:: About Me ::
Name:NuRuL SaLeHaH MoHd YuSoF
Hometown:PeRaK
See my complete profile
Previous Post
Archives
:: ShOuTBoX ::



:: Sembang-sembang ::



:: Friends ::
:: Links ::
:: FoToPaGes ::
:: Education ::
:: Powered by ::

Isnaini Dot Com

BLOGGER

 

 

 
  Monday, December 19, 2005  
 
 
Kisah seorang cikgu
Profesion guru menggalas tanggungjawab besar
Oleh ZUNAIDAH ZAINON

GURU adalah profesion mulia yang menuntut banyak pengorbanan kerana tugas mendidik dan membesarkan anak-anak muda dengan ilmu pengetahuan memerlukan kecekalan dan ketabahan. Lebih-lebih lagi dalam senario hari ini yang terdedah kepada masalah sosial yang melibatkan para pelajar sekolah.

Namun, Yusfaizal Yunus, 25, tidak pernah menyesal dengan keputusannya memilih bidang pendidikan sebagai kerjaya walaupun sebelum ini beliau bercita-cita ingin menjadi jurutera. Cabaran dan dugaan yang sering dihadapi guru-guru telah meningkatkan semangatnya untuk mendidik para pelajar supaya menjadi anak bangsa yang berguna kepada agama dan negara.

"Keputusan saya menjadi guru datang secara tiba-tiba selepas diberhentikan kerja sebagai jurutera pembuatan. Ada juga saya terfikir, layakkah saya menjadi guru? Sebab dalam profesion ini kita bukan sahaja bekerja makan gaji tetapi menggalas tanggungjawab besar untuk mendidik anak-anak muda mencintai ilmu pengetahuan," katanya yang mengajar mata pelajaran Fizik dan Pendidikan Moral di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Ampang, Selangor sejak awal tahun ini.

Anak muda berkelulusan Bacelor Sains (Kepujian) Sains Instrumentasi dari Universiti Putra Malaysia itu ternyata berpuas hati dengan kerjaya pilihannya yang serba sedikit banyak mengubah haluan hidupnya ke arah yang lebih positif.

Yusfaizal yang menggelarkan dirinya sebagai 'budak nakal' sewaktu melalui zaman persekolahan dan universiti menyifatkan itu semua sebagai pengalaman berharga yang tidak akan dilupakan.

Walaupun ada sesetengah orang berpendapat kerjaya guru amat membosankan kerana guru-guru melakukan perkara yang sama setiap hari dan mengulanginya tahun demi tahun, Yusfaizal mempunyai cara tersendiri bagi mengatasi masalah tersebut. Beliau yang menggemari aktiviti lasak sering kali membabitkan diri dalam aktiviti-aktiviti sekolah bersama para pelajar.

"Apabila kita melibatkan diri dengan program sekolah, memang kita takkan rasa bosan sebab ada banyak perkara yang boleh dilakukan. Ia amat menyeronokkan. Masalah bosan juga kadangkala berpunca daripada kurangnya minat pada profesion perguruan dan seseorang memilih menjadi guru semata-mata kerana tidak mendapat pekerjaan lain," ujar Yusfaizal yang melalui zaman universiti berbekalkan pengalaman pahit dan manis.

Tawaran mengajar di sekolah perempuan juga tidak menjadi masalah baginya walaupun pada peringkat awal Yusfaizal berada dalam dilema. Beliau tahu bahawa ramai guru di Malaysia terdiri daripada kalangan wanita dan hanya ada sebilangan kecil guru lelaki. Pengalaman biasa yang dilalui guru-guru muda iaitu berhadapan dengan 'gangguan' pelajar-pelajar perempuan juga dialami oleh Yusfaizal.

"Situasi itu memang biasa. Saya rasa kalau di sekolah campur pun, guru-guru muda akan berhadapan dengan masalah yang serupa. Apa yang penting ialah kita tahu apa tanggungjawab kita dan jangan terlalu mengikut perasaan. Tolak secara baik perkara-perkara tersebut dan ingat bahawa mereka adalah pelajar yang perlu dididik dengan ilmu pengetahuan," katanya yang sentiasa meletakkan batas dalam pergaulan antara lelaki dengan perempuan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Menceritakan cabarannya mengajar Fizik, iaitu mata pelajaran yang memerlukan kekuatan Matematik dan Matematik Tambahan, Yusfaizal berpendapat, sekiranya pelajar boleh menangani fobia Matematik, bermakna mereka mampu mencapai keputusan yang baik dalam Fizik. Malah kursus yang beliau pelajari di universiti juga merupakan sebahagian daripada cabang Fizik.

"Pada peringkat awal, kuasai subjek Matematik kerana ia merupakan asas utama dalam Fizik yang turut melibatkan banyak pengiraan dan elakkan budaya belajar saat-saat akhir. Untuk dapat keputusan cemerlang, paling penting kita kena buang tanggapan yang mengatakan subjek ini susah nak faham dan tak boleh buat langsung," ujar Yusfaizal yang turut menasihati para pelajar agar tidak terlalu mengagungkan budaya tuisyen.

Anak keempat daripada lima adik- beradik kepada pasangan Yunus Dasron, 66, dan Mutamah Sardi, 53, ini berazam untuk memperoleh ijazah sarjana dalam bidang yang sama sebelum usianya melewati 30 tahun.

sebenarnya..ade gambar cikgu nih dalam paper..tp malas pulak aku nak upload kan..hensem tuh..heheh!!!
posted by NuRuL @ Monday, December 19, 2005  
1 Comments:
Post a Comment
<< Home