Balik dari kursus di Shah Alam, sibuk pulak untuk perkemahan perdana Unit Beruniform di sekolah. Aktiviti bermula pagi semalam, malamnya saya incharge untuk malam kebudayaan. Sebab 2 hari saya takde di sekolah, jadi saya serahkan semua pada pelajar. Aktiviti korang..korang belajar lar cara nak urus okies. Saya hanya sediakan hakim. Malas nak mengglemerkan diri pon jadi MC...semua pelajar yang uruskan. Again..cikgu yang bujang di minta tidur di sekolah menemakan pelajar-pelajar. Berkorban apa saja larr kami ini :) Tidur di surau..dalam pukul 3 pagi rasanya baru dapat melelapkan mata. Pelajar lelaki katanya dengan cikgu lelaki katanya ada yang nak berjaga tengok bola Lantak lar kat diorang. Bangun kembali pukul 5 pagi..pelajar ada aktiviti keinsafan diri di Surau Cikgu pompuan sibuk di Bilik Kemahiran Hidup masak nasi lemak untuk sarapan Sekarang..kepala saya dah bengong-bengong..mata mengantuk!!! Pelajar-pelajar ada bermacam aktiviti..ikhtiar hidup..membina gadget..aktiviti stesen. Saya online dari bilik komputer sekolah..melarikan diri untuk seketika..hehe!!! Petang ini mak ayah saya datang..langsung akan terus ke Melaka.
Banyak aktiviti...tapi saya malas nak snap apa-apa gambar. Kemalasan tahap maksima rasanya..nanti lah mintak dari Cikgu Faisal saya upload kat sini.
teramat la tak ske skunk nih ngan aktiviti2 gitu... kalo kene join lagi mmg tak ske...
bukan hapa, modul dia sama je... malam je ada operasi burung antu sume... pastu kalo subuh je kene bangun awal2 giler! tido tak selesa...
lepas nak dekat berpuluh kali pergi, memang malas nak g lagi... kalo bercamping ngn kwn2 lagi best!
mcm sy g ledang ari tuh... seronok!