:: About Me ::
Name:NuRuL SaLeHaH MoHd YuSoF
Hometown:PeRaK
See my complete profile
Previous Post
Archives
:: ShOuTBoX ::



:: Sembang-sembang ::



:: Friends ::
:: Links ::
:: FoToPaGes ::
:: Education ::
:: Powered by ::

Isnaini Dot Com

BLOGGER

 

 

 
  Sunday, June 29, 2008  
 
 
Takde tajuk

Ber ‘blog’ bukan lagi jadi perkara utama buat masa ini.
Kesian blog saya nih..tak di pedulikan sangat.
Jangan lar dia merajuk..huhu.
Sepanjang minggu ini, saya keluar pagi balik petang pukul 5-6
Penat sangat-sangat larr rasanya..huhu!!!
Malam..belum pukul 10..mata dah rasa berat sangat-sangat.
Oh ..ya..terima kasih pada Kamal dan Maza.
Isnin nih baru akan dibincangkan pasal tema itu dengan guru media.
Kita tengok lar..tema siapa yang akan di pilih ya..hehe.
Hadiah? Nanti claim dengan pengetua saya yer :)

Ok..back to entry.
Apa pandangan anda-anda semua bila dapat pasangan hidup yang tak sama taraf?
Contohnya..anda lulusan ijazah..tapi si dia lepasan SPM.
Pada yang lelaki mungkin biasa saja kan..
Tapi bagaimana pada yang wanita?
Boleh terima tak keadaan cam nih?
Atau nanti akan timbul konflik ?
Di sekolah saya, ada jugak yang alami senario sebegini.
Ada yang sangat bahagia di mata saya..tak kurang ada yang bergelut dengan masalah.
Tapi saya sangat tak suka bila ada yang mengungkap sebegini

“Saya kagum dengan awak sebab boleh terima orang yang bukan lulusan ijazah sebagai suami”

“ish..tak boleh lar..kalau saya..saya nak orang itu mesti atas dari kita. Tak Master pon..kurang-kurang degree.”

“ Kak *** nih pon..kalo nak adjustkan orang..tengok lar sama dia tuh camne..sama tak dengan kita”

Ya..saya tahu..setiap orang ada pendapat sendiri..ada angan-angan masing-masing, tapi perlu ker awak nak canangkan benda yang sama setiap kali.
Perlu lar nak ceritakan betapa tingginya taste awak sampai orang yang dengar jadi meluat.
Tak suka larr..saya rasa macam dah underestimate orang dah bila cakap camtu.
Bercakap memang mudah kan..tapi andai kata lar saya nanti alami perkara sebegini saya harap saya akan ada kekuatan untuk menempuhnya.
Kebahagian satu rumah tangga itu bukan terletak setinggi mana pelajaran yang kita ada..tapi tolak ansur sesama pasangan. Belajar lar setinggi mana pon tapi kalau dalam diri sang suami tuh tak ada rasa tanggungjawab..tak de makna pon kan!!!

posted by NuRuL @ Sunday, June 29, 2008   11 comments
 
 
  Wednesday, June 25, 2008  
 
 
Mohon pertolongan

Bulan 7 = Bulan Pusat Sumber
Tugas saya = Rekacipta dan tempah banner dan Cenderamata
Saya kena fikirkan satu tema untuk bulan PSS nih..dan of course larr pasal baca membaca nih.
'Membaca Jambatan Ilmu' ...ala..klise sangat lar pulak.
Boleh tak...awak-awak yang ada idea vass gitu kasi satu tema pada saya.
Semalaman dah nih saya pikir..takleh nak buat ayat yang best lar..huhu
Otak saya dah tepu!!!

Saya sangat busy larr...nak bukak internet pon curi-curi masa. Kejap lagi ada meeting kat Shah Alam..meeting untuk program yang dulu saya pegi tuh..boleh larr curi-curi pandang cikgu yang hensem ituuu..muahaha..Gatainya!!!

Cepat larr habis bulan Julai nih..saya rasa cam hidup tak teratur betul 2-3 minggu nih!!!
posted by NuRuL @ Wednesday, June 25, 2008   10 comments
 
 
  Tuesday, June 24, 2008  
 
 
Larr...sekali silap daa
Semalam hari isnin..biasa kita akan ambil kesempatan untuk berpuasa sunat kan.
Seperti biasa..saya masih sibuk dengan satu program ini.
kami merancang buat jualan di sekolah untuk cari dana.
Kak Nisah dan Kak Gi keluar ke Rawang untuk survey harga.
Kebetulan Kak nisah ke sekolah balik, sambil bawak contoh-contoh coklat yang ingin di jual.
Pelajar-pelajar yang terlibat 3 orang itu, ada sekali tengok apa yang patut.
"Ambil lar nak rasa, saja saya beli nak makan" kata Kak Nisah.
Pelajar-pelajar nih pantang di pelawa kan..dan-dan itu gak diorang nih amik.
"Nurul rasa ok tak coklat nih?" Kak Nisah mintak pendapat.
"ok lar kot kak..ala..standard lar rege kita jual nih" Saya dah malas nak pikir-pikir dah.
"Sedap tak?" Tanya Kak Nisah pada pelajar-pelajar kami tuh
"Cikgu..apsal yer saya makan yg hazel rasa oren?" Tiba-tiba Hafizan mencelah.
Tapi..serentak tuh jugak..dia pandang kawan dia sorang lagi.
"Ya Allah..apsal aku makan..aku kan puasa hari nih" sambil tepuk dahi.
"A'ah larr" sampuk mereka serentak.
Dan-dan tu jugak Hafizan di berlari ke sinki makmakl tuh nak berkumur.
"Patut larr laju semacam jer awak amik coklat nih" Kitorg dah tergelak-gelak. :D
Hafizan pon..tak kata apa larr..tersenyum je larr anak teruna itu..hehe
posted by NuRuL @ Tuesday, June 24, 2008   2 comments
 
 
  Sunday, June 22, 2008  
 
 
Nonton Movie :)
Saya berkesempatan menonton filem Ayat-Ayat Cinta The Movie di TGV KLCC semalam bersama teman setiaku, Cik Dayah.
Filem yang ditunggu-tunggu sebenarnya nih, sebabnya saya amat terkesan dengan ayat-ayat di dalam novelnya.
Okies..apa nak cerita ya..saya bukan reti nak review-review filem nih...bukan dapat gaji pon kan..huh..materialistiknya :P
Saya baca review-review dalam forum...rata-rata ada yang tidak puas hati dengan jalan cerita yang digambarkan dalam filem..tidak seislamik yang digambarkan dalam novel.
Ya..itu memang betulnya..tapi pada saya..bukan mudah untuk mengangkat karya novel ke layar filem..novel dan filem bagi Ayat-Ayat Cinta nih masing-masing ada keistimewaan tersendiri.
Membaca novel dan menonton filem..kedua-duanya buat perasaan saya terbuai-buai.
Alangkah indahnya kalau ada insan sebaik Fahri itu...wahaha..Cik Nurul..dah mula nak jiwang :P

Fedi Nuril - sangat cocok ngan watak Fahri nih saya kira :)

Scene ini sangat lar cantik :)
posted by NuRuL @ Sunday, June 22, 2008   7 comments
 
 
  Wednesday, June 18, 2008  
 
 
Buku budak
Masa waktu rehat, seisi sembang-sembang antara cikgu-cikgi dalam bilik guru.
Kami berkumpul sekejap di meja Kak Maria ngan Kak Qamar
Kak Maria tiba-tiba bersuara
"Tengok buku nih, agak dah buku budak cina kalau tulisan camnih."
Ya..memang betul seperti di kata..buku matematik itu milik seorang pelajar cina.
Apa bezanya ya?
Kata Kak Maria
Kalau buku pelajar cina tulisan mereka akan kecik-kecik dan rapat-rapat.
Kalau buku pelajar melayu, tulisan akan besar-besar, bulat-bulat, dan nampak jelas.
Kebetulan, selepas rehat saya ada masa free.
Teringat buku latihan sejarah yang masih belum ditanda.
Jadi..apa kita tilik menilik sekejap :)

Ok..ini buku pelajar Melayu.

Ini pulak buku pelajar cina

Apa kata kalau anda sendiri yang buat perbezaan..cikgunya ini penat menanda dah..hehe.
Oh..dah taip entry nih..baru saya teringat..kenapa takde pulak buku pelajar India takde cikgu-cikgu nak buat perbezaan ya..sapa boleh jawab??

updated:

okeh..ini yang saya yang nampak.

Buku pelajar Melayu:
** Setiap soalan mesti ada selang satu baris
** Soalan dan jawapan guna kaler yang berbeza.
** Satu page boleh muat 3 soalan sahaja.

Buku pelajar Cina :
** Dari soalan pertama..menggunakan garis yang ada sebaik mungkin..
cuba tengok..langsung takde selang baris pon.
** Satu page buku tuh dia bleh muat 4 soalan..ye lar..langsung tak selang kan..save betul :)
posted by NuRuL @ Wednesday, June 18, 2008   15 comments
 
 
  Saturday, June 14, 2008  
 
 
Dari resort ke lantai surau
Balik dari kursus di Shah Alam, sibuk pulak untuk perkemahan perdana Unit Beruniform di sekolah.
Aktiviti bermula pagi semalam, malamnya saya incharge untuk malam kebudayaan.
Sebab 2 hari saya takde di sekolah, jadi saya serahkan semua pada pelajar.
Aktiviti korang..korang belajar lar cara nak urus okies.
Saya hanya sediakan hakim.
Malas nak mengglemerkan diri pon jadi MC...semua pelajar yang uruskan.
Again..cikgu yang bujang di minta tidur di sekolah menemakan pelajar-pelajar.
Berkorban apa saja larr kami ini :)
Tidur di surau..dalam pukul 3 pagi rasanya baru dapat melelapkan mata.
Pelajar lelaki katanya dengan cikgu lelaki katanya ada yang nak berjaga tengok bola
Lantak lar kat diorang.
Bangun kembali pukul 5 pagi..pelajar ada aktiviti keinsafan diri di Surau
Cikgu pompuan sibuk di Bilik Kemahiran Hidup masak nasi lemak untuk sarapan
Sekarang..kepala saya dah bengong-bengong..mata mengantuk!!!
Pelajar-pelajar ada bermacam aktiviti..ikhtiar hidup..membina gadget..aktiviti stesen.
Saya online dari bilik komputer sekolah..melarikan diri untuk seketika..hehe!!!
Petang ini mak ayah saya datang..langsung akan terus ke Melaka.

Banyak aktiviti...tapi saya malas nak snap apa-apa gambar.
Kemalasan tahap maksima rasanya..nanti lah mintak dari Cikgu Faisal saya upload kat sini.
posted by NuRuL @ Saturday, June 14, 2008   11 comments
 
 
  Thursday, June 12, 2008  
 
 
120608
Belum pon terkojut dilantik jadi S/u Exam..tetiba petang selasa, saya diminta oleh PK KO-K untuk jadi guru pengiring pada 4 orang pelajar untuk kursus pasal tourism di IntekmaResort Shah Alam selama 2 hari satu malam.
Begini lah nasib orang bujang..akan sentiasa menjadi penyelamat dengan alasan kami takde apa-apa komitmen..banyak cantik larr diaorang nih.
Camni gaya..memang saya kena cepat-cepat kawen lar jugak..wahaha!!!

Scenery dari bilik saya di intekma resort .. Takde yang best pon..tepi jalan raya..keta yang lalu lalang jer lar boleh di pandang.
Encik Acai...dekat jer rupenye Intekma ngan Wisma MAIS tuh..
Nampak jer bangunan nye ha dari bilik saya tuh :)

So far...ok lar kursus nih..cikgu-cikgu memang betul mengiring lar..takde terlibat apa-apa pon. Just duduk kat belakang , dengar saja ceramah yang diberi. Tapi penceramahnya quite intresting..tak bosan lar. Intipati ceramah memang untuk students..nak melatih pelajar-pelajar nih menjadi 'duta' kecil Malaysia larr kononnya.
Kursus ini dah kali ketiga di anjurkan. Batch kami agak kurang luck nyer sebab dipanggil kursus setelah kerajaan nak cut itu ini dalam budget. Langkah berjimat cermat!!!


Ini lar 4 hero yang saya kena bawak..mujur larr mereka ini tidak skematik sangat.
Loyar buruknye boleh tahan..pening kepala den!!!



Hari terakhir..kami gila bergambar.
Cekgu ngan budak2nye sama tinggi jer haa.
Kalo diorg nih tak pakai baju sekolah..orang ingat kami nih sebaya kot..hehe.

Kata cikgu yang penah join sebelum ini, kursus yang pertama, pelajar-pelajar nih di bawa ke Wet World Shah Alam itu untuk mandi manda. Kursus yang kedua pulak, pelajar-pelajar di bawa naik sampan tgk kelip-kelip di Kuala Selangor.
Aiseh..rugi..memang rugi..kesian pelajar-pelajar..kalo tak boleh cikgu-cikgunyer nih tumpang sekaki..hehe!!!



oh..ya..hari ini 12 Jun 2008.
26 tahun yang lepas, sepasang Teruna dan Dara di ijabkabulkan pada tarikh ini.
Mereka ialah Ayahanda dan Bonda saya.
En Yusof dan Puan Salmiah.
Selamat Ulang Tahun perkahwinan buat kalian berdua :)

posted by NuRuL @ Thursday, June 12, 2008   15 comments
 
 
  Monday, June 09, 2008  
 
 
Hari pertama penggal yang baru
Hari ini melangkah ke sekolah dengan Baju Kurung Pahang kaler purple kosong.
Saya padankan dengan tudung corak-corak hadiah dari pelajar-pelajar 1E.
Saje nak menghargai pemberian mereka..kasi mereka seronok sikit hari mula di sekolah nih.
Mula-mula...sangat lar malassss rasenye.
Aishhh...mana leh maleh-maleh nih...WAKE UP Nurul!!!
Sampai..kemas-kemas meja yang berabuk itu.
Susun kertas-kertas soalan yang dah siap bertanda.
Tengok jadual untuk hari ini.. owh..hari isnin hari yang sangat pack!!!
Pastu..baru terperasan jadual guru bertugas.
ALAMAK...saya lar pulak antara nama-namanya.
Adeh...awal-awal bukak sekolah dah kena jadi guru bertugas.
Nasib baik bukan bahagian perhimpunan..saya bahagian kebersihan.
Boleh larr kasi markah lebih-lebih sket kat kelas saya itu..hehe.
Turun bawah dewan terbuka..budak-budak dah mula beratur.
Tetiba Hp saya berbunyi.. PK petang menelefon.
"Nurul kat mana nih?"
"Saya kat dewan terbuka nih Puan "
" I lupa nak bagitau Maryam suruh dia bagitau Nurul yang I nak jumpa you "
Ah..sudah..apa pulak orang tua nih nak..terpikir lak kot-kot saya ada buat salah ke apa ke.
"Tak pe lar..camnih larr..I nak maklumkan pada Nurul, yang Nurul sekarang dilantik menjadi penolong pada cikgu Mariawati sebagai setiausaha peperiksaan dalaman ok"
Ok..owh!!! Alahai..Aduhai!!!
Cam gini sebenarnya..sebelum nih Kak Anijan yang jadi Setiausaha peperiksaan nih..tapi Kak Anijan dapat bertukar sekolah ke Kalumpang..maka jawatan itu kosong sekarang
Teringat perbualan dengan hosmet saya sebelum cuti
"Takut lar pulak Kak Anijan pindah nanti..tup-tup Nurul kena lantik jadi S/u exam nih"

Owh..tidakkkk!!! Igauan itu menjadi kenyataan akhirnya...huhu.
posted by NuRuL @ Monday, June 09, 2008   11 comments
 
 
  Saturday, June 07, 2008  
 
 
Nak jadi budak balik boleh..huhu
Gambar ini di shoot oleh Muaz.
Tempatnya di kampung saya :)

Esok last cuti sekolah..saya baru balik dari Melaka.
Badan sangat letih..kaki lenguh-lenguh.
Oh..sebelum mula mem 'bz' kan diri..mau jawab tag dari Ween dulu.

Kenangan zaman kanak-kanak saya :)

Saya dulu awal-awal tinggal dengan opah+atok.
Hujung minggu baru mak+ayah balik ke kampung jenguk saya.
Ingat lagi dulu..saya tak lepas amik peluang untuk ikut arwah opah saya ke kedai di pekan untuk beli barang..sebabnya saya akan dapat upah untuk beli coklat ataupun ais krim..suka sangat lar masa tuh..walaupun aiskrim yang dibeli bukan lar mahal cam cornetto tuh.
Tinggal sama-sama dengan opah menjadikan saya cucu yang sangat dimanjai..ditatang..digomol2 oleh makcik-makcik saya.
Satu bonus juga bila Arwah opah rajin belek-belek majalah fesyen pastu arwah akan jahitkan baju-baju gaun yang berenda-renda..kain kembang payung lar..Seluar kaki lebar lar.
Dulu-dulu mana ada sangat baju-baju fesyen untuk budak pompuan macam sekarang nih kan.
Sepupu-sepupu yang lain bila balik kampung..jeles semacam aje..hehe.
Pastu yang satu cerita nih..saya memang langsung tak ingat.
Cuma acik-acik saya yang cerita balik kat saya..entah diorang tipu ker betul ker tak tau lar.
Diorang kata dulu-dulu time opah buat kuih pau..bila angkat saje kuih-kuih pau tuh dari periuk kukus tuh..saya akan ambik garpu cucuk kuih pau yang panas-panas tuh.
Kirenye tak sempat larr kuih pau itu nak mengembang naik..
Huhu..jahatnye saya.
Tapi..bila saya recall balik..memang tak ingat langsung dalam memori saya nih.
Agaknya acik-acik saya saje buat cerita kot...hehe.
Satu lagi kenangan di masa tadika
Saya pernah wakil tadika dalam pertandingan ala pidato.
Tajuk pidato tuh.. 'cita-cita saya'.
Nak tau..apa cita-cita nya?
Perdana Menteri Wanita Pertama di Malaysia tuh...klas gile!!!
Muahaha...err...saya hanya ikut skrip yang ditulis jer tau..Tak terlintas pon di hati.
Wakil sampat peringkat negeri lagi tuh..hehe..Jangan main-main.
Tapi sekarang...kalau lar disuruh berucap kat depan macam dulu tuh.
SUMPAH....Saya tak mau!!!

Sangat indah betul zaman kanak-kanak ribena nih.
Tak yah nak sesak-sesak kepala pikir macam-macam masalah..huhu.
Tapi..ini semua kitaran hidup.

Opss..kata Ween..kena letak gambar masa kecik-kecik dulu.
Ala..dah sampai sini baru saya teringat album-album masa kecik dulu semua kat kampung.
Tak dapat lar anda-anda semua melihat kecomelan saya waktu kecik-kecik dulu..hehe
Tapi..godek-godek..ada lar satu dalam frenster..

Taraaaa.....




Anak sapa lar nih...comeinya...cutenyeeee!!!!
posted by NuRuL @ Saturday, June 07, 2008   9 comments
 
 
  Thursday, June 05, 2008  
 
 
Isu Panasss
Iye..umum dah tau...sana sini orang duk cerita pasal rege minyak nih..
Saya pon terpana jap bila tetiba tgh tgk tv kat rumah atok..ada berita khas tetiba.
Mula-mula tak amik kesah pon..habis drama terus nak balik ke rumah
Tapi bila keluar ke pekan cari roti..tengok di stesen minyak
Kereta dah berderet-deret..masa tuh macam baru tersedar dari mimpi
Balik rumah...bagitau ayah
"Stesen minyak dah penuh dengan keta tuh"
"apsal" Terpinga-pinga ayah
"lar...tak tgk tv ker..start esok rege petrol naik 2.70 seliter" bagitau saya
"tuh larr..orang nak gk berita korang nak tgk cerita lain" ayah dah membebel-bebel
Capai kunci keta..terus ayah kuar..
Tgk berita kat pukul 8..memang sah lagi sahih
Adik-adik dah mengeluh
"uishh...kalo dulu boleh lagi dapat nak isi minyak motor 2 ringgit"
Ha...amik korang..kemana-mana asyik dengan motor jer..rasakan..huhu
Tapi..sebenarnya saya sendiri pon berkira-kira budget.
Biasanya nak balik kampung isi RM 50..cukup-cukup boleh sampai
Dengan rege baru nih..gamaknya kena up lagi RM 30 kot..uwaaa...banyaknye.
Pastu..tiap-tiap minggu berulang Rawang-KL ke rumah Dayah..dalam RM 20
Lepas nih...RM-30-RM 40 lar kot...uissshhhh...Sakit!!!!
Gamaknya pas nih berhujung minggu di tempat sendiri lar..menikmati keindahan di bumi saya mencari rezeki ini..hehe.
Pastu teringat pulak Cikgu Faisal..kenalan di sekolah yang berulang dari Behrang-Sekolah.
Uish..camne lar dia..mesti dia meronta-ronta nak tukar sekolah nih..hehe..memandai jer buat andaian.
Tapi...marah lar camne sekali pon..benda nak nak jadi.
Condem lar camne sekali pon...rege minyak nih bergantung pada pasaran dunia.
Mungkin ini satu permulaan untuk langkah hidup yang lebih bersederhana..InsyaAllah.
posted by NuRuL @ Thursday, June 05, 2008   11 comments
 
 
  Tuesday, June 03, 2008  
 
 
Mari makan..
Yeah.. mari lupakan acara kawen-kawen itu.
Sampai masa ada lar jodohnya kan.
Psst...tolong doakan yer untuk saya..haha!!!

Hari ini saya terlebih rajin.
Sebenarnya dah lama dah nak buat benda nih...
Tapi terbantut sokmo jer.
Hari ini...misi berjaya.
Walaupun senang ya amat..
Tapi dari dulu saya asyik fail jer sokmo buat benda alah nih..
Tapi..hari ini dengan bantuan resepi dari Kak Mila
Yes..saya berjaya!!!



Taraaa...ini hasilnya..Kek Batik ataupun Kak Mila kata Lazy cake


To Incik Kamal...apa sangat larr kek batik nih kan..
Mesti anda tak terliur pon kan..hehehe

Yeszaa...saya dah reti buat..gumbiranya!!!
Pasnih boleh larr bawak juadah baru untuk potluck di sekolah :)
posted by NuRuL @ Tuesday, June 03, 2008   12 comments
 
 
  Monday, June 02, 2008  
 
 
Lagi orang kawen..
Adik angkat saya..Aqilah dan suaminya..Idzwan
Suka dengan warna tema majlis ini..putih +pink

Semalam ke majlis kenduri kawen orang lagi
Sepupu saya dan juga adik angkat saya masa di sek rendah dulu
"adik nye sudah..kakak angkatnye bila lagi?
"awak bila pulak Nurul?"
"Lepas nih kenduri cikgu lar pulak kot"

Ayat-ayat lazim yang akan sentiasa kedengaran
Adeh lar..nih yang maleh nak pegi kenduri kawen orang nih..huhu
Alahai...tipu larr kalau saya tak terusik dengan usikan-usikan sebegitu..
Saya manusia normal...
Ada rasa jeles bila tgk orang tuh kawen..orang nih kawen..
Cuba bilang...sapa yang tak mau kawen???
Cumanya...masa belum mengizinkan untuk saya agaknya
Keje kawen nih bukan macam beli ikan di pasar yer...
Tgk saje ikan mana yang segar bugar..terus boleh rembat..
Kawen juga bukan macam nak pilih baju..
Pilih saje yang berkenan...bayar..terus amik.
Wah..kalau lar semudah itu...dah lama saya bergelar 'puan'
jujur...saya menantikan 'seseorang'
Cumanya..saya tak tau..penantian itu akan jadi penantian yang berbaloi..ataupun sia-sia cuma..
Aish...melankolik pulak tetiba nih..huahua!!!

Celcom broadband di tempat saya nih agak bengong larr...alahai
posted by NuRuL @ Monday, June 02, 2008   12 comments