:: About Me ::
Name:NuRuL SaLeHaH MoHd YuSoF
Hometown:PeRaK
See my complete profile
Previous Post
Archives
:: ShOuTBoX ::



:: Sembang-sembang ::



:: Friends ::
:: Links ::
:: FoToPaGes ::
:: Education ::
:: Powered by ::

Isnaini Dot Com

BLOGGER

 

 

 
  Thursday, February 15, 2007  
 
 
Murah sungguh air mata ku sekarang

Saya baru pulang dari 'Taklimat Penenempatan Guru' anjuran JPN Selangor di Kelab Shah Alam 2 hari yang lepas.Dan sejak dari hari itu, dah 3 kali saya mengalirkan air mata.Hiba dan sangat sedih rasanya.Padahalnya benda yang saya tangiskan itu takde apa-apa sangat pun rasanya.
Pertama kali saya menangis bila saya lihat senarai nama yang ditampal, daripada 180 orang yang hadir taklimat itu hanya 2 orang yang ditempatkan di Daerah Hulu Selangor, termasuklah diri saya.Gosh..ditambah pula 3 orang rakan satu universiti saya ketiga-tiganya ditempatkan di Daerah Gombak.Hingga akhir taklimat saya diberitahu seorang lagi guru yang dapat di Daerah Hulu Selangor itu tak sama sekolah dengan saya, malah jarak sekolahnya dengan saya tersangatlah jauh. Jadinya peluang untuk mencari rumah sewa bersama-sama amatlah tipis.
Saya akhirnya menjejakkan kaki ke tempat yang bakal saya ditugaskan. Selepas berjumpa dengan penolong kanan, air mata saya dah mula bergenang tapi saya tahankan. Katanya pada saya bilangan guru di sekolah itu dah mencukupi sebenarnya , makanya bila masuk saya, jadilah bilangan guru sekolah itu berlebihan. Bila hati dah sedih, saya jadi sensitif, mula lah saya fikir kehadiran saya di sekolah itu tak diterima. Dan saya dimaklumkan lagi, tiada seorang pun cikgu bujang di sekolah itu.Aduhai..saya dah terfikir hal rumah sewa pulak. Dengan siapa saya nak berkongsi nanti. Saya berjumpa dengan Kak Nora, Pembantu Makmal yang bujang, tapi lagi sekali saya kecewa bila rumahnya dan cukup orang. Kalo saya nak masuk pun tunggu sehingga bulan 5.
Dalam kereta, on the way nak gerak balik ke perak, saya menangis lagi untuk kali keduanya. Tak tertahan-tahan, sampai pening kepala saya hanya kerana menangis. Daerah Hulu Selangor bukanlah pilihan saya sebenarnya tapi Mak+Ayah saya, jadinya mereka sangat-sangatlah lega dan syukur, itu hanya menambahkan hiba hati saya. Orang-orang sekeliling hepi tapi empunya diri tak hepi. Saya hanya boleh tersenyum bila ada ‘orang tuh’ baik hati nak call saya malamnya nanti.
Kali ketiganya saya nangis lagi, bila baca SMS dari sahabat saya. Ayatnya buat saya rasa terharu. Tima kasih untuk sahabat saya tuh. Bila saya dalam situasi yang kusut macam ini, mula lar saya mengadu kat orang tuh..kat orang nih. Bersedia lar orang-orang yang rapat dengan saya untuk mendengar segala rintihan hati saya nih. Owh..saya sangat benci untuk menghadapi situasi yang baru..dunia yang baru sebabnya saya ambil masa yang lama untuk adapt ngan satu-satu suasana itu. Even saya tahu itu semua proses yang akan berlaku dalam dunia realiti nih.
Untuk ‘orang tuh’ tima kasih sebab sudi membelanjakan kredit hpnya untuk call saya:) Bila bersembang panjang baru saya tau, while dia bersedia dengar saya ngadu itu dan ini, dia juga ada masalah rupanya. Boleh dikatakan situasi yang sama seperti saya, bezanya dia dah menghadapi, saya pulak akan menghadapi.
Tabahlah hati wahai Nurul!!!

posted by NuRuL @ Thursday, February 15, 2007  
4 Comments:
  • At 2:33 PM, Blogger hayad said…

    sabo...sabo...
    setiap yg berlaku pasti ada hikmah.

     
  • At 6:16 PM, Blogger NuRuL said…

    yup..dayah..aku pun dah bleh terima. takdir ku di situ agaknya. bertuah aku ada shabat cam hang nih..wah...bestnya dayah kena puji :)

     
  • At 2:15 PM, Blogger S.O.S said…

    Salam. Tumpang tanya, asal Perak ke? Kawasan mana? Apa nama sekolah sekarang ni yang dekat Hulu Selangor tu? Nak tukar ke? Baru posting ke? Mungkin saya boleh tolong selesaikan.... InsyaAllah.

    PM me at web_cam_911@yahoo.com

     
  • At 2:18 PM, Blogger S.O.S said…

    Erm. SMK ke? Sorry la tak dapat tolong. Kalau SK, mungkin boleh. Sorry... Tabahkan la hati...

     
Post a Comment
<< Home