:: About Me ::
Name:NuRuL SaLeHaH MoHd YuSoF
Hometown:PeRaK
See my complete profile
Previous Post
Archives
:: ShOuTBoX ::



:: Sembang-sembang ::



:: Friends ::
:: Links ::
:: FoToPaGes ::
:: Education ::
:: Powered by ::

Isnaini Dot Com

BLOGGER

 

 

 
  Monday, February 05, 2007  
 
 

Semalam di surau kampung aku ada gotong royong sediakan Bubur Asyura. Aktiviti tahunan surau disitu sebenarnya.10 Muharam memang sebenarnya dah lepas tapi masing- masing dah berpakat nak buat masa cuti. Lagi ramai yang terlibat lagi meriah katanya. Aku pun merajinkan diri turut serta, kata mak belajar sikit cara hidup bermasyarakat. 5 kawah semuanya, ada lar aku menyibukan diri bermain asap tolong mengacau satu kawah.. tapi tak sampai pun 20 minit rasanya..aku surrender..uish..tak tahan mata. Malu jer kat makcik-makcik dan opah-opah disitu. Huahua.
Petangnya, aku dan mak ke rumah Kak Sue ( adik angkat mak), saja-saja bertandang sambil mak nak bagi rasa asyura tuh pada dia.
" Nih asyura stail Perak lar kan "tanya dia awal-awal kami sampai.
Kak Sue ini dari kelantan, jadinya bercerita lar dia asyura stail Kelantan pulak. Owh..ada beza rupanya. Selama nih aku ingat semua tempat sama jer rasanya.
Kalo asyura stail Perak, kami guna beras yang dikisar untuk jadi tepung ( ini kalo cara lama..ada yang nak senang terus jer beli tepung beras yang memang dah tersedia jual di kedai-kedai tuh). Taruk gula+ santan. Then rencah-rencahnya macam ubi keledek, labu, kentang, kacang kuda, kacang merah dan hijau, juga jagung. Tempoh masa untuk asyura betul-betul masak hanya dalam 4-5 jam sahaja. Rasanya lemak-lemak manis camtuh lar.
Tapi kalo stail kelantan, ikut yang Kak Sue bercerita pada kami lar. Orang di sana, guna beras yang sebiji-sebiji tuh..tapi direndam 2-3 jam dulu sebelum mula proses nak buat asyura nih. Beras tadi dimasukkan dalam kawah, didihkan atas api, jadi macam bubur nasi, seterusnya hingga lar jadi kental macam tepung. Asyura stail Kelantan juga dimasukkan rempah khas asyura. Masih letak santan+gula, dan ada ubi-ubi tapi diorang takde letak jenis-jenis kekacang. Dan speselnya, diorang letak daging dalam kuantiti yang banyak untuk satu-satu kawah itu. Itu yang menyedapkan rasa. Kata Kak Sue, kalo kat sekolah dia time gotong royong buat asyura nih, satu kawah tuh mesti akan buat asyura stail Kelantan nih. Rasanya agak berempah sikit lar. Lagi satu yang dia citer, tempoh asyura nih untuk masak pun ambil masa sampai 8-9 jam sebabnya nak tunggu proses beras tadi nak jadi tepung tersangatlah lama.

Uniknya Mesia, dalam satu negera tapi budaya yang berlainan di satu-satu tempat tuh. Eh..eh..macam promote tahun melawat Malaysia lak aku nih..Malaysia Truly Asia..hehe

posted by NuRuL @ Monday, February 05, 2007  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home