saya ke KL hari isnin baru nih lepas sekolah..ada emergency yang tak dapat nak dielakkan. Lepas berbuka rushing pulak balik ke rumah..dan tak disangka-sangka tayar keta saya pancit masa on the way balik tuh. Sungguh, saya tak perasan langsung.. main belasah bawak jer meredah kegelapan malam tuh..aduhai..nasib baik lar tak jadi apa-apa. Buatnya meletup tayar tuh kat tengah-tengah jalan..beraya kat hospital lar saya tahun nih. Saya hanya perasan tayar dahh pancit dengan sangat teruknya esok pagi tuh masa bersiap-siap nak keluar ke kedai. Nak tukar tayar sendiri tak pandai..huhu..itu larr..tau bawak keta jer. Panggil pomen lar jugak datang ke rumah..nampaknya tayar tuh memang tak dapat diselamatkan lagi melainkan saya tukar ngan tayar baru..uwaa..dah lari budget saya bulan nih..huhu!!!