:: About Me ::
Name:NuRuL SaLeHaH MoHd YuSoF
Hometown:PeRaK
See my complete profile
Previous Post
Archives
:: ShOuTBoX ::



:: Sembang-sembang ::



:: Friends ::
:: Links ::
:: FoToPaGes ::
:: Education ::
:: Powered by ::

Isnaini Dot Com

BLOGGER

 

 

 
  Saturday, December 31, 2005  
 
 
Berita Baik utk Para Guru
Guru dapat hadiah tahun baru -- Kerajaan bersetuju 300,000 warga pendidik kerja lima hari seminggu
KUALA LUMPUR 30 Dis. - Lebih 300,000 guru seluruh negara mendapat `hadiah' tahun baru apabila kerajaan akhirnya bersetuju dengan tuntutan mereka bekerja lima hari seminggu, sama seperti kakitangan awam lain.

Dengan dasar baru kerajaan yang berkuat kuasa pada sesi persekolahan 2006, bermula minggu depan itu, bermakna perjuangan golongan pendidik itu sejak beberapa bulan lalu telah berhasil.

Sebelum ini, pelbagai kesatuan guru tidak berpuas hati kerana menganggap dianaktirikan disebabkan tidak mendapat layanan yang sama dengan kakitangan awam lain untuk bekerja lima hari seminggu.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Ismail Nihat ketika mengesahkan berita gembira itu kepada Utusan Malaysia hari ini menyifatkan, ia satu `hadiah' tahun baru kepada golongan pendidik.

Beliau memberitahu, pengesahan dan kelulusan bekerja lima hari seminggu itu dibuat melalui pekeliling Kementerian Pelajaran yang turut dihantar kepada NUTP yang diterimanya minggu lalu.

Ia terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2005 bertajuk `Pelaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu', bertarikh 5 Disember lalu dan ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahamad Sipon.

Bagaimanapun, menurut Ismail, tidak semua sekolah terlibat dengan pelaksanaan itu dan penentuan cuti pula berdasarkan kepada beberapa faktor seperti masa, ruang, kepakaran dan beberapa hal lain.

``Surat pekeliling itu antara lain mengarahkan sekolah yang berjaya melaksanakan pendidikan sama ada akademik mahupun kokurikulum dalam masa lima hari bekerja seminggu, wajib meneruskan arahan cuti itu.

``Sekolah yang menghadapi kesulitan untuk melaksanakan program pendidikan sama ada akademik mahupun kokurikulum, tidak termasuk dalam arahan bekerja lima hari seminggu itu,'' kata Presiden NUTP itu lagi.

Ini kerana, katanya, kerajaan sedar ada sekolah yang menghadapi kekangan masa, ruang serta kepakaran dan kerana itu guru-guru sekolah berkenaan diminta menggunakan hari Sabtu untuk melaksanakan kegiatan kokurikulum dan akademik.

Bagi sekolah-sekolah yang tidak mendapat kelayakan kerja lima hari seminggu itu, Ismail berharap, penggunaan hari Sabtu untuk kegiatan tersebut mesti tidak melebihi dua kali sebulan bagi mengelakkan beban sekolah terbabit.

Isu tuntutan bekerja lima hari seminggu mula dibangkitkan setelah guru-guru di negara ini tidak puas hati dengan kandungan dan pelaksanaan surat Jabatan Perkhidmatan Awam Bil. 13 Tahun 2005.

Pekeliling itu memperuntukkan kelulusan bekerja lima hari seminggu kepada kakitangan awam tanpa melibatkan guru sehingga golongan tersebut merasakan profesion itu dianaktirikan.

Ekoran itu, 14 kesatuan guru mengadakan Bengkel Perbincangan Meja Bulat Bekerja Lima Hari Seminggu di Kuala Lumpur pada Oktober lalu dan hasilnya satu tuntutan rasmi diserahkan kepada kerajaan.

Lanjutan itu, pada 12 November diadakan Mesyuarat Permuafakatan Kementerian Pelajaran di Miri, Sarawak yang turut dihadiri wakil daripada 24 kesatuan guru di mana salah satu rumusannya ialah guru di negara ini wajar bekerja lima hari seminggu.

Rumusan itu diserahkan kepada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang kemudiannya disusuli dengan pekeliling bertarikh 5 Disember itu.

Ismail memberitahu, arahan bekerja lima hari seminggu itu telah dipanjangkan kepada semua pihak terbabit termasuk Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri dan Ketua Nazir Sekolah.

``Saya difahamkan, semua Pengarah Pelajaran Negeri sudah diarah untuk menentukan sekolah yang guru-gurunya boleh bekerja lima hari seminggu dan sekolah yang terkecuali daripada perkara ini,'' katanya.

Moga dengan berita baik nih...cikgu2 akan lebih bersemangat untuk jadik cikgu cemerlang..InsyaAllah
posted by NuRuL @ Saturday, December 31, 2005  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home