:: About Me ::
Name:NuRuL SaLeHaH MoHd YuSoF
Hometown:PeRaK
See my complete profile
Previous Post
Archives
:: ShOuTBoX ::



:: Sembang-sembang ::



:: Friends ::
:: Links ::
:: FoToPaGes ::
:: Education ::
:: Powered by ::

Isnaini Dot Com

BLOGGER

 

 

 
  Wednesday, January 31, 2007  
 
 
Alahai..anak dara

MENU HARI INI

Sayur Bayam Masak Lemak :: Udang Masak Kicap :: Kentang+Tauhu Goreng Berlada :: Sambal Belacan :: Ikan Masin Goreng

Beres urusan masak memasak dalam pukul 12 lebih.Usai kemas dan hidang menghidang nih, aku masuk bilik air mandi kali kedua untuk hari nih (ekceli..dah jadi habit aku lepas masak mesti kena mandi).
Then, aku berkurung dalam bilik ulang menonton CD With Love. Tak habis satu CD, kepala dah berat, mata dah ngantuk. Jadinya, naik katil dan aku pun terlelap.SMS dari Ayie tanya kabar pasal posting mengejutkan aku dari lena itu. Setengah jam juga aku terlelap rupanya. Owh..mak pun dah balik dari kerja. Waktu aku nak ambil wudhu untuk zuhur, Mak suruh sendukkan nasi sebab ayah pun dah balik dari surau.
Dan..OK OW..aku tengok dalam periuk beras masih memutih. Ya Allah..aku lupa nak petik suis rice cooker itu tadi..cuainya ko nih Nurul!!!Mujur lah ada lebihan nasi sejuk semalam yang mana tadi aku tergerak untuk buat nasi goreng. Cukup lah untuk Mak dan Ayah makan berdua dulu. Mujur juga mak + ayah tak bising..hehe.
Memang selalu-selalu itu, aku akan letak nasi dulu untuk dimasak, tadi pun sebenarnya dah tergerak nak letak nasi jugak dulu tapi entah camne..aku pi siapkan segala lauk pauk tuh dulu.
Aduhai..Nurul..melayang kemana fikiran ko nih!!!
So lepas nih, apa-apapun first thing yang kena buat bila masuk dapur masak nasi dulu yer macam selalu-selalu tuh..ok wahai anak dara!!!

Okeh..learn from the mistakes kan..so lepas nih aku akan make sure kan aku beringat!!!

posted by NuRuL @ Wednesday, January 31, 2007   0 comments
 
 
  Tuesday, January 30, 2007  
 
 
Aduhai...aku dah letih
Kata salah seorang staff Bahagian Sumber Manusia K**
" Nama awak dah dihantar pun ke Bahagian Sekolah, so lepas nih awak berhubung dengan Bahagian Sekolah untu ktahu status penempatan awak"
Kata staff di Bahagian Sekolah pulak
"Nak tahu pasal penempatan awak yer, sabar dan telefon balik lepas Februari yer, kami tak uruskan pun lagi list-list nama untuk tuh"
Lagi..kata Pegawai di Bahagian Sekolah
"kami memang nak bagi awak-awak semua nih posting, tapi senarai nama pun takde kat kami, macam mana kami nak buat kerja"
Owh..sungguh meluat dan menyampah bila kena melalui situasi seperti ini.
Sungguh..kenapa lah boleh jadi ketidakcekapan pengurusan seperti itu walhalnya sekarang zaman komputer..zaman IT.
Aduhai..staff-staff di K**, tak boleh kah bagi jawapan yang pasti..bukan main lepas tangan tendang kami-kami yang menelefon ini ke talian sana- sini. Dan juga untuk Pak Menterinya..tolonglah ambil kisah isu-isu seperti ini. Jangan asyik menumpukan pada urusan politik semata-mata.
Kami sudah bosan dengan janji-janji kosong yang tak kunjung tiba..huhu!!!
posted by NuRuL @ Tuesday, January 30, 2007   0 comments
 
 
  Sunday, January 28, 2007  
 
 
cemburunya

Semalam, aku sama-sama mak dan ayah menonton sambungan episod khas Majalah 3 dari Kota Suci Makkah. Syahdunya rasa hati bilamana aku lihat jutaan manusia melimpahi kota suci itu menyambut panggilan Baitullah , dipaparkan juga suasana bilamana Kiswah (kelambu ) Kaabah yang ditukar setiap tahun. Sungguh serasa macam tidak puas menonton 2 episod yang ditayangkan tuh. Aidid dan Norzie, bagi aku teramat-amat lah bertuah berpeluang menjejakkan kaki ke bumi suci itu. Insya Allah, aku juga nak sematkan dalam hati satu hari nanti aku juga akan berpeluang salah seorang dari insan terpilih.

posted by NuRuL @ Sunday, January 28, 2007   2 comments
 
 
  Wednesday, January 24, 2007  
 
 
Lamanya tak apdet
Perghh..lama gila aku tak apdet. Dah nak habis januari 2007 pun. Dalam jangkamasa itu, banyak juga benda yang terjadi, yang buat aku rasa nak kongsikan di sini tapi tak ‘ter’ apdet-dapet jugak.
Mungkinkan kelembapan menggunakan perkhidmatan dial up di rumah membataskan ativiti-aktiviti online aku nih ?Aku tak tau lar apa masalahnya, apakah modem laptop aku nih buat hal kembali? Apakah memang TM net yang ada problem dengan tm netnya.. untuk akses ke satu-satu laman web pun kadangkala mengambil masa hampir 15-20 minit..adoi..ntah lar.
Tapinya mujur jugak lar aku masih boleh mengakses internet dengan menggunakan signal wireless dari salah satu pejabat di area pekan Lenggong nih..free beb.Laju pun laju. Memang berbaloi..hehe Jangan memain tuh..pekan lenggong ada signal wireless gitu. Kata Faiz, dah setaraf Bandar-bandar besar tuh..muahaha. Tapi yang lecehnya pulak, tempatnya yang agak tidak stategik di kawasan itu, yang mana tidak ada sebarang suis untuk aku sambungkan ke laptop aku nih, hanya online menggunakan bateri yang jangkamasanya tak kurang dari 3 jam. Orang yang lalu lalang disitu pun agak mengurangkan perhatian aku untuk online..pandang-pandang apa yang aku duk buat sambil meriba laptop..uish..rimas betul lar!!!
Huh..pandainya Nurul mencipta alasan!!! Yang sebenarnya gejala Mim Alif Lam Sin dah menguasai diri aku nih..adoi lagi!!!
posted by NuRuL @ Wednesday, January 24, 2007   2 comments