Ber ‘blog’ bukan lagi jadi perkara utama buat masa ini. Kesian blog saya nih..tak di pedulikan sangat. Jangan lar dia merajuk..huhu. Sepanjang minggu ini, saya keluar pagi balik petang pukul 5-6 Penat sangat-sangat larr rasanya..huhu!!! Malam..belum pukul 10..mata dah rasa berat sangat-sangat. Oh ..ya..terima kasih pada Kamal dan Maza. Isnin nih baru akan dibincangkan pasal tema itu dengan guru media. Kita tengok lar..tema siapa yang akan di pilih ya..hehe. Hadiah? Nanti claim dengan pengetua saya yer :) Ok..back to entry. Apa pandangan anda-anda semua bila dapat pasangan hidup yang tak sama taraf? Contohnya..anda lulusan ijazah..tapi si dia lepasan SPM. Pada yang lelaki mungkin biasa saja kan.. Tapi bagaimana pada yang wanita? Boleh terima tak keadaan cam nih? Atau nanti akan timbul konflik ? Di sekolah saya, ada jugak yang alami senario sebegini. Ada yang sangat bahagia di mata saya..tak kurang ada yang bergelut dengan masalah. Tapi saya sangat tak suka bila ada yang mengungkap sebegini
“Saya kagum dengan awak sebab boleh terima orang yang bukan lulusan ijazah sebagai suami” “ish..tak boleh lar..kalau saya..saya nak orang itu mesti atas dari kita. Tak Master pon..kurang-kurang degree.” “ Kak *** nih pon..kalo nak adjustkan orang..tengok lar sama dia tuh camne..sama tak dengan kita” Ya..saya tahu..setiap orang ada pendapat sendiri..ada angan-angan masing-masing, tapi perlu ker awak nak canangkan benda yang sama setiap kali. Perlu lar nak ceritakan betapa tingginya taste awak sampai orang yang dengar jadi meluat. Tak suka larr..saya rasa macam dah underestimate orang dah bila cakap camtu. Bercakap memang mudah kan..tapi andai kata lar saya nanti alami perkara sebegini saya harap saya akan ada kekuatan untuk menempuhnya. Kebahagian satu rumah tangga itu bukan terletak setinggi mana pelajaran yang kita ada..tapi tolak ansur sesama pasangan. Belajar lar setinggi mana pon tapi kalau dalam diri sang suami tuh tak ada rasa tanggungjawab..tak de makna pon kan!!! |
Salam Nurul. Terimalah apa yang ada pada dirinya..janji dia boleh bawa kita menuju keluarga bahagia yang dirahmati Allah s.w.t... tang rezeki tu...boleh diusahakan.
p/s izinkan saya link ur blog. tqvm