| Kes 1Satu pasangan muda ditangkap berkhalwat di waktu petang oleh sekumpulan penduduk kampung tersebut.
 
 Kes 2
 Hasil jualan seorang peniaga ayam bakar disamun oleh 2 orang pemuda yang menaiki Yamaha TZM.
 
 Kes 3
 Seorang penoreh getah yang ingin menjual hasil torehannya selama seminggu hampa apabila mendapati 3 guni getah buku yang dikumpulnya lesap dicuri orang.
 
 Laporan kes oleh Encik Mohd Yusof  @ ayah aku sendiri.
 
 Ketiga-tiga kes yang aku nyatakan berlaku di daerah kecil tempat tinggal aku nih. Cumanya di kampung yang berbeza. Aiyo..bikin malu saja!!!
 Apa yang dikesalkan sangat, kes-kes nih berlaku di bulan puasa nih.
 Kesucian Ramadhan tercalar dengan perbuatan-perbuatan yang tak bermaruah nih!!!!
 Aku ngaku lar aku bukan baik sangat, ibadah pun tak sesempurna lagi. Tapi rasa nak marah tul bila dengar benda-benda gini.
 Tapinya diorang-diorang yang terlibat nih memang hati kering betoi lar.
 Tak pikir halal+haram, tak pikir dosa, tak takut balasan tuhan.
 Ini lar bila dikatakan nafsu dah menguasai diri!!!
 Orang lain yang penat-penat cari rezeki, berhempas pulas berhari-hari cari duit untuk raya..yang awak senag-senang joli sakan dengan hasil HARAM!!!
 Huh..tak berkat hidup lar kalo gitu!!!
 
 Kata-kata yang aku petik dalam satu forum
 "Bila kita dengar satu-satu kemungkaran, dan kita membenci perbuatan-perbuatan tersebut jangan hanya membenci tapi berazam dan berniat lah di dalam hati bahawa kita kita tidak mahu terjebak"
 
 
 |