Pagi tadi dalam-dalam aku bz menyiapkan ramuan-ramuan untuk pizza minum petang nih, dapat cal dari mak di ofisnya. "Bila nak check, anak makcik Rohaya dah check kat website tapi nama dia takde dalam senarai" Mak ai..aku dah takut..gelabah..berdebar-debar...semuanya ada. Jadinya segala urusan aku tangguhkan dan aku memecut ke ofis mak. Dan..at last. Bila enter jer IC number aku. Ya..aku dah ditempatkan di Selangor. hanya itu maklumat yang dipaparkan. Di daerah mana, juga sekolah mana masih tidak diberitahu. tapi takpe lar..sekurang-kurangnya aku dah tak perlu nak menanti khabar berita pasal posting. Dan yang penting aku masih di semenanjung walau hati nih masih gundah memikirkan di sekolahmana aku ditempatkan. Alhamdulillah..syukur!!! |