:: About Me ::
Name:NuRuL SaLeHaH MoHd YuSoF
Hometown:PeRaK
See my complete profile
Previous Post
Archives
:: ShOuTBoX ::



:: Sembang-sembang ::



:: Friends ::
:: Links ::
:: FoToPaGes ::
:: Education ::
:: Powered by ::

Isnaini Dot Com

BLOGGER

 

 

 
  Friday, February 17, 2006  
 
 
juz nak share..
fwd form email..

Isteri Cantik Jelita, Suami Tak Hensem
Fikir Sejenak

" SEWAKTU dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur bulan lalu, saya
berbual dengan penumpang di sebelah yang memperkenalkan diri sebagai
V.
Manis orangnya dengan tahi lalat macam Siti Nurhaliza. Ketawanya
nyaring
dan bertambah nyaring bila berbual tentang suami. V sudah berkahwin dan
katanya, " I tak pernah bayangkan akan mengahwini dia."

Saya renung wajahnya dengan dahi berkerut. Mengapa?

"Dia bukan cita rasa saya. Saya selalu angan-angan mengahwini seorang
doktor. Tapi dia.. emm... guru. Sudahlah tidak berapa tinggi, tidak
berapa kacak dan perut pun tidak berapa ramping."

"Tapi sudah tiga tahun kahwin, sudah ada anak seorang, saya tahu sampai
mati pun saya akan cintai dia seorang saja,"

Saya rumuskan begini: tidak berapa tinggi - pendek @ katek, tidak
berapa
kacak - hodoh @ tidak sedap mata memandang, dan perut tidak berapa
ramping
- gendut @ buncit. Saya hanya senyum sendiri. Kata Harvilee
Hendrix
penulis buku "Getting the love you want" cinta romantis menyuburkan
fantasi juga kejahilan dan ia tidak sesuai untuk tempoh jangka masa
panjang.

Jadi, jika anda sedang mencari-cari pasangan, jangan terlalu banyak
bermimpi. Sila lupakan gabungan lima kriteria
utama ini dan berpijaklah
di bumi nyata.

1. Lelaki kacak dengan badan atlit - jika anda tertarik pada lelaki
kerana kecantikan fizikalnya, oh.. Anda harus meminta dia berusaha
keras
mengekalkannya hingga hujung usia. Paling penting, lelaki yang
menghabiskan masa di gym dan mengambil makanan tambahan untuk
kecantikan
tubuh tentu saja tidak akan memaafkan anda, jika anda terlebih berat
(terutama selepas
bersalin) atau baju terlebih saiz.

2. Lelaki macho dengan gaya
unggul - terpesona kerana kekemasan dan
ketrampilannya? Baca ini, "saya tahu dia seorang peguam dan
menghabiskan
banyak masa untuk kelihatan mempersona dan berwibawa tapi adilkah jika
dia melepaskan peluang bercuti sekeluarga untuk membeli suit baru
sedangkan semuanya sama saja pada saya, hitam dan putih! Maaf ya,
nampaknya koleksi dalam almari lebih penting dari
anda.

3. Kerjaya prestij - kerja hebat dengan gaji mantap. Emm... tentu saja
kerjaya akan didahulukan daripada anda. Apa yang akan terjadi, dari
urusan bil air api, susu anak, yuran sekolah anak hinggalah hutang
kereta, anda yang akan selesaikan, jadilah anda superwomen! Lelaki yang
mampu fokus kepada kerja tapi dalam masa yang sama tidak mengabaikan
anda walaupun dia tidak berbadan atlit, tidak bergaya adalah lebih
berbaloi.

4. Kereta mewah menjalar - pasti punggung terasa mengembang duduk di
sebelah jejaka kacak dengan kereta mewah hingga rambut pun kusut masai
meredah angin. Lelaki selalu menjadikan kereta isteri nombor satu
terutama jika dia memandu kereta
dengan dua tempat duduk adalah lelaki
yang selalu mengaitkan kereta dengan kelelakian. Mampukah nanti dia
menukar kereta dua tempat duduk atau kereta yang sudah diubahsuai
ribuan
ringgit menjadi kereta keluarga dan membawa anak-anak yang tentu saja
akan mengotor dan menghenyak-henyak kerusi empuk?

5. Datang dari keluarga sempurna - lelaki yang sempurna mesti datang
dari keluarga sempurna. Maksudnya, dia dan semua adik beradiknya
graduan
universiti. Masing-masing berjawatan hebat, dari kalangan datuk-datin,
tan
sri- puan sri, mesra dan sejahtera sepanjang masa. Walau siapa pun
kita,
sesekali berkocak juga hubungan keluarga. Abang Ngah mungkin tidak
mesra
dengan abang Chik. Dia pula anak kesayangan yang dicemburui. Itu bukan
luar biasa dan itu bukan tanda dia tidak mampu jadi suami yang baik.

Perkahwinan bukan untuk sehari tapi hingga jasad tertanam. Carilah yang
sesuai di hati, jangan hipokrasi... paling utama cerminlah diri
sendiri.
Bak lirik lagu popular, jangan kau harap jangan kau mimpi..."

p/s - peringatan utk diri sendiri jugak nih!!!
posted by NuRuL @ Friday, February 17, 2006   0 comments
 
 
  Saturday, February 11, 2006  
 
 
Sepanjang perjalanan..
Syukur Alhamdulillah..masih dipanjangkan umur untuk balik ke rumah cuti mid sem nih...dalam perjalanan balik ke rumah semalam, aku hampir-hampir accident sebelum sampai ke tol juru. Sampai di salah satu simpang jalan tuh, 2-3 buah bas kilang yang aku kira mungkin dalam perjalanan nak hantar pekerja memintas dan salah satu dari bas-bas tuh ntah camne lar drivernyer nak menghala ke lorong kanan tanpa bagi signal..mujur masa tuh aku tak bawak laju and sempat brek..tapi memang brek mengejut lar..macam nak terputus nyawa kejap time tuh. Tak salah rasanya aku buat kesimpulan, driver2 bas kilang nih memang tak pikir keselamatan orang lain, bukan setakat pengguna jalan raya yang lain..tapi penumpang dalam bas tuh jugak. Sebabnya..sepanjang perjalanan tuh aku jadi takut tgk betapa lajunya diorg nih kejap-kejap memotong antara satu sama lain. Aku dah larr drive sorang2 lagi semalam, hafiz tak jadi balik sebabnya still ada match hoki..cerita lainnya pulak..sampai dah sekerat jalan kot, aku rasa macam tak balance jer aku drive..so berhenti jap kat hentian sebelah Sungai Bakap, aku perasan tayar keta nih mcm tak cukup angin.. masa nih baru larr aku terfikir pentingnya check awal2 keta before nak drive jauh.Sebelum nih balik ngan hafiz sumanya harap kat dia.. Sudah lar nak isi tayar angin pun aku tak reti..sudahnya aku berenti kat stesen minyak, buat muka tebal mintak pekerja kat situ tolong isikan angin tayar nih. Huh..tak boleh nak marah lar bila certain2 orang cakap, perempuan nih hanya tahu drive jer sebabnya aku lar salah satu dalam golongan tuh..huhu!!!
posted by NuRuL @ Saturday, February 11, 2006   0 comments