:: About Me ::
Name:NuRuL SaLeHaH MoHd YuSoF
Hometown:PeRaK
See my complete profile
Previous Post
Archives
:: ShOuTBoX ::



:: Sembang-sembang ::



:: Friends ::
:: Links ::
:: FoToPaGes ::
:: Education ::
:: Powered by ::

Isnaini Dot Com

BLOGGER

 

 

 
  Monday, February 12, 2007  
 
 
Nak tau rahsia Tahi lalat???

Aku suka baca Akhbar Kosmo, salah satu sebabnya regenye murah. Teringat pulak di USM dulu. Kami student-student ini akan dapat half price. Masa tuh rege KOSMO baru 80 sen..makanya kami akan dapat beli dengan rege 40 sen saje.. tak ke save duit tuh!!! Lagi pulak, berita-berita di Akhbar Kosmo, ringkas dan padat. Dan bagi aku KOSMO bukan akhbar sensasi seperti H***** M****. . Ayah aku sendiri akui yang dia lebih suka baca KOSMO. Selain berita-berita yang ringkas dan padat itu, banyak rencana-rencana menarik yang boleh dikongsi pengetahuan..destinasi dunia..dari sudut dapur..hiasan rumah..pendek kata..sangat berbaloi walau regenya murah..
Owh..aku bukan nak bercerita pasal KOSMO. Cumanya aku ada terbaca rencana dalam KOSMO baru-baru nih, pasal salah satu kejadian unik yang dikatakan kecacatan kecil di tubuh badan manusia..iaitu tahi lalat. Dan setelah aku tilik dan belek muka aku nih, aku ada 3 tahi lalat di bawah dagu, satu di atas pipi, satu di atas dahi dan satu betul-betul di atas kening.

Signifikan tahi lalat pada wajah

Telinga
Biarpun tidak ramai yang memiliki tahi lalat dimana-mana bahagian telinga. Mereka yang memilikinya dipercayai akan diberkati dengan kekayaaan di luar jangkaan

Bulu kening
Pemiliknya memiliki kehidupan yang sangat aktif dan akan bercaya dalam segala bidang yang diceburi
( owh..aktifkah aku nih? )

Antara mata dan hidung
Inilah tahi lalat tuah! Sekiranya tahi lalat berwarna cerah, pemiliknya akan diberkati dengan pangkat yang tinggi serta menjadi seorang yang berpengalaman.

Dagu
Pemiliknya seorang yang ceria dan suka bercakap banyak. Tetapi mempunyai kecenderungan menjadi penyibuk atau bahan kutukan orang lain.
( Totally different..aku nih tersangatlah malas nak bercakap ngan orang yang aku tak kenal..owh..siapakah yang menjadikan aku bahan kutukan itu.. tak baik tau)

Di tengah-tengah dahi
Tahi lalat di lokasi ini disifatkan sebagai ‘3rd eye mole’ yang bermaksud cerdik, munasabah dan berpandangan jauh.
( Tahi lalat aku di hujung dahi lar pulak.. makanya takleh masuk kategori..haha)

Leher
Tahi lalat di depan leher, murah rezeki diluar dugaan. Di belakang leher, perlu lebih berhemah . Tapi tahi lalat yang banyak secara garisan di depan leher dikatakan pembawa sial.

Atas bibir
Diberkati tuah makanan dan tidak mati kebuluran. Berpotensi menjadi chef, mesra dan berjaya dalam kerjaya berorientasikan perhidmatan.

Pipi atas
Gemarkan kekuatan dan kuasa. Seorang yang degil dan kurang sopan terhadap orang lain
( owh..gila kuasakah aku ini)

Pipi bawah
Tahi lalat penawan. Diberkati tuah, kekayaan dan kebahagian dalam hidup.

Sumber: KOSMO 9 FEBRUARI 2006

Oh..ya..baca just for fun okies..jangan percaya. Dah kata pun tilikan manusia so..tak semestinya benar-benar belaka yang di paparkan dalam rencana itu.

posted by NuRuL @ Monday, February 12, 2007  
2 Comments:
  • At 7:30 AM, Blogger hayad said…

    tak lengkap KOSMO ni bg. ada lg byk tempat yg takde ni..ngeh ngeh

     
  • At 2:16 PM, Blogger Faiz said…

    kat bawah bibir camner lak hehe :P

     
Post a Comment
<< Home