 14 ribu guru tengah menunggu untuk dihantar posting..(betul atau tidak aku sendiri tak pasti, sekadar menyebut apa yang diberitahu). Tapi kalau difikir-fikir balik ade betul jugak kata member aku tuh, senior aku baru-baru nih pun lepas dah grad sebulan lebih baru dapat arahan untuk posting, ade sorang anak jiran aku grad dari UPSI pun sampai sekarang masih ade di rumah..tak juga posting. Kata member aku tuh lagi, ade sorang hamba Allah nih yang grad pendidikan dari KUITTHO, baru-baru nih ade hantar komen di paper sentuh pasal isu nih sebabnya dia sendiri pun dah lebih kurang 7 bulan menunggu tapi masih belum dapat ape-ape surat tawaran.( ruginya aku boleh terlepas pandang komen nih di paper) Member aku tuh cakap dia takde niat nak menakut-nakutkan aku, just nak inform ape yang dia tau.Tak dinafikan, banyak maklumat pasal dunia pendidikan nih budak-budak di maktab yang lebih tahu dari kitaorang di Univeristi nih. Ish, maunye aku tak takut..tak tahu nak gambarkan macammana perasaan aku sekarang nih.. nak isi borang posting pun macam tak semangat jer nih. Hai, agaknya aku kena pertimbangkan larr saranan Ija yang nak ajak posting ke Sabah nih. Boleh pulak macam tuh aku nih..tapi sebenarnya ade kot dalam 10% rasa nak pegi mencari pengalaman di sana. Kata member yang SMS tuh, semua nih bergantung pada nasib..berbalik pada kun fa ya kun..kalau ade rezeki tak kemana-mana jugak..InsyaAllah.
posted by NuRuL @ Monday, December 19, 2005   0 comments
 
 
  Friday, December 02, 2005  
 
 
Berehat sekejap
Memandangkan pc aku kena infection baru nih, aktiviti online2 nih dah terpaksa dikurangkan...takleh larr nak selalu2 online..takleh nak selalu2 surf2 forum...huhuhu..sepi larr hidup tanpa internet pas nih!!!
posted by NuRuL @ Friday, December 02, 2005   0 comments