Saya teringat satu situasi waktu awal-awal saya gantikan kak Arizan untuk subjek Sivik tingkatan 1. Tajuknya 'Keluarga Bahagia', saya minta pelajar-pelajar kelas tersebut lukiskan potret keluarga masing-masing, sambil-sambil saya terangkan namanya pun keluarga, so dalam lukisan itu mestilah ada ayah, ibu, abang, kakak dan adik. Setengah waktu pertama, datang seorang pelajar perempuan pada saya "Cikgu, kalau dalam famili tuh mak, kakak dan abang saja camne. Kena lukiskan juga gambar ayah?" Tanya dia "Kenapa camtu?" Soal saya "Ayah saya dah meninggal cikgu." Perlahan dia jawab Owh..sungguh saya tersentak masa tuh. Memang saya terdiam sekejap. Hujung waktu kelas pula, datang pelajar cina lelaki sorok-sorok hantar kertas lukisannya pada saya. Yang buat saya rasa bersalah, dalam lukisannya hanya ada 3 gambar. Dua orang perempuan dan seorang budak lelaki yang mana saya rasa budak lelaki itu merujuk pada dirinya. Di belakang kertas lukisan tuh, tertulis satu nota. 'Ayah saya sudah mati' Again..saya rasa sungguh-sungguh bersalah.. kenapa lar saya tak alert benda camnih. Rasa macam saya dah melukakan hati kedua-dua pelajar saya tuh. Perkara itu berlalu macam itu saja sambil saya terfikir kembali bila jadi situasi yang lain semalam. Saya ditugaskan untuk jaga satu kelas ini untuk ujian matematik. Sejam berlalu, seorang pelajar India perempuan mengadu pada saya pelajar lelaki di sebelahnya ambil jangka lukis tanpa izin. "Apa yang cari pasal nih Syafiq?" Tegur saya "Saya pinjam je lar cikgu". Jawab dia Saya nak diamkan jer tapi entah kenapa terkeluar ayat gini dari mulut saya nih. "Lain kali bawak lar yang awak sendiri. Tak perlu nak pinjam dari orang" Elok-elok saya cakap camtuh, muka dia berubah dan terus dia letakkan balik jangka lukis tuh di meja pelajar India tadi. Ya Allah, tetiba jer saya rasa teruknya saya nih. Mana lar tau, kalau-kalau pelajar tadi nih dari famili yang susah. Memang tak mampu nak beli set geometri tuh. Rasa macam saya dah down kan semangat dia nak jawab soalan tuh. Huhu.. sungguh, kadang-kadang saya lupa. Jadi cikgu bukan setakat masuk kelas, ngajar, bagi ilmu. Tapi sebagai cikgu, saya kena prihatin dengan situasi pelajar-pelajar saya. Jangan assume semua orang tuh ada life yang sangat perfect. Ehmm..saya teringat satu kata-kata yang saya baca dari novel germersik kalbu- anis ayuni Guru yang sederhana memberitahu Guru yang baik menerangkan Guru yang lebih baik menunjukkan Guru yang paling hebat memberi inspirasi. Owh..banyak lagi yang saya harus belajar resepi-resepi rempah ratus dalam dunia pendidikan nih. Semoga saya akan ada kekuatan untuk semua-semua itu. InsyaAllah. |
Alahai saya plak yg sedih baca citer ni. Kalau saya jd cikgu mesti saya g minta maaf kat student tu huhu. Saya ni cepat kesian. Silap2 kalau jd cikgu mesti kena buli dgn student haha. Yelah betul kata Nurul tugas cikgu bukan setakat mengajar. Mmg mencabar jd cikgu. Sbb tu saya xnak jd cikgu dulu sbb dh biasa idup dgn mak saya yg jd cikgu. Tp skrg mcm teringin la plak nk jd cikgu sbb tgk kwn2 ramai jd cikgu huhu
Ina