Kata salah seorang staff Bahagian Sumber Manusia K** " Nama awak dah dihantar pun ke Bahagian Sekolah, so lepas nih awak berhubung dengan Bahagian Sekolah untu ktahu status penempatan awak" Kata staff di Bahagian Sekolah pulak "Nak tahu pasal penempatan awak yer, sabar dan telefon balik lepas Februari yer, kami tak uruskan pun lagi list-list nama untuk tuh" Lagi..kata Pegawai di Bahagian Sekolah "kami memang nak bagi awak-awak semua nih posting, tapi senarai nama pun takde kat kami, macam mana kami nak buat kerja" Owh..sungguh meluat dan menyampah bila kena melalui situasi seperti ini. Sungguh..kenapa lah boleh jadi ketidakcekapan pengurusan seperti itu walhalnya sekarang zaman komputer..zaman IT. Aduhai..staff-staff di K**, tak boleh kah bagi jawapan yang pasti..bukan main lepas tangan tendang kami-kami yang menelefon ini ke talian sana- sini. Dan juga untuk Pak Menterinya..tolonglah ambil kisah isu-isu seperti ini. Jangan asyik menumpukan pada urusan politik semata-mata. Kami sudah bosan dengan janji-janji kosong yang tak kunjung tiba..huhu!!! |