:: About Me ::
Name:NuRuL SaLeHaH MoHd YuSoF
Hometown:PeRaK
See my complete profile
Previous Post
Archives
:: ShOuTBoX ::



:: Sembang-sembang ::



:: Friends ::
:: Links ::
:: FoToPaGes ::
:: Education ::
:: Powered by ::

Isnaini Dot Com

BLOGGER

 

 

 
  Thursday, November 24, 2005  
 
 
main kuiz
Your Heart Is Blue
Love is a doing word for you. You know it's love when you treat each other well.You are a giving lover, but you don't give too much. You expect something in return.
Your flirting style: Friendly
Your lucky first date: Lunch at an outdoor cafe
Your dream lover: Is both generous and selfish
What you bring to relationships: Loyalty
What Color Heart Do You Have?
posted by NuRuL @ Thursday, November 24, 2005   0 comments
 
 
   
 
 
Sepi Angin Ke Kota London
teringat waktu menonton Drama SepiAngin ke Kota London nih bi bilik tv sama-sama ngan Sue dan Ija tahun lepas. Ending yang tak disangka-sangka membuatkan kami terdiam..mata merah jer masing2. Nah..sekarang cerita nih diulang tayang, bukan di ulang tayang tapi dijadikan cerita bersiri, sequel agaknya kisah ape yg terjadi pada Akhbar selepas parah ditembak. Masih awal nak aku ulas kisah berisiri nih memandangkan tadi baru episod pertama. Cumanya aku harap cerita nih masih sebagus drama yang lepas... moga2 mesej2 dalam drama nih dpat dijadikan panduan.
posted by NuRuL @ Thursday, November 24, 2005   0 comments
 
 
  Thursday, November 17, 2005  
 
 
Lagi pasal novel

Image hosted by Photobucket.com



aku eager sangat nak beli buku nih masa tengok rancangan Selamat Pagi Malaysia satu pagi tuh yang menjemput Anis Ayuni sebagai tetamu jemputan, rasa nak beli sangat2 bila dia mention yang novel nih ade kisah pasal cikgu2. Mak pun murah hati bagi duit tuk aku beli so baik amik peluang kan. Bila dah habis baca...thumbs up larr tuk citer nih!!! satu garapan yang bagus..aku tak pandai sgt nak review2 buku nih..tapi baca citer nih ade part yang kite jadi happy, tersentuh,rasa nak marah..suma ade larr!!! Buku nih jugak bagi inpirasi jugak larr tuk jadik sorang cikgu yang baik!!!
posted by NuRuL @ Thursday, November 17, 2005   0 comments
 
 
  Monday, November 14, 2005  
 
 
Pulak dah
Guru sanggup kerja sembilan jam sehari
KUALA LUMPUR 13 Nov. - Sebagai balasan kerana dibenarkan bekerja lima hari seminggu, kesatuan-kesatuan guru menyatakan kesanggupan untuk bertugas sembilan jam sehari.
Kesatuan-kesatuan itu menegaskan, golongan guru tidak mempunyai masalah untuk bekerja sehingga petang seperti yang dilalui oleh kakitangan awam lain. (kalo aku, tak sanggup!!!)
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Ismail Nihat berkata, pada dasarnya semua guru sanggup bekerja sembilan jam dan mengikut pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), waktu bekerja kakitangan awam ialah tidak kurang daripada 38 jam seminggu.
``Sepatutnya, kalau dah bekerja lima hari seminggu, aktiviti-aktiviti kokurikulum perlu diadakan pada waktu sekolah, kemungkinan pada sebelah petang,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Ismail diminta mengulas mengenai kesediaan kerajaan meluluskan waktu bekerja lima hari seminggu seperti dinikmati oleh kakitangan awam lain.
Kesediaan kerajaan itu dicapai semasa Majlis Mesyuarat Permuafakatan Kementerian Pelajaran di Miri, Sarawak di antara Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahamad Sipon dengan 24 kesatuan dan persatuan guru yang berakhir semalam.
Selasa lalu, sebanyak 14 kesatuan guru di negara ini secara rasmi menuntut hak bekerja lima hari seminggu seperti yang dinikmati oleh kakitangan awam. (diorg2 nih larr yang beria benar nih..)
Para pemimpin kesatuan itu berpendapat, adalah tidak adil bagi guru-guru mengorbankan cuti hujung minggu dengan tugasan dalam dan luar sekolah ketika kakitangan awam lain menikmati cuti hujung minggu.
Pada masa ini, sebahagian besar daripada 300,000 orang guru terpaksa bekerja pada hari Sabtu sama ada atas arahan pentadbir atau menghabiskan tugasan yang tidak sempat disiapkan pada hari bekerja.
Sehubungan itu Ismail berkata, bagi memantapkan sistem bekerja lima hari seminggu itu serta memudahkan ia dilaksanakan, semua sekolah perlu berjalan dalam satu sesi. (sekolah yang selama nih 2 sesi camne pulak?)
Presiden Kesatuan Guru-Guru Malaysia Barat (KGGMB), Prof. Madya Dr. Rahman Daud pula menyatakan, kesatuan itu bersetuju dengan apa juga ketetapan kerajaan berikutan kesediaan untuk meluluskan waktu bekerja lima hari seminggu termasuk mengikut waktu kerja seperti kakitangan awam lain.
Beliau memberitahu, dulu pun guru memang bekerja lima hari seminggu.
``Oleh itu saya harap sekolah-sekolah akan dapat menyusun jadual dengan terperinci serta menyatakan dengan jelas aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sekiranya waktu bekerja selama sembilan jam. (sure ramai cikgu2 merungut nye larr..byk ooo nak kena plan balik kalo dah gitu)
``Perlu dirancang dengan teliti program kokurikulum yang akan dilaksanakan pada sebelah petang,'' katanya.
Sementara Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa dan Guru Nasional, Profesor Madya Dr. Mohd. Ali Hassan menegaskan, sekiranya guru-guru bekerja lima hari seminggu maka waktu bekerja juga mesti selari dengan kakitangan awam lain iaitu sembilan jam sehari.
Adil
Katanya, itulah yang sepatutnya kerana ia selari dengan jumlah hari dan waktu bekerja kakitangan awam yang bukan dari golongan guru.
``Kerja selama sembilan jam untuk guru sekiranya kerajaan meluluskan waktu bekerja lima hari juga perlu dilaksanakan agar ia adil dengan kakitangan awam lain.
``Kalau waktu bekerja lima hari tetapi jumlah masa tidak sampai sembilan jam,itu tidak adil kepada kakitangan awam lain,'' katanya.
Mohd. Ali bagaimana berpendapat bahawa profesion perguruan tidak boleh disamakan dengan kakitangan awam lain.
Ujar beliau, profesion perguruan mempunyai falsafah dan komitmen sebagai pendidik.
Tegasnya, beliau tetap berpendapat bahawa guru perlu berkerja tanpa mengira batas waktu.
Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru-Guru Besar Malaysia, Awang Mohamad juga berpendapat bahawa guru perlu dilihat sebagai pendidik bukan kakitangan awam.
Ujar beliau, sekiranya guru dilihat sebagai kakitangan awam maka kena ikut macam kakitangan lain iaitu kerja lima hari seminggu dengan waktu kerja selama sembilan jam sehari.
``Golongan guru juga perlu melaksanakan berpuluh-puluh program yang dilaksanakan oleh kakitangan awam lain,'' katanya.
Sementara itu Dr. Ahamad ketika dihubungi memberitahu, resolusi yang dicapai hasil pertemuan dengan kesatuan dan persatuan guru itu akan diumumkan pada hari Isnin atau Selasa ini.
AKU: macam2 betul larr diorg nih..dari duk sembilan jam kat sekolah...aku rela dtg hari sabtu. Percaya larr...tak suma cikgu setujunye!!! huhuhu...orang atasan punye kesah larr nih.
posted by NuRuL @ Monday, November 14, 2005   0 comments
 
 
  Sunday, November 13, 2005  
 
 
untuk cikgu2..
Guru kerja 5 hari -- Rumusan Majlis Mesyuarat Permuafakatan Kementerian Pelajaran

MIRI 12 Nov. - Berita gembira kepada lebih 300,000 orang guru di negara ini apabila kerajaan dipercayai bersetuju meluluskan waktu bekerja lima hari seminggu kepada golongan itu seperti yang dinikmati oleh kakitangan awam lain.
Rumusan ke arah itu dicapai pada Majlis Mesyuarat Permuafakatan Kementerian Pelajaran yang berakhir di sini hari ini.
Menurut sumber, isu kerja lima hari seminggu bagi guru-guru menjadi perbincangan utama pada mesyuarat yang dihadiri oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahamad Sipon bersama pengarah-pengarah pelajaran negeri dan 24 kesatuan perguruan di negara ini.
``Pengumuman rasmi mengenai berita baik ini dijangka dibuat sendiri oleh Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein setelah Ahamad memberi taklimat kepadanya,'' katanya kepada Mingguan Malaysia.
Selasa lalu, sebanyak 14 kesatuan guru di negara ini secara rasmi menuntut hak bekerja lima hari seminggu seperti yang dinikmati oleh kakitangan awam lain.
Para pemimpin kesatuan itu berpendapat, adalah tidak adil bagi guru-guru mengorbankan cuti hujung minggu dengan tugasan dalam dan luar sekolah ketika kakitangan awam lain menikmati cuti hujung minggu.
Pada masa ini, sebahagian besar daripada 300,000 orang guru terpaksa bekerja pada hari Sabtu sama ada atas arahan pentadbir atau menghabiskan tugasan yang tidak sempat disiapkan pada hari bekerja.
Sementara itu, Ahamad yang ditemui pemberita selepas tamat mesyuarat di Hotel Dynasty, Miri berkata, perbincangan dengan 24 kesatuan dan persatuan guru dari seluruh negara berhubung tuntutan kerja lima hari seminggu hari ini `membuahkan hasil yang positif'.
``Saya mungkin bertemu dengan beliau (Hishammuddin) berhubung hasil pertemuan ini pada Isnin atau Selasa ini. Buat masa ini saya cuma boleh katakan ia mempunyai petanda positif,'' katanya.
Setakat ini, jelas Ahamad, beliau hanya boleh menyatakan bahawa perjumpaan itu telah mencapai persetujuan dan memberi petanda positif dalam memantapkan kecemerlangan pendidikan negara.
``Saya tidak dapat maklumkan keputusan yang telah dicapai. Tunggulah sehingga saya memberikan taklimat kepada Menteri Pelajaran sekembali saya ke Kuala Lumpur nanti.
Ditanya sama ada perjumpaan di sini turut membincangkan soal elaun guru, Ahamad berkata, perkara itu tidak disentuh.
Mengenai mesyuarat permuafakatan perguruan yang bermula semalam, beliau berkata, ia antara lain membincangkan usaha memartabatkan profesion perguruan negara.
``Kita tekankan bahawa apa sahaja kegiatan kokurikulum harus dijalankan dengan sebaik-baiknya, demi meningkatkan profesion perguruan,'' katanya.

AKU : Kalau cikgu tuh jenis yang tak kisah, betul2 nak students success, tak kisah larr nak kena datang ari sabtu pon!!!
posted by NuRuL @ Sunday, November 13, 2005   0 comments
 
 
  Saturday, November 12, 2005  
 
 
KaWaNku KAwEn!!!
2 hari berturut2 aku dapat SMS orang nak kawen nih. Semalam, sue gtau yang Chah ngan Azam nak nikah bulan depan, aku dah agak dah sbb sblm praktikal ari tuh diorg nih dah engaged pon. Nikah bln 12, kenduri bulan 5 nanti. Tup2 pagi tadi, tgh leka tgk tv dpt SMS dari Kak Na, mintak add umah coz dia nak antar kad jemputan kawin. Quite shock...sebabnye time sembang2 dulu, die ckp nak tunggu abes study..jodoh dah sampai agaknye. Tingin nak tgk member yg same2 study naik pelamin...mana tau kot2 terkena badi diorg nih (erk!!!) tapi jauh sgt larr Kak Na nyer tmpt nih..nun di ganu sane!!! Kirenye diorg nih, dalam borang posting nanti, status tuh dah leh tulis BERKAHWIN larr...kire save larr kot, tak yah kena antor posting jauh2. Nih salah satu sebab gak kot naper diorg nih amik keputusan nak kawen awal. Bukak sem nih leh larr tanya perasan diorg yang dah bergelar isteri nih..kuang..kuang. Hopefully dua2 orang member aku nih berbahagia hendaknye sehingga ke hujung nyawa..diberkati dan dirahmati olehNya..doa aku sebagai seorang kawan!!!
posted by NuRuL @ Saturday, November 12, 2005   0 comments
 
 
  Friday, November 11, 2005  
 
 
Suspen jerr
huh...sabo je larr!!! pagi2 tadi tgh aku sidai kain kt belakang umah pakcik posmen terhon2 kat depan umah. Ayah adekat depan so aku biarkan ayah yg pegi amik. Tetiba ayah hulur sampul surat kat aku.. dari KPM!!! Terkezut gak aku.. kecut pon ade gak..ape kena tiba2 bhgn biasiswa KPM antor surat kat aku nih..nak kena stop biasiswa kerr..macam2 dlm mind aku nih. Sekali bukak sampul, surat2 perjanjian daaa...fuh...suspen jerr!!!! Punye larr pikir macam2!!!
posted by NuRuL @ Friday, November 11, 2005   0 comments
 
 
  Monday, November 07, 2005  
 
 
Coretan Raya
Ape nak citer yer..bak kata sorang member aku, time2 raya nih penat!!! Penat melayan orang datang umah, penat berjalan umah orang..paling2 best..penat makan larr..hehehe. ANd sure2nyer...thn nih thn last larr aku beraya ngan gelaran students...huhuhu..thn last jugak larr leh dpt duit raya..thn depan InsyaAllah dah keje...masing2 sepupu aku menuntut nak duit raya dari aku lak next year..huhuhu..nasib larr!!! 2nd day raya, buat open house kat umah..start pas jumaat smpi larr ke malam, org dtg umah..terasa larr kemeriahan raya tuh.
posted by NuRuL @ Monday, November 07, 2005   0 comments