Masa waktu rehat, seisi sembang-sembang antara cikgu-cikgi dalam bilik guru.
Kami berkumpul sekejap di meja Kak Maria ngan Kak Qamar
Kak Maria tiba-tiba bersuara
"Tengok buku nih, agak dah buku budak cina kalau tulisan camnih."
Ya..memang betul seperti di kata..buku matematik itu milik seorang pelajar cina.
Apa bezanya ya?
Kata Kak Maria
Kalau buku pelajar cina tulisan mereka akan kecik-kecik dan rapat-rapat.
Kalau buku pelajar melayu, tulisan akan besar-besar, bulat-bulat, dan nampak jelas.
Kebetulan, selepas rehat saya ada masa free.
Teringat buku latihan sejarah yang masih belum ditanda.
Jadi..apa kita tilik menilik sekejap :)
Ini pulak buku pelajar cina
Apa kata kalau anda sendiri yang buat perbezaan..cikgunya ini penat menanda dah..hehe.
Oh..dah taip entry nih..baru saya teringat..kenapa takde pulak buku pelajar India takde cikgu-cikgu nak buat perbezaan ya..sapa boleh jawab??
updated:okeh..ini yang saya yang nampak.
Buku pelajar Melayu:
** Setiap soalan mesti ada selang satu baris
** Soalan dan jawapan guna kaler yang berbeza.
** Satu page boleh muat 3 soalan sahaja.
Buku pelajar Cina :
** Dari soalan pertama..menggunakan garis yang ada sebaik mungkin..
cuba tengok..langsung takde selang baris pon.
** Satu page buku tuh dia bleh muat 4 soalan..ye lar..langsung tak selang kan..save betul :)
urm... tatau la nak bezakan...
yang penting:
TULISAN BETA CANTIK OK!!!
huhuhu