:: About Me ::
Name:NuRuL SaLeHaH MoHd YuSoF
Hometown:PeRaK
See my complete profile
Previous Post
Archives
:: ShOuTBoX ::



:: Sembang-sembang ::



:: Friends ::
:: Links ::
:: FoToPaGes ::
:: Education ::
:: Powered by ::

Isnaini Dot Com

BLOGGER

 

 

 
  Friday, December 29, 2006  
 
 
Cuti-cuti Malaysia

Awal mak ajak join famili day ofisnya di Langkawi aku agak keberatan, masih teringat lagi berita pasal feri Langkawi berlanggar baru-baru ini..satu tabiat buruk aku yang sukar untuk dikikis..negative always come first..ntah apa-apa lar kan. Padahalnya Kuasa Allah s.w.t yang lebih utama.
Akhirnya, Selasa lepas, kami sekeluarga sama-sama bertolak menaiki bas. Tiba di Jeti Kuala Perlis awal pagi, masih pukul 4 pagi..uish..gila punya laju tul driver bas tuh bawaknya. Mujur ada motel 24 jam di situ, negotiate ngan tauke di situ, dapat lar kami sewa 4-5 buah bilik dalam 2-3 jam sebelum tunggu waktu feri berlepas. Rehat, mandi+ solat subuh + breakfast semuanya disitu. Akhirnya kami berlepas ke Langkawi menaiki feri jam 7.30, takde apa yang menarik sebabnya aku sikit punya best terlelap dalam feri tuh, sedar-sedar pun dalam 15-20 minit dah nak sampai ke Langkawi.
Kali kedua sebenarnya kunjungan aku ke salah satu destinasi menarik pelancongan Malaysia nih, kunjungan pertama di waktu form 4, tu pun sebab ke MRSM Langkawi. Agensi yang menunggu membawa rombongan kami ke tempat-tempat yang dikatakan menarik lar di Langkawi nih.. wah..sungguh petah Kak Ana yang menjadi tourist guide kitorg itu memberi penerangan itu dan ini…begitu dan begini..
Pergi ke tempat penghasilan Minyak Gamat yang begitu sinonim dengan pulau bebas cukai ini..kata orang jika celup jari ke dalam minyak gamat yang sedang mendidih sejuk jer rasanya..tapi tak lar sejuk macam ais tu..suam-suam kuku gitu. Kemudianya, kami menyusuri sejarah Pulau Langkawi pergi melawat Makam Mahsuri..Legenda Langkawi. Perubahan yang ketara rasanya kompleks ini, sangat cantik berbeza waktu aku datang 7 tahun yang lepas.
Kemudiannya, kami di bawa ke pekan Padang Mat Sirat yang mananya di sini lah terletaknya lokasi Beras Terbakar. Kata Kak Ana nih, kalau nak membeli kain batik, Bazar di Padang Mat sirat menawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding di Pekan Kuah..jadinya My Mom & the gang pun tak lepaskan peluang lar pilih memilih nih. Untung Tauke kedai yang kami pergi tuh, entah berapa ribu lar dia collect dari kitorg-kitorg ini saja. Aku bukanlah anak dara ayu yang berkain batik bila di rumah tapi untuk kenangan, aku pilih jugak satu corak. Beli untuk kenangan kata Ija.
Tarikan baru di sini ialah Langkawi Cable Car, alang-alang dah sampai rugilar kalo tak mencuba kan.. kata Kak Ana tuh lagi, Cable Car di sini adalah yang tertinggi di Asia Tenggara..hebat Malaysia!!! Tipu kalau tak rasa gayat tapi pemandangan dari stesen atas tersangatlah cantik.
Puas berjalan, akhirnya kami check in di motel.
Lokasi yang sungguh strategik Bos mak aku nih pilih tempat penginapan, di tengah-tengah pekan Kuah, syurga shopping kaum-kaum Ibu. Ismail Group, Idaman Suri, sekadar menyebut beberapa kedai yang menawarkan harga yang agak berpatutan. Bagi golongan-golongan muda cam aku nih ( perasan sih muda lagi,,muahaha) datang ke Langkawi nih tak lepaskan peluang beli coklat yang berbagai jenis jenama dan juga perisa. Buat masa nih aku takde hati lagi nak membeli set-set periuk dan pinggan mangkuk yang jadi kegilaan golongan mak-mak nih. Banyak kekangan-kekangannya lagi, salah satu sebab utamanya sudah tentu lar aku masih belum bergaji..huhu.
Untuk diri aku sendiri kali ini as a souvenier à baju tidur sepasang, blouse, kain batik dan tuala.. dan yang penting..aku tak keluarkan satu sen pun duit aku untuk semua-semua itu. Baguss bangat!!!
posted by NuRuL @ Friday, December 29, 2006   0 comments
 
 
  Monday, December 25, 2006  
 
 
Kisah 'Tentang Bulan'
Sabtu yang lepas, aku pergi tonton movie. Menonton berempat bersama si kecil dua orang itu, Khalisah dan Khalilah dan juga Firdaus. Sebetulnya, menunaikan janji pada mereka-mereka ini bilamana mereka-mereka ini tertarik menonton trailer ‘Tentang Bulan’ seawalnya ditayangkan di kaca-kaca TV.
Puas mencari parking..tahu-tahu saja suasana di Kinta City bila hari minggu, ratusan malahan ribuan agaknya orang memenuhi kompleks itu..benci betul!!! Sang Kakak dan Adik itu sudah agak kecewa bilamana aku membayangkan hasrat untuk balik saja kalau parking masih tidak ada..tapi akhirnya ada sepasang suami isteri yang keluar membeli barang-barang dapur agaknya baik hati memberi laluan parking pada aku.
Wayang mula pukul 4, aku di kaunter tiket 3.45. Jadinya berpuas hati sajalah dengan tiket di barisan keempat dari depan. Fuh..aku pandang ke belakang..penuh panggung. Dan barisan hadapan aku juga masih di isi dengan penonton-penonton lain. Rata-ratanya famili yang bawa anak-anak menonton. Paling mengejutkan, ada aku ternampak famili Chinese. Wah..tak sangka ada bangsa lain yang berminat menonton cerita melayu.
Aku mengharapkan kelainan dari filem ini, dan sebetulnya aku puji Ahmad Idham yang berani mempertaruhkan bakat-bakat kecil dalam filemnya ini. Sebenarnya masih ada beberapa babak yang aku rasakan tiru betul-betul dari cerita ‘My Girl’ dari Thailand itu. Tapi bagi aku masih boleh dimaafkan. Aku masih rasa terhibur menonton gelagat adik-adik itu.
“Bulan menjadi saksi persahabatan kita berlima”..yup cerita ini berkisarkan 5 orang kanak-kanak yang membesar bersama, Mawi, Bulat, Budi, Ketot dan Ila. Tapinya keharmonian persahabatan mereka berlima tergugat dengan kehadiran Ina ( maaf cakap..bagi aku adik ini tidaklah pandai berlakon sangat). Karekter yang paling menyerlah bagi aku si Bulat, Budi dan Ketot. Karekter adik yang berlakon sebagai Mawi mungkin agak-agak control macho..sesuai untuk watak dia yang digambarkan paling hensem dan juga ketua pada mereka berlima.
Kelakar, sedih semunya digarapkan dalam cerita ini. Dan sebetulnya, menonton cerita ini, kembali menggamit memori di zaman kanak-kanak tak lama dulu. Main pondok-pondok, tengteng, mandi sungai..wah..satu kenangan yang akan terus tersimpan dalam lipatan memori.
Dan juga aku puji sinematografi ( camni ker ejanya entah) cerita ini..aduhai sungguh cantik. Mengambil pengambaran nun di utara semenanjung memang menggambarkan suasana kampung yang belum tercemar oleh arus pembangunan. Rasa terigin nak menjejak kaki kesana untuk menikmati suasana itu.
Endingnya.. adik-adik ini kembali bertemu di satu majlis perkahwinan. Aku tak mahu nak ceritakan majlis perkahwinan siapa, tapinya pelakon-pelakon dewasa yang dipilih untuk menggantikan watak-watak itu sungguh pandai Ahmad Idham mencari yang rata-ratanya seiras wajah watak adik-adik itu di waktu mereka kecil dulu. Oh..ya..siapa yer yang pegang watak Mawi dewasa itu..masih belum familiar lar orangnya.
Kesimpulannya aku terhibur, si kecil dua orang itupun terhibur dan puas hati dan berdasarkan gelak ketawa yang aku dengar dalam panggung itu, penonton-penonton lain juga mungkin terhibur sama.

Ehmm..aku rindu kawan-kawan lama yang entah bila akan bertemu kembali.
posted by NuRuL @ Monday, December 25, 2006   2 comments
 
 
  Friday, December 15, 2006  
 
 
Fotopages updated
waa..dah lama FP tak di apdet. kali nih...dah apdet. so..nak tgk..klik sini. yihaa!!!
posted by NuRuL @ Friday, December 15, 2006   0 comments
 
 
  Tuesday, December 05, 2006  
 
 
Rajin kan aku ;)
Hari minggu kelmarin..aku merajinkan diri join "Bengkel Sehari Seni Kraf Pengantin'. Pengajarnya tak lain tak bukan Puan Salmiah Sharif @ Mak aku sendiri.
Kata Mak kalo kat rumah aku hanya jadi penonton tengok mak buat itu buat ini..sebabnya serasa aku tangan aku takde seni larr nak buat kraf2 nih..aku ambil mudah jer benda-benda gini. Kalo nak guna..Mak boleh buatkan..hehe. Aku jadi tumpuan gak sebab ada lar 2-3 orang makcik yang kenal aku.. 'anak Nyah mesti reti nih' ish..ish..diorg nih..kalo aku reti takdenya lar aku dipaksa belajar sekali.
Ada 3 modul pembelajaran hari itu..boleh lar nak dikatakan aku sukses ketiga-tiga modul tuh. Aduhai..perasan sendiri.. :)

Modul pertama..potpouri berasaskan sudu& garfu
Photobucket - Video and Image Hosting
Modul kedua --> Bunga reben
Photobucket - Video and Image Hosting
Modul kedua --> Raga berhias
Photobucket - Video and Image Hosting
Bukan tak boleh pun aku buat..saja malas jer kan. Ehmm... dulu pergi kursus ukiran buah, kali nih pegi bengkel seni kraf pengantin, Next week nak pegi kursus Pastri & Kek pulak. Uishh..lengkap dah persediaan tuh..cumanya calon yang ngak ada lagi..muahaha!!!
posted by NuRuL @ Tuesday, December 05, 2006   2 comments