Sabtu yang lepas, aku pergi tonton movie. Menonton berempat bersama si kecil dua orang itu, Khalisah dan Khalilah dan juga Firdaus. Sebetulnya, menunaikan janji pada mereka-mereka ini bilamana mereka-mereka ini tertarik menonton trailer ‘Tentang Bulan’ seawalnya ditayangkan di kaca-kaca TV.
Puas mencari parking..tahu-tahu saja suasana di Kinta City bila hari minggu, ratusan malahan ribuan agaknya orang memenuhi kompleks itu..benci betul!!! Sang Kakak dan Adik itu sudah agak kecewa bilamana aku membayangkan hasrat untuk balik saja kalau parking masih tidak ada..tapi akhirnya ada sepasang suami isteri yang keluar membeli barang-barang dapur agaknya baik hati memberi laluan parking pada aku.
Wayang mula pukul 4, aku di kaunter tiket 3.45. Jadinya berpuas hati sajalah dengan tiket di barisan keempat dari depan. Fuh..aku pandang ke belakang..penuh panggung. Dan barisan hadapan aku juga masih di isi dengan penonton-penonton lain. Rata-ratanya famili yang bawa anak-anak menonton. Paling mengejutkan, ada aku ternampak famili Chinese. Wah..tak sangka ada bangsa lain yang berminat menonton cerita melayu.
Aku mengharapkan kelainan dari filem ini, dan sebetulnya aku puji Ahmad Idham yang berani mempertaruhkan bakat-bakat kecil dalam filemnya ini. Sebenarnya masih ada beberapa babak yang aku rasakan tiru betul-betul dari cerita ‘My Girl’ dari Thailand itu. Tapi bagi aku masih boleh dimaafkan. Aku masih rasa terhibur menonton gelagat adik-adik itu.
“Bulan menjadi saksi persahabatan kita berlima”..yup cerita ini berkisarkan 5 orang kanak-kanak yang membesar bersama, Mawi, Bulat, Budi, Ketot dan Ila. Tapinya keharmonian persahabatan mereka berlima tergugat dengan kehadiran Ina ( maaf cakap..bagi aku adik ini tidaklah pandai berlakon sangat). Karekter yang paling menyerlah bagi aku si Bulat, Budi dan Ketot. Karekter adik yang berlakon sebagai Mawi mungkin agak-agak control macho..sesuai untuk watak dia yang digambarkan paling hensem dan juga ketua pada mereka berlima.
Kelakar, sedih semunya digarapkan dalam cerita ini. Dan sebetulnya, menonton cerita ini, kembali menggamit memori di zaman kanak-kanak tak lama dulu. Main pondok-pondok, tengteng, mandi sungai..wah..satu kenangan yang akan terus tersimpan dalam lipatan memori.
Dan juga aku puji sinematografi ( camni ker ejanya entah) cerita ini..aduhai sungguh cantik. Mengambil pengambaran nun di utara semenanjung memang menggambarkan suasana kampung yang belum tercemar oleh arus pembangunan. Rasa terigin nak menjejak kaki kesana untuk menikmati suasana itu.
Endingnya.. adik-adik ini kembali bertemu di satu majlis perkahwinan. Aku tak mahu nak ceritakan majlis perkahwinan siapa, tapinya pelakon-pelakon dewasa yang dipilih untuk menggantikan watak-watak itu sungguh pandai Ahmad Idham mencari yang rata-ratanya seiras wajah watak adik-adik itu di waktu mereka kecil dulu. Oh..ya..siapa yer yang pegang watak Mawi dewasa itu..masih belum familiar lar orangnya.
Kesimpulannya aku terhibur, si kecil dua orang itupun terhibur dan puas hati dan berdasarkan gelak ketawa yang aku dengar dalam panggung itu, penonton-penonton lain juga mungkin terhibur sama.
Ehmm..aku rindu kawan-kawan lama yang entah bila akan bertemu kembali.
woooo...g panggung tak ajak aku!!! :p