:: About Me ::
Name:NuRuL SaLeHaH MoHd YuSoF
Hometown:PeRaK
See my complete profile
Previous Post
Archives
:: ShOuTBoX ::



:: Sembang-sembang ::



:: Friends ::
:: Links ::
:: FoToPaGes ::
:: Education ::
:: Powered by ::

Isnaini Dot Com

BLOGGER

 

 

 
  Friday, December 29, 2006  
 
 
Cuti-cuti Malaysia

Awal mak ajak join famili day ofisnya di Langkawi aku agak keberatan, masih teringat lagi berita pasal feri Langkawi berlanggar baru-baru ini..satu tabiat buruk aku yang sukar untuk dikikis..negative always come first..ntah apa-apa lar kan. Padahalnya Kuasa Allah s.w.t yang lebih utama.
Akhirnya, Selasa lepas, kami sekeluarga sama-sama bertolak menaiki bas. Tiba di Jeti Kuala Perlis awal pagi, masih pukul 4 pagi..uish..gila punya laju tul driver bas tuh bawaknya. Mujur ada motel 24 jam di situ, negotiate ngan tauke di situ, dapat lar kami sewa 4-5 buah bilik dalam 2-3 jam sebelum tunggu waktu feri berlepas. Rehat, mandi+ solat subuh + breakfast semuanya disitu. Akhirnya kami berlepas ke Langkawi menaiki feri jam 7.30, takde apa yang menarik sebabnya aku sikit punya best terlelap dalam feri tuh, sedar-sedar pun dalam 15-20 minit dah nak sampai ke Langkawi.
Kali kedua sebenarnya kunjungan aku ke salah satu destinasi menarik pelancongan Malaysia nih, kunjungan pertama di waktu form 4, tu pun sebab ke MRSM Langkawi. Agensi yang menunggu membawa rombongan kami ke tempat-tempat yang dikatakan menarik lar di Langkawi nih.. wah..sungguh petah Kak Ana yang menjadi tourist guide kitorg itu memberi penerangan itu dan ini…begitu dan begini..
Pergi ke tempat penghasilan Minyak Gamat yang begitu sinonim dengan pulau bebas cukai ini..kata orang jika celup jari ke dalam minyak gamat yang sedang mendidih sejuk jer rasanya..tapi tak lar sejuk macam ais tu..suam-suam kuku gitu. Kemudianya, kami menyusuri sejarah Pulau Langkawi pergi melawat Makam Mahsuri..Legenda Langkawi. Perubahan yang ketara rasanya kompleks ini, sangat cantik berbeza waktu aku datang 7 tahun yang lepas.
Kemudiannya, kami di bawa ke pekan Padang Mat Sirat yang mananya di sini lah terletaknya lokasi Beras Terbakar. Kata Kak Ana nih, kalau nak membeli kain batik, Bazar di Padang Mat sirat menawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding di Pekan Kuah..jadinya My Mom & the gang pun tak lepaskan peluang lar pilih memilih nih. Untung Tauke kedai yang kami pergi tuh, entah berapa ribu lar dia collect dari kitorg-kitorg ini saja. Aku bukanlah anak dara ayu yang berkain batik bila di rumah tapi untuk kenangan, aku pilih jugak satu corak. Beli untuk kenangan kata Ija.
Tarikan baru di sini ialah Langkawi Cable Car, alang-alang dah sampai rugilar kalo tak mencuba kan.. kata Kak Ana tuh lagi, Cable Car di sini adalah yang tertinggi di Asia Tenggara..hebat Malaysia!!! Tipu kalau tak rasa gayat tapi pemandangan dari stesen atas tersangatlah cantik.
Puas berjalan, akhirnya kami check in di motel.
Lokasi yang sungguh strategik Bos mak aku nih pilih tempat penginapan, di tengah-tengah pekan Kuah, syurga shopping kaum-kaum Ibu. Ismail Group, Idaman Suri, sekadar menyebut beberapa kedai yang menawarkan harga yang agak berpatutan. Bagi golongan-golongan muda cam aku nih ( perasan sih muda lagi,,muahaha) datang ke Langkawi nih tak lepaskan peluang beli coklat yang berbagai jenis jenama dan juga perisa. Buat masa nih aku takde hati lagi nak membeli set-set periuk dan pinggan mangkuk yang jadi kegilaan golongan mak-mak nih. Banyak kekangan-kekangannya lagi, salah satu sebab utamanya sudah tentu lar aku masih belum bergaji..huhu.
Untuk diri aku sendiri kali ini as a souvenier à baju tidur sepasang, blouse, kain batik dan tuala.. dan yang penting..aku tak keluarkan satu sen pun duit aku untuk semua-semua itu. Baguss bangat!!!
posted by NuRuL @ Friday, December 29, 2006  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home