:: About Me ::
Name:NuRuL SaLeHaH MoHd YuSoF
Hometown:PeRaK
See my complete profile
Previous Post
Archives
:: ShOuTBoX ::



:: Sembang-sembang ::



:: Friends ::
:: Links ::
:: FoToPaGes ::
:: Education ::
:: Powered by ::

Isnaini Dot Com

BLOGGER

 

 

 
  Wednesday, October 24, 2007  
 
 
Apdet lepas raya
Saya kembali berseorangan di rumah sewa saya itu. Akak-akak hosmet saya dah habis praktikal. Satu perasaan yang asing bila balik sekolah takde orang di rumah. Masih teringat-ingat masa-masa yang lalui sebelum nih bila ada Kak Ila, sama-sama melepakkan diri seketika di depan tv melepaskan lelah sekembali dari sekolah..pastu bila ada rasa yang tak puas hati dengan sekolah sama-sama lar kami melontarkannya. Sunyinya saya rasa saat nih..takde kawan yang boleh diajak bersembang. Kalau dulu sebelum pergi sekolah tengah hari sama-sama lar kami menyibukkan diri di dapur masak untuk bawak bekal..sekarang nih alahaiā€¦nak masak pun saya rasa macam tak padan jer sebab sorang-sorang. Tengok tv pun sorang-sorang..alahai..sungguh tidak best. Malam 1st tuh satu rumah saya terpasang dengan lampu..hehe..tipu lar kalo kata saya tak takut. Sudah lar baru lepas hujan yang sangat lebat disini, jadinya bunyi suara sang katak pun bersahut-sahutan..macam-macam perkara bermain dalam kepala saya. Tapi dengan tawakal, saya lelap jugak sampai ke pagi. Saya dah membilang hari di calendar saat-saat untuk cuti sekolah hujung tahun, ada dalam kira-kira 3 minggu saya akan menempuhi hidup berseorangan nih( cewah).. saya sedapkan hati..tak lama jer lagi. Sampai bila yer saya akan duduk sorang nih..dah tak larat lar life bujang camnih..huhu. Nak kawen jer rasa..keke ( cakap memang senang). Harap-harap next year nih akan ada lar cikgu perempuan bujang akan posting ke sekolah saya nih, boleh lar saya dapat housemate baru..InsyaAllah. Oh..ya seperkara lagi .. Alhamdulillah, syukur saya akhirnya lulus interview baru-baru nih. Isnin baru nih masa nak punch card Kak Ayu kerani pejabat sekolah saya panggil saya untuk ambil surat tawaran perlantikan ke lantikan tetap DG 41.

Banyak perkara yang nak kena settlekan jugak nih, medical check up, surat sumpah, isi borang itu ini.. mudah-mudahan cepat lar segalanya selesai.

posted by NuRuL @ Wednesday, October 24, 2007   2 comments
 
 
  Sunday, October 21, 2007  
 
 
Lazy Monday
Owh..saya masih dalam mood bermalas-malasan di rumah cik Dayah. Sangat lar seronok + bznya raya tahun nih..nak snap gambo time raya pun tak sempat..nak apdet citer pasal raya pun malas ya teramat. Tapi Alhamdulillah..perjalanan pergi dan balik saya dan cik Dayah lancar tanpa sebarang kesesakan lalu lintas...kali pertama merasa suasana balik raya ke kampung. Esok..bermula lar rutin harian saya di bumi S******H, Owh...seminggu dalam mood raya, saya lupa hujung minggu nih sekolah saya akan adakan Pesta Ria..aduhai..mesti bz nyer minggu nih...malassssnya.
posted by NuRuL @ Sunday, October 21, 2007   1 comments
 
 
  Thursday, October 04, 2007  
 
 
kadang-kadang saya lupa
Saya teringat satu situasi waktu awal-awal saya gantikan kak Arizan untuk subjek Sivik tingkatan 1. Tajuknya 'Keluarga Bahagia', saya minta pelajar-pelajar kelas tersebut lukiskan potret keluarga masing-masing, sambil-sambil saya terangkan namanya pun keluarga, so dalam lukisan itu mestilah ada ayah, ibu, abang, kakak dan adik. Setengah waktu pertama, datang seorang pelajar perempuan pada saya
"Cikgu, kalau dalam famili tuh mak, kakak dan abang saja camne. Kena lukiskan juga gambar ayah?" Tanya dia
"Kenapa camtu?" Soal saya
"Ayah saya dah meninggal cikgu." Perlahan dia jawab
Owh..sungguh saya tersentak masa tuh. Memang saya terdiam sekejap. Hujung waktu kelas pula, datang pelajar cina lelaki sorok-sorok hantar kertas lukisannya pada saya. Yang buat saya rasa bersalah, dalam lukisannya hanya ada 3 gambar. Dua orang perempuan dan seorang budak lelaki yang mana saya rasa budak lelaki itu merujuk pada dirinya. Di belakang kertas lukisan tuh, tertulis satu nota.
'Ayah saya sudah mati'
Again..saya rasa sungguh-sungguh bersalah.. kenapa lar saya tak alert benda camnih. Rasa macam saya dah melukakan hati kedua-dua pelajar saya tuh. Perkara itu berlalu macam itu saja sambil saya terfikir kembali bila jadi situasi yang lain semalam.
Saya ditugaskan untuk jaga satu kelas ini untuk ujian matematik. Sejam berlalu, seorang pelajar India perempuan mengadu pada saya pelajar lelaki di sebelahnya ambil jangka lukis tanpa izin.
"Apa yang cari pasal nih Syafiq?" Tegur saya
"Saya pinjam je lar cikgu". Jawab dia
Saya nak diamkan jer tapi entah kenapa terkeluar ayat gini dari mulut saya nih.
"Lain kali bawak lar yang awak sendiri. Tak perlu nak pinjam dari orang"
Elok-elok saya cakap camtuh, muka dia berubah dan terus dia letakkan balik jangka lukis tuh di meja pelajar India tadi.
Ya Allah, tetiba jer saya rasa teruknya saya nih. Mana lar tau, kalau-kalau pelajar tadi nih dari famili yang susah. Memang tak mampu nak beli set geometri tuh. Rasa macam saya dah down kan semangat dia nak jawab soalan tuh.
Huhu.. sungguh, kadang-kadang saya lupa. Jadi cikgu bukan setakat masuk kelas, ngajar, bagi ilmu. Tapi sebagai cikgu, saya kena prihatin dengan situasi pelajar-pelajar saya. Jangan assume semua orang tuh ada life yang sangat perfect. Ehmm..saya teringat satu kata-kata yang saya baca dari novel germersik kalbu- anis ayuni
Guru yang sederhana memberitahu
Guru yang baik menerangkan
Guru yang lebih baik menunjukkan
Guru yang paling hebat memberi inspirasi
.
Owh..banyak lagi yang saya harus belajar resepi-resepi rempah ratus dalam dunia pendidikan nih. Semoga saya akan ada kekuatan untuk semua-semua itu. InsyaAllah.
posted by NuRuL @ Thursday, October 04, 2007   1 comments
 
 
  Wednesday, October 03, 2007  
 
 
Huhu..tak pasal-pasal
saya ke KL hari isnin baru nih lepas sekolah..ada emergency yang tak dapat nak dielakkan. Lepas berbuka rushing pulak balik ke rumah..dan tak disangka-sangka tayar keta saya pancit masa on the way balik tuh. Sungguh, saya tak perasan langsung.. main belasah bawak jer meredah kegelapan malam tuh..aduhai..nasib baik lar tak jadi apa-apa. Buatnya meletup tayar tuh kat tengah-tengah jalan..beraya kat hospital lar saya tahun nih. Saya hanya perasan tayar dahh pancit dengan sangat teruknya esok pagi tuh masa bersiap-siap nak keluar ke kedai. Nak tukar tayar sendiri tak pandai..huhu..itu larr..tau bawak keta jer. Panggil pomen lar jugak datang ke rumah..nampaknya tayar tuh memang tak dapat diselamatkan lagi melainkan saya tukar ngan tayar baru..uwaa..dah lari budget saya bulan nih..huhu!!!
posted by NuRuL @ Wednesday, October 03, 2007   0 comments