Pagi tadi sempat dengar celoteh krill dan Kieran di topik pagi ERA masa aku hantar firdaus ke sekolah. Sempat lar aku dengar 3-4 orang caller yang kasi pendapat. Ada yang kata sekarang zaman IT..senang hantar SMS saja.. ada jugak yang kata guna email lagi senang..macam-macam design e-card yang korang boleh pilih..tak kurang yang mempertahankan ingatan berbentuk kad raya lagi terasa suasana rayanya. Kalau dikenang-kenang zaman sekolah rendah dulu, memang cukup rajin berbalas-balas kad raya nih..masing-masing cukup eksen nak tunjuk kad raya sapa yang paling banyak. Teringat gak aku..dulu-dulu ada rumah-rumah yang gantung kad-kad raya nih sebagai hiasan time-time raya..sekarang nih jer..memang dah tak penah aku jumpa hiasan ‘pokok kad raya’ tuh.
Ada lagi ker orang nak buat gitu ek? Sekarang nih jer..jarang dah orang praktikkan budaya kad-kad raya tuh..tunggu malam raya send SMS..kadang-kadangnya..pengirim lain-lain..SMS yang sama. Tapi syok gak bila baca SMS yang lain dari yang lain..dan percaya lar tiap-tiap tahun akan ada lar SMS-SMS yang baru dicipta Cumanya yang aku benci guna SMS nih dek kerana ramai yang nak tunggu time malam raya..akan jem lar talian..makanya pending lar SMS-SMS yang dihantar. Hantar kad ker…SMS ker..email ker..tanda ingatan tuh yang penting .Lagi meaningful kalo dapat kad lar..tak kira lar time raya ker..besday ker..cumanya rasa tak bermakna kan bila orang tuh tak simpan pun kad-kad yang kita kasi. :(
SMS time nak pose hari tuh yang aku dapat :
Kalau terasa nak buat jahat time puasa nih, Tanya lar iman..tentu iman cakap tak boleh Jangan tanya Aiman.. Nanti die kata “aiman tak kesah”
aku br dpt sekeping kad ry. Tp thn ni mmg aku mls nak anto kad ry kt org,hehehe. Thn dpn insya allah. Siap kad ry khas punyer aku nk anto,ehe.[budget thn dpn dh keje,haha]
siape aiman? hehe..