:: About Me ::
Name:NuRuL SaLeHaH MoHd YuSoF
Hometown:PeRaK
See my complete profile
Previous Post
Archives
:: ShOuTBoX ::



:: Sembang-sembang ::



:: Friends ::
:: Links ::
:: FoToPaGes ::
:: Education ::
:: Powered by ::

Isnaini Dot Com

BLOGGER

 

 

 
  Friday, February 04, 2005  
 
 
cikgu
Borak2 ngan rumet aku, terkeluar citer pasal sorang senior ktorg yang dah 2 tahun posting di Terengganu. Apa yang senior tuh cerita pasal cikgu2 bujang yang selalu jadi mangsa bebanan tugas. Jadik guru kelas larr, kenang pegang persatuan ngan kelab, tak masuk lagi subjek yang bukan opsyen pun kena ngajar.. pastu kalau ade kursus pun cikgu2 bujang nih jugak larr yang kena pergi. Alasannya??? Cikgu2 bujang nih takde komitmen yang tinggi. Cikgu2 yang dah kawin nih, kena fokus pada family, Suami tak izin, tak bleh larr nak pegi kursus.. senangnya diorg nih memberi alasan atas nama family…tapi dalam nak fokus pada family tuh sempat pulak join aktiviti2 politik nih, sempat lagi nak berbisnes. Aku sendiri dah tgk situasi nih time aku jadik guru ganti tak lama dulu. Sudah larr kena ngajar kelas2 yang agak tercicir, aku yang tak tau ape2 nih kena pulak jadik guru kelas tuh aku tak kisah sangat larr, nama pun tanggungjawab. Tapi tiba time exam, aku sorang2 kena buat soalan exam tuk students2 nih. Terasanya diri nih dibuli, tapi aku fikir positif balik, at least aku dah ade experience time aku btul2 dah posting nanti. Selama jadik cikgu ganti tuh, aku dapat rasa jadik cikgu nih best sebenarnya, tak dapat aku nak gambarkan kepuasannya, walaupun kadang2 kerenah students yang bermacam2 tapi aku terhibur. Bila dah masuk blajar balik, kadang2 aku jadik rindu kat students2 aku dulu, paling2 terharu diorg still ingat kat aku bile terserempak kat mana2..even aku ngajar diorg tak sampai pun 3 bulan. Masalah ngan students aku rasa, xde cikgu yang berkira. Just, macam aku cakap tadi, cikgu2 sekarang nih dah dilambakkan dengan tugas yang bukat setakat mengajar saja. Ke hulu hilir attend kursus, suma orang fikir nak cemerlang. Tapi cemerlang ke kalau still ade students yang tak reti membaca? Sekolah aku ngajar dulu, budak2 kelas peralihan tersangat2 payah nak membaca. Macam aku ngajar budak2 tadika acik aku pulak. Bila cakap bebanan tugas nih pulak, cam yang senior ktorg cakap..cikgu2 bujang nih larr jadi mangsanya. Sampai senior tuh ckp kt ktorg, kawin larr cepat2 sblm posting..hehehe.. biar btul!!! Time aku last mengajar ari tuh, ade taklimat pasal system pengredan baru tuk pelajar… dgr penerangan dari pengetua jerr aku rasa dah byk keje.. cikgu2 kat situ..asyik bertolak2 sapa yang incharge suma tuh. Ade jugak cikgu2 yang pandang kat aku, tanya kat aku..Nurul, still nak jadik cikgu jugak ker? Ish2 diorang nih, nak melemahkan semangat aku pulak. InsyaAllah, aku tak akan menyesal pilih cikgu tuk jadik kerjaya. Tugas sorang guru, tugas yang mulia dan aku percaya kalau kita ikhlas, InsyaAllah hidup nih akan dapat keberkatan dariNYA.
posted by NuRuL @ Friday, February 04, 2005  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home