:: About Me ::
Name:NuRuL SaLeHaH MoHd YuSoF
Hometown:PeRaK
See my complete profile
Previous Post
Archives
:: ShOuTBoX ::



:: Sembang-sembang ::



:: Friends ::
:: Links ::
:: FoToPaGes ::
:: Education ::
:: Powered by ::

Isnaini Dot Com

BLOGGER

 

 

 
  Tuesday, October 31, 2006  
 
 
kisah di hari raya
Raya pertama semuanya berlalu dengan ceria..
Raya kedua rumah terbuka di rumah kami..
Raya ketiga kami beraya ke rumah sedara mara di taiping..
Tapi bila ramai-ramai berkumpul..
Aku akui, memegang tanggungjawab sebagai seorang kakak bukan satu perkara yang mudah
Di tambah pulak dengan adik-adik aku yang semuanya hero-hero belaka..
Hanya aku sorang mawar terpinggir..huhu.
Entah kenapa kesabaran aku tercabar sampaikan satu tika aku meninggikan suara
Tapi nya kata mak tindakan aku kurang sesuai dengan status aku sebagai anak dara pingitan..adoi..tak pasal-pasal!!!
Lalu hati aku jadi terluka.. pergi ke rumah atok konon-konon nak bawa diri
Huh..sungguh tidak matured tindakan yang aku ambil tika itu kan..
Bila hati dah marah kadang-kadang kita lupa apa yang diucapkan dan sesungguhnya tiada niat di hati pun..hanya sekadar luahan perasaan tatkala dihimpat ke’tension’ an..huhu..
Makanya bila jadi gini..bergelak ketawa dan bertepuk tangan lar syaitan-syaitan durjana
Namun..bak kata pepatah melayu ‘air dicincang tak akan putus’
Sekarang kami sudah bergelak ketawa..
Berkongsi cerita masing-masing
Bersembang..berborak sama-sama menonton tv bagai kan tiada apa yang berlaku.
Huhu..ntah apa-apa lar entry aku kali nih!!!!
posted by NuRuL @ Tuesday, October 31, 2006   3 comments
 
 
  Thursday, October 19, 2006  
 
 
APA KES NIH???
Kes 1
Satu pasangan muda ditangkap berkhalwat di waktu petang oleh sekumpulan penduduk kampung tersebut.

Kes 2
Hasil jualan seorang peniaga ayam bakar disamun oleh 2 orang pemuda yang menaiki Yamaha TZM.

Kes 3
Seorang penoreh getah yang ingin menjual hasil torehannya selama seminggu hampa apabila mendapati 3 guni getah buku yang dikumpulnya lesap dicuri orang.

Laporan kes oleh Encik Mohd Yusof @ ayah aku sendiri.

Ketiga-tiga kes yang aku nyatakan berlaku di daerah kecil tempat tinggal aku nih. Cumanya di kampung yang berbeza. Aiyo..bikin malu saja!!!
Apa yang dikesalkan sangat, kes-kes nih berlaku di bulan puasa nih.
Kesucian Ramadhan tercalar dengan perbuatan-perbuatan yang tak bermaruah nih!!!!
Aku ngaku lar aku bukan baik sangat, ibadah pun tak sesempurna lagi. Tapi rasa nak marah tul bila dengar benda-benda gini.
Tapinya diorang-diorang yang terlibat nih memang hati kering betoi lar.
Tak pikir halal+haram, tak pikir dosa, tak takut balasan tuhan.
Ini lar bila dikatakan nafsu dah menguasai diri!!!
Orang lain yang penat-penat cari rezeki, berhempas pulas berhari-hari cari duit untuk raya..yang awak senag-senang joli sakan dengan hasil HARAM!!!
Huh..tak berkat hidup lar kalo gitu!!!

Kata-kata yang aku petik dalam satu forum
"Bila kita dengar satu-satu kemungkaran, dan kita membenci perbuatan-perbuatan tersebut jangan hanya membenci tapi berazam dan berniat lah di dalam hati bahawa kita kita tidak mahu terjebak"

posted by NuRuL @ Thursday, October 19, 2006   0 comments
 
 
  Tuesday, October 17, 2006  
 
 
di tag oleh dayah!!!
) 1 Ramadhan 1427 Hijrah anda berbuka puasa dengan siapa dan dimana?
---> Masih ngan femili..mak+ayah+adik-adik aku.

2) Apa persiapan anda menjelang hari raya?
---> 'biarlah rahsia' muahaha

3) Sepanjang sebulan berpuasa, agak2 kemana lokasi berbuka yang akan menjadi pilihan anda?
---> Rumah sendiri...lagi selesa

4) Pendapat anda,berbuka puasa di Hotel?
--> penah sekali aku berbuka di Hotel Seri Malaysia..tuh pun sebab free..sedap!!! tapinya kalo nak kuarkan belanja sendiri..jangan harap!!! Mahal seh..satu kepala RM 30-60...uish..belanja tuk baper hari tuh!!!

5) Adakah anda suka menghantar kad raya (by pos) kepada rakan2, sahabat handai dan kekawan anda?
---> suka...tapi lagi suka kalo dapat kad raya dari orang..hehe!!!

6) Oleh itu kirimkan lah kad raya anda di alamat berikut:
---> Dayah..hang dah tau alamat aku..apa lagi aku tunggu kad raya hang nih!!!
posted by NuRuL @ Tuesday, October 17, 2006   2 comments
 
 
  Monday, October 16, 2006  
 
 
Bila si kecil berpuasa

Si kecil dua orang nih sepupu aku..si kakaknya 8 tahun, adiknya pulak 6 tahun.
Mereka nih memang dah diasuh berpuasa dalam usia cam gini oleh ibunya.
Tahun lepas dua-dua orang dapat puasa penuh.. tapi tahun nih kata ibu mereka, si adik dah tinggal sehari..letih sangat di tadika, balik ke rumah pengasuh terus dia bukak peti ais minum air.
Tido hilangkan rasa penat

penat sangat lar nih!!!!
Bila tengok gelagat si kecil dua orang nih berpuasa..timbul rasa kagum dalam diri aku ini, ramai budak-budak kecil sebaya dengan mereka nih pun dah ada keinginan nak puasa penuh..
Rasa malu pun ada jugak sebabnya dalam umur cam gitu dulu-dulu, aku masih belum puasa penuh..tinggal dengan opah dan atok membuatkan aku ambil peluang manjakan diri. Puasa setengah hari jer istilah dulu-dulu.
Yang paling aku tak boleh nak lupa, waktu di tahun 1, kantin sekolah masa tuh still bukak untuk budak-budak Chinese+ Indian, tak penah-penah aku teringin nak beli donut tapi time pose tuh lar nampak donut yang dijual di kantin tuh sedap sangat-sangat lar..sudahnya esoknya tuh aku tak pose..opah bekalkan duit untuk aku beli donut yang konon-kononnya sedap sangat tuh..huhu..teruk tul !!!
Seingat-ingat aku lar, aku start belajar puasa penuh masa darjah dua. Uish..Terasa bermakna sangat raya tahun tuh, habis aku canangkan pada mak-mak sedara yang aku pose penuh..bangga habis lar time tuh.
Sekarang, bila mana sampai saat ‘excuse’ untuk berpose..baru lar terasa rugi waktu dari usia si kecil dua orang nih aku tak nak belajar pose.
Tapi, dah berlalu pun saat-saat dulu-dulu tuh..tak boleh nak diulang dah!!!

Sabda rasulullah s.a.w
Didiklah anakmu berpuasa bila mana dia sudah boleh membezakan antara tangan kanan dan tangan kiri

Ehmm..insyaAllah, anak aku nanti awal-awal usia gini aku nak asuh berpuasa dah..
Erk…bila masa aku nak ada anak nih.. yang pastinya belum masanya..muahaha!!!
posted by NuRuL @ Monday, October 16, 2006   2 comments
 
 
  Wednesday, October 11, 2006  
 
 
KAD RAYA vs SMS & EMAIL

Pagi tadi sempat dengar celoteh krill dan Kieran di topik pagi ERA masa aku hantar firdaus ke sekolah. Sempat lar aku dengar 3-4 orang caller yang kasi pendapat.
Ada yang kata sekarang zaman IT..senang hantar SMS saja.. ada jugak yang kata guna email lagi senang..macam-macam design e-card yang korang boleh pilih..tak kurang yang mempertahankan ingatan berbentuk kad raya lagi terasa suasana rayanya.
Kalau dikenang-kenang zaman sekolah rendah dulu, memang cukup rajin berbalas-balas kad raya nih..masing-masing cukup eksen nak tunjuk kad raya sapa yang paling banyak. Teringat gak aku..dulu-dulu ada rumah-rumah yang gantung kad-kad raya nih sebagai hiasan time-time raya..sekarang nih jer..memang dah tak penah aku jumpa hiasan ‘pokok kad raya’ tuh.

Ada lagi ker orang nak buat gitu ek?
Sekarang nih jer..jarang dah orang praktikkan budaya kad-kad raya tuh..tunggu malam raya send SMS..kadang-kadangnya..pengirim lain-lain..SMS yang sama. Tapi syok gak bila baca SMS yang lain dari yang lain..dan percaya lar tiap-tiap tahun akan ada lar SMS-SMS yang baru dicipta
Cumanya yang aku benci guna SMS nih dek kerana ramai yang nak tunggu time malam raya..akan jem lar talian..makanya pending lar SMS-SMS yang dihantar.
Hantar kad ker…SMS ker..email ker..tanda ingatan tuh yang penting .Lagi meaningful kalo dapat kad lar..tak kira lar time raya ker..besday ker..cumanya rasa tak bermakna kan bila orang tuh tak simpan pun kad-kad yang kita kasi. :(

SMS time nak pose hari tuh yang aku dapat :

Kalau terasa nak buat jahat time puasa nih,
Tanya lar iman..tentu iman cakap tak boleh
Jangan tanya Aiman..
Nanti die kata “aiman tak kesah”

posted by NuRuL @ Wednesday, October 11, 2006   10 comments
 
 
  Monday, October 09, 2006  
 
 
Meh.buat biskut raya pulak
Untuk Dayah yang beria-ria mintak aku kasi resepi nih..dah buat nanti jangan lupa poskan tuk aku kat sini tau...kuang3X

Biskut Short Bread

50 gm gula castor
200 gm butter
70 gm serbuk badam
70 gm susu tepung
240 gm tepung gandum

Coklat masakan

Cara membuat

Pukul butter dan gula sehingga kembang
Masukkan serbuk badam, susu tepung dan tepung gandum
Gaul hingga sebati.
Terap adunan didalam acuan yang disediakan.
Bakar sehingga kekuningan

Cara menghias

Apabila adunan yang dibakar tadi telah sejuk, tuangkan coklat masakan yang telah dicairkan, hiaskan dengan coklat masakan yang putih.
Terapkan kembali dengan acuannya, sejukkan di dalam peti ais.




posted by NuRuL @ Monday, October 09, 2006   3 comments
 
 
  Friday, October 06, 2006  
 
 
Dengar lagu
My Heart
Irwanshah feat Acha Septriasa

Disini kau dan aku
terbiasa bersama
menjalani kasih sayang
bahagia kudenganmu

pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita

bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldn’t reach my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart

pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita

bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldn’t reach my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart

Aku belum berpeluang nak tonton lagi filem Heart lakonan Irwanshah dan Acha nih.
Dari komen-komen di forum yang aku baca..ada yang kata best..tak kurang ada jugak yang mengeluh boring sampai tertidur.
Arif dah sms aku, bagitau dia dah beli cd filem nih..save duit aku..plan nak tengok di wayang, di ipoh takde tayang, tukar plan nak beli cd..orang lain dah beli..hehe.
Sememangnya pirate cd lar tuh, mana nak kuar lagi cd original sedangkan filem still main lagi kat wayang. So aku tunggu dia balik rumah raya nih lar untuk aku tonton dan komen sendiri.
‘My Heart’ kat atas salah satu lagu dalam ost album filem nih..aku sememangnya suka garapan dari Melly nih..so bagi aku tak mengecewakan lar lagu-lagu dalam album nih.
Sweet lar nak dijadikan penyedap telinga.
Teringat wak tu aku mainkan kaset nih waktu ke ipoh minggu lepas, turn lagu ‘My Heart’ nih lar sepupu aku Khalisah mencelah.
“eii..lagu yang kakak suka”
“Mana kakak dengar?”
saja aku nak menduga..takkan lar budak sekecil darjah dua nih dah pandai nak dengar-dengar radio.
“dekat tv3, kan selalu ada tunjuk lagu nih..kak yue tak penah tengok ker?”
Ohoo..betul jugak. Memang tv3 selalu promo filem nih pun.
Yang aku nih pulak, kasi dia pegang cover kaset yang ada lirik-lirik lagu..apa lagi nyanyi sakan lar budak kecik tuh.
“ kak yue rewind lar lagi, kakak nak dengar lagi lagu tadi”
Ewah-ewah..dia nih. Bukan main dia menyuruh.
Sudahnya 2-3 kali jugak lar lagu nih di ulang dengar sementara nak sampai ke greentown mall tuh..dan makin galak lar Khalisah nyanyi dengan feelnya tersendiri.
Yang aku nih pun satu kan..apa lar gi ajar budak-budak sekecil tuh hafal lirik lagu. Kalau lar suruh menghafal sifir..ada jugak faedahnya..hafal doa-doa harian ke..dapat gak pahala time pose-pose gini..ish-ish!!!
Oh..ya aku dah beli kaset zikir munajat untuk letak lam keta. Sekurang-kurangnya dapat pahala alunkan zikir munajat sambil-sambil drive nanti..InsyaAllah!!!
posted by NuRuL @ Friday, October 06, 2006   1 comments
 
 
  Wednesday, October 04, 2006  
 
 
Meh..buat kek raya!!!
Rich chocolate moist cake

6 oz butter ( 170.1 gm)
14 oz gula castor ( 396.9 gm)
3 biji telur ayam

Bahan-bahan ini dibancuh bersama
1 sudu teh Nescafe
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu the chocolate emulco

Bahan-bahan ini diayak bersama
8 oz tepung high protein (226 gm)
2 ?oz serbuk koko ( 63.8 gm)
?sudu teh garam
1 sudu teh soda bicarbonate
1 ?sudu teh baking powder

7 oz air sejuk ( air sejuk dalam peti ais)

Cara-cara membuat

Pukul mentega dengan gula hingga kembang
Masukkan telur satu persatu
Masukkan campuran Nescafe dan esen-esen
Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan
Masukkan air sejuk sambil gaul perlahan-lahan
Bakar dalam loyang dengan suhu 170抍 selama 50-60 minit

Bahan-bahan topping
1 tin susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
?cawan minyak jagung
1/3 cawan serbuk koko

Cara membuat
Campurkan susu, koko, dan minyak
Masak di atas api yang sederhana sehingga pekat
Masukkan vanilla dan sedikit garam
Tuangkan atas kek rata-rata



kek yang baru siap dibakar


sudah siap di topping

mesej untuk cik dayah :
selamat mencuba..nanti buat bisnes baru mana tau..hehe!!!
posted by NuRuL @ Wednesday, October 04, 2006   4 comments
 
 
  Tuesday, October 03, 2006  
 
 
diari ramadhan rafique
Time puasa-puasa gini seingat aku sejak dari dulu lagi cenel-cenel tv kat mesia nih banyak lar tayang citer yang ada unsur-unsur islamik gitu..yang aku masih ingat..wardah, siti zulaikha, rumah kedai, byk lagi lar yang seumpama dengannya.
Time puasa sekarang nih..aku tak terlepas menonton tv..slot identiti kat tv3 kul 7.30..timing agak kurang sesuai lar.. tapi dek kerana syoknye layan gak lar. Isnin ngan selasa kami adik beradik makan ala kadar time berbuka, terus solat..sambung makan pulak sambil-sambil layan citer nih.
Mulanya ayah bising gak..tapi last-last ayah pun join sekali.Apa yang lainnya citer nih..kalo dulu banyak citer time puasa gini pasal wanita yang alim-alim gitu, dikagumi keimanannya sehingga dicemburui, difitnah tapi kisah ‘diari ramadhan rafique’ nih pulak citernya ..pasal keletah budak-budak menjalani ibadah puasa. Suka tul aku citer yang banyak budak-budak berlakon nih..comel !!! Masing-masing pandai bawak watak sendiri. Rafique budak mix, melayu+france yang balik ke mesia..diasuh berpuasa samping bercampur dengan sepupu yang macam-macam kerenah, cumanya watak rafique tak menonjol sangat.
Hafizi + hazwan..lebih tepat lar aku katakan, watak dua orang nih lar yang mewarnai jalan citer nih..dengan kerenah nakal diorang yang suka memperlekehkan rafique..otak bisnesnnya lagi jual bunga api, nyamar jadi budak miskin semata-mata nak kutip duit raya untuk beli hp ngan playstation..macam-macam kerenahnya.
Maisarah lak..watak feveret aku nih..hehe..comel sangat budak nih..mulutnya pandai sangat berkata-kata ditambah ngan memek mukanya.. kuat sungguh azam si kecil nih nak menghabiskan puasanya..hehe.
Last sekali si hazriq dan kucengnya si kinchan..tak habis-habis ngan kucengnya..sampai time sahur pun dikejutkan si kinchan tuh..sabo je lar..hazriq nih konon-konon lar pembela bila mana rafique selalu dikenakan ngan si jahat dua orang tuh..alahai..comel tul!!!
See..sapa kata mesia takde drama yang bermutu..cumanya kadang-kadang producer banyak tumpukan kisah cintan-cintun lebih-lebih..sesekali selera penonton-penonton nak yang lain dari lain!!!
posted by NuRuL @ Tuesday, October 03, 2006   5 comments