| 
          
            |  | 
              
                |  | Friday, February 17, 2006 |  |  
                |  |  |  |  
                |  | 
                  
                    | juz nak share.. |  
                    | fwd form email.. 
 Isteri Cantik Jelita, Suami Tak Hensem
 Fikir Sejenak
 
 " SEWAKTU dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur bulan lalu, saya
 berbual dengan penumpang di sebelah yang memperkenalkan diri sebagai
 V.
 Manis orangnya dengan tahi lalat macam Siti Nurhaliza. Ketawanya
 nyaring
 dan bertambah nyaring bila berbual tentang suami. V sudah berkahwin dan
 katanya, " I tak pernah bayangkan akan mengahwini dia."
 
 Saya renung wajahnya dengan dahi berkerut. Mengapa?
 
 "Dia bukan cita rasa saya. Saya selalu angan-angan mengahwini seorang
 doktor. Tapi dia.. emm... guru. Sudahlah tidak berapa tinggi, tidak
 berapa kacak dan perut pun tidak berapa ramping."
 
 "Tapi sudah tiga tahun kahwin, sudah ada anak seorang, saya tahu sampai
 mati pun saya akan cintai dia seorang saja,"
 
 Saya rumuskan begini: tidak berapa tinggi - pendek @ katek, tidak
 berapa
 kacak - hodoh @ tidak sedap mata memandang, dan perut tidak berapa
 ramping
 - gendut @ buncit. Saya hanya senyum sendiri. Kata Harvilee
 Hendrix
 penulis buku "Getting the love you want" cinta romantis menyuburkan
 fantasi juga kejahilan dan ia tidak sesuai untuk tempoh jangka masa
 panjang.
 
 Jadi, jika anda sedang mencari-cari pasangan, jangan terlalu banyak
 bermimpi. Sila lupakan gabungan lima kriteria
 utama ini dan berpijaklah
 di bumi nyata.
 
 1. Lelaki kacak dengan badan atlit - jika anda tertarik pada lelaki
 kerana kecantikan fizikalnya, oh.. Anda harus meminta dia berusaha
 keras
 mengekalkannya hingga hujung usia. Paling penting, lelaki yang
 menghabiskan masa di gym dan mengambil makanan tambahan untuk
 kecantikan
 tubuh tentu saja tidak akan memaafkan anda, jika anda terlebih berat
 (terutama selepas
 bersalin) atau baju terlebih saiz.
 
 2. Lelaki macho dengan gaya
 unggul - terpesona kerana kekemasan dan
 ketrampilannya? Baca ini, "saya tahu dia seorang peguam dan
 menghabiskan
 banyak masa untuk kelihatan mempersona dan berwibawa tapi adilkah jika
 dia melepaskan peluang bercuti sekeluarga untuk membeli suit baru
 sedangkan semuanya sama saja pada saya, hitam dan putih! Maaf ya,
 nampaknya koleksi dalam almari lebih penting dari
 anda.
 
 3. Kerjaya prestij - kerja hebat dengan gaji mantap. Emm... tentu saja
 kerjaya akan didahulukan daripada anda. Apa yang akan terjadi, dari
 urusan bil air api, susu anak, yuran sekolah anak hinggalah hutang
 kereta, anda yang akan selesaikan, jadilah anda superwomen! Lelaki yang
 mampu fokus kepada kerja tapi dalam masa yang sama tidak mengabaikan
 anda walaupun dia tidak berbadan atlit, tidak bergaya adalah lebih
 berbaloi.
 
 4. Kereta mewah menjalar - pasti punggung terasa mengembang duduk di
 sebelah jejaka kacak dengan kereta mewah hingga rambut pun kusut masai
 meredah angin. Lelaki selalu menjadikan kereta isteri nombor satu
 terutama jika dia memandu kereta
 dengan dua tempat duduk adalah lelaki
 yang selalu mengaitkan kereta dengan kelelakian. Mampukah nanti dia
 menukar kereta dua tempat duduk atau kereta yang sudah diubahsuai
 ribuan
 ringgit menjadi kereta keluarga dan membawa anak-anak yang tentu saja
 akan mengotor dan menghenyak-henyak kerusi empuk?
 
 5. Datang dari keluarga sempurna - lelaki yang sempurna mesti datang
 dari keluarga sempurna. Maksudnya, dia dan semua adik beradiknya
 graduan
 universiti. Masing-masing berjawatan hebat, dari kalangan datuk-datin,
 tan
 sri- puan sri, mesra dan sejahtera sepanjang masa. Walau siapa pun
 kita,
 sesekali berkocak juga hubungan keluarga. Abang Ngah mungkin tidak
 mesra
 dengan abang Chik. Dia pula anak kesayangan yang dicemburui. Itu bukan
 luar biasa dan itu bukan tanda dia tidak mampu jadi suami yang baik.
 
 Perkahwinan bukan untuk sehari tapi hingga jasad tertanam. Carilah yang
 sesuai di hati, jangan hipokrasi... paling utama cerminlah diri
 sendiri.
 Bak lirik lagu popular, jangan kau harap jangan kau mimpi..."
 
 p/s - peringatan utk diri sendiri jugak nih!!!
 |  
                    | posted by NuRuL @ Friday, February 17, 2006  |  
                    |  |  |  |  
                |  |  |  |  |  |    |