:: About Me ::
Name:NuRuL SaLeHaH MoHd YuSoF
Hometown:PeRaK
See my complete profile
Previous Post
Archives
:: ShOuTBoX ::



:: Sembang-sembang ::



:: Friends ::
:: Links ::
:: FoToPaGes ::
:: Education ::
:: Powered by ::

Isnaini Dot Com

BLOGGER

 

 

 
  Monday, July 24, 2006  
 
 
huh..menahan sabar dan geram
Sejak semalam sebenarnya hati aku tak tenang..kepala berserabut..atas sebab-sebab yang aku rasa tak perlu aku nak nyatakan disini. Awal-awal pagi, berbalas-balas SMS, sempat juga aku nyatakan risau pasal posting. Tetiba jer, dalam pukul 11 lebih masa aku di klinik temankan opah saudara aku cuci lukanya, terima satu SMS dari Shah. Bunyinya 'nurul, ko dgr kabar angin tak posting kita bulan 1 bukan macam bulan 9 yang sepatutnya' Aduh..tiba-tiba aku rasa macam dihempap batu. 2-3 kali dah aku dgr kabar yang sama.. baru lar terlintas di fikiran, daripada asyik berteka teki why not aku confirmkan sendiri dengan KPM. Tapi, nak dijadikan cerita.. macam-macam hal pulak. Dari bahagian sumber manusia KPM, diorg paskan pada bahagian pendidikan guru..disini pun kata diorang tak uruskan, bagi nombor lain pulak..aku call engage..after lunch aku call tak angkat-angkat pulak..mana pegi suma orang dalam office tuh ntah..macam-macam hal betul. Bukannya aku call nak sembur diorg pun..just nak kan kepastian jer..seksa betul..macam menunggu buah yang tak gugur..aduuuuh!!!
posted by NuRuL @ Monday, July 24, 2006   0 comments
 
 
  Thursday, July 20, 2006  
 
 
stop kejap..
aktiviti-aktiviti aku yang melibatkan internet terpaksa lar di stopkan buat sementara..sepinya hidup aku tanpa internet..huhu. Boring tak boring pun..nak buat camne...aduhai..cepat lar posting..aku tak larat dah nak duduk kat umah nih..
posted by NuRuL @ Thursday, July 20, 2006   0 comments
 
 
  Monday, July 03, 2006  
 
 
TV..tv..tv!!!
program-program Tv yang jarang aku nak miss tgk..dah jadi hantu Tv lak aku nih..huhu..nih lar kejenya duduk kat umah.

MHI, TV3 6.30-9.00 (weekdays)
Aku suka topik2 yang dbincangkan..paling penting aku suka Hos-hosnya..hehe..kalau dulu aku suka tgk Ally Iskandar tapi sekarang aku menanti-nantikan AG yang jadi hosnya, kalo yang pompuannya aku suka Abby Fana+ Fenda..gamat MHI kalo gandingan 3 orang nih rasanya. Apa daa aku nih..orang lain tengok untuk tau info-info terkini..aku tengok sebab hosnya..jangan marah 

Passion De Gavilenas, Astro Prima 9.00-10.00 (weekdays)
Betul lar orang cakap, jangan mula tengok telenovela..sekali tengok eager kita nak tahu ape jadi seterusnya..cam citer nih, even aku tak tgk dari mula tp still nak tengok apa jadi seterusnya.

La Mujer En El Espejo, Tv3 3.30-4.30 (weekdays)
Another telenovela, citer nih start masa last week exam time ktorg di USM lagi. Dayah dah start tengok dari 1st episode lagi tapi masa dia cerita aku takde minat pun nak tengok. Bila dah balik rumah, takde menda nak buat aku pun tertgk lar jugak..and gitu larr..namapun telenovela kan..berjela lar episodnya. Ntah bila nak habis aku pun tak tau.

Ku tlah jatuh cinta Asto Ria 6.00-7.00 ( weekdays)
Aku beli cd 1st cerita nih tapi hilang..huhu..yang original pulak tuh. Tapi lucky me, sebab citer nih dah ditayangkan di astro..save duit aku..hehe

Kunci Khazanah Astro Ria 8.30-9.30 ( Ahad)
Program kuiz yang menguji minda, ewah..cam nak promo pulak aku nih. Tapi betul lar..aku suka rancangan nih sebab kadang-kadang thru soalan-soalan tuh kita dapat tau info yang kita sendiri tak tau. Tapi yang geramnya kadang-kadang soalan yang senang pun peserta-peserta nih tak reti nak jawab..terjerit-jerit aku yang menontonnya..ish..pandai jer aku nak condemkan orang.. To Dayah, bila lak turn kita nak jadi peserta nih..hehe

Explorace Tv3 9.00-10.00 ( Jumaat)
Aku start tgk dari season 2 dulu..season 3 nih still satu episode baru. Yang aku suka pasal explorace nih, keazaman peserta-peserta nih nak siapakan task-task yang adventure, lagi satu, keindahan tempat yang jadi lokasi perlumbaan tuh pun ditonjolkan dalam program nih. Best tuh yang jadi juara..hadiah ribu2 ringgit..dapat pegi travel lagi. Still, aku tak jumpa team yang akan jadi feveret team aku..takde yang cam Amir&Dani lar..kan Lyn kan?..hehe


Gol & Gincu 8tv 10.00-11.00 (Ahad)
Masa difilemkan, aku tak rasa best mana pun citer nih.. tapi skang nih dah jadi series tv..not bad lar even agak western sket citernya.. takde nampak cirri-ciri kemelayuan..tapi aku suka scenery citer nih tambah2 lagi bilik si Putri nih..cantik banget

CSI series, Alias, Fear Factor AXNT
v series kat AXN nih always di ulang tayang.so aku pun tak fix kan waktu nak tengok.

See..itu baru cerita-cerita yang aku akan tengok..belum yang ‘ter’tgk. Sememangnya TV dah jadi peneman setia aku di rumah..huhu.
posted by NuRuL @ Monday, July 03, 2006   0 comments