:: About Me ::
Name:NuRuL SaLeHaH MoHd YuSoF
Hometown:PeRaK
See my complete profile
Previous Post
Archives
:: ShOuTBoX ::



:: Sembang-sembang ::



:: Friends ::
:: Links ::
:: FoToPaGes ::
:: Education ::
:: Powered by ::

Isnaini Dot Com

BLOGGER

 

 

 
  Monday, November 14, 2005  
 
 
Pulak dah
Guru sanggup kerja sembilan jam sehari
KUALA LUMPUR 13 Nov. - Sebagai balasan kerana dibenarkan bekerja lima hari seminggu, kesatuan-kesatuan guru menyatakan kesanggupan untuk bertugas sembilan jam sehari.
Kesatuan-kesatuan itu menegaskan, golongan guru tidak mempunyai masalah untuk bekerja sehingga petang seperti yang dilalui oleh kakitangan awam lain. (kalo aku, tak sanggup!!!)
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Ismail Nihat berkata, pada dasarnya semua guru sanggup bekerja sembilan jam dan mengikut pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), waktu bekerja kakitangan awam ialah tidak kurang daripada 38 jam seminggu.
``Sepatutnya, kalau dah bekerja lima hari seminggu, aktiviti-aktiviti kokurikulum perlu diadakan pada waktu sekolah, kemungkinan pada sebelah petang,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Ismail diminta mengulas mengenai kesediaan kerajaan meluluskan waktu bekerja lima hari seminggu seperti dinikmati oleh kakitangan awam lain.
Kesediaan kerajaan itu dicapai semasa Majlis Mesyuarat Permuafakatan Kementerian Pelajaran di Miri, Sarawak di antara Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahamad Sipon dengan 24 kesatuan dan persatuan guru yang berakhir semalam.
Selasa lalu, sebanyak 14 kesatuan guru di negara ini secara rasmi menuntut hak bekerja lima hari seminggu seperti yang dinikmati oleh kakitangan awam. (diorg2 nih larr yang beria benar nih..)
Para pemimpin kesatuan itu berpendapat, adalah tidak adil bagi guru-guru mengorbankan cuti hujung minggu dengan tugasan dalam dan luar sekolah ketika kakitangan awam lain menikmati cuti hujung minggu.
Pada masa ini, sebahagian besar daripada 300,000 orang guru terpaksa bekerja pada hari Sabtu sama ada atas arahan pentadbir atau menghabiskan tugasan yang tidak sempat disiapkan pada hari bekerja.
Sehubungan itu Ismail berkata, bagi memantapkan sistem bekerja lima hari seminggu itu serta memudahkan ia dilaksanakan, semua sekolah perlu berjalan dalam satu sesi. (sekolah yang selama nih 2 sesi camne pulak?)
Presiden Kesatuan Guru-Guru Malaysia Barat (KGGMB), Prof. Madya Dr. Rahman Daud pula menyatakan, kesatuan itu bersetuju dengan apa juga ketetapan kerajaan berikutan kesediaan untuk meluluskan waktu bekerja lima hari seminggu termasuk mengikut waktu kerja seperti kakitangan awam lain.
Beliau memberitahu, dulu pun guru memang bekerja lima hari seminggu.
``Oleh itu saya harap sekolah-sekolah akan dapat menyusun jadual dengan terperinci serta menyatakan dengan jelas aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sekiranya waktu bekerja selama sembilan jam. (sure ramai cikgu2 merungut nye larr..byk ooo nak kena plan balik kalo dah gitu)
``Perlu dirancang dengan teliti program kokurikulum yang akan dilaksanakan pada sebelah petang,'' katanya.
Sementara Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa dan Guru Nasional, Profesor Madya Dr. Mohd. Ali Hassan menegaskan, sekiranya guru-guru bekerja lima hari seminggu maka waktu bekerja juga mesti selari dengan kakitangan awam lain iaitu sembilan jam sehari.
Adil
Katanya, itulah yang sepatutnya kerana ia selari dengan jumlah hari dan waktu bekerja kakitangan awam yang bukan dari golongan guru.
``Kerja selama sembilan jam untuk guru sekiranya kerajaan meluluskan waktu bekerja lima hari juga perlu dilaksanakan agar ia adil dengan kakitangan awam lain.
``Kalau waktu bekerja lima hari tetapi jumlah masa tidak sampai sembilan jam,itu tidak adil kepada kakitangan awam lain,'' katanya.
Mohd. Ali bagaimana berpendapat bahawa profesion perguruan tidak boleh disamakan dengan kakitangan awam lain.
Ujar beliau, profesion perguruan mempunyai falsafah dan komitmen sebagai pendidik.
Tegasnya, beliau tetap berpendapat bahawa guru perlu berkerja tanpa mengira batas waktu.
Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru-Guru Besar Malaysia, Awang Mohamad juga berpendapat bahawa guru perlu dilihat sebagai pendidik bukan kakitangan awam.
Ujar beliau, sekiranya guru dilihat sebagai kakitangan awam maka kena ikut macam kakitangan lain iaitu kerja lima hari seminggu dengan waktu kerja selama sembilan jam sehari.
``Golongan guru juga perlu melaksanakan berpuluh-puluh program yang dilaksanakan oleh kakitangan awam lain,'' katanya.
Sementara itu Dr. Ahamad ketika dihubungi memberitahu, resolusi yang dicapai hasil pertemuan dengan kesatuan dan persatuan guru itu akan diumumkan pada hari Isnin atau Selasa ini.
AKU: macam2 betul larr diorg nih..dari duk sembilan jam kat sekolah...aku rela dtg hari sabtu. Percaya larr...tak suma cikgu setujunye!!! huhuhu...orang atasan punye kesah larr nih.
posted by NuRuL @ Monday, November 14, 2005  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home