:: About Me ::
Name:NuRuL SaLeHaH MoHd YuSoF
Hometown:PeRaK
See my complete profile
Previous Post
Archives
:: ShOuTBoX ::



:: Sembang-sembang ::



:: Friends ::
:: Links ::
:: FoToPaGes ::
:: Education ::
:: Powered by ::

Isnaini Dot Com

BLOGGER

 

 

 
  Sunday, November 13, 2005  
 
 
untuk cikgu2..
Guru kerja 5 hari -- Rumusan Majlis Mesyuarat Permuafakatan Kementerian Pelajaran

MIRI 12 Nov. - Berita gembira kepada lebih 300,000 orang guru di negara ini apabila kerajaan dipercayai bersetuju meluluskan waktu bekerja lima hari seminggu kepada golongan itu seperti yang dinikmati oleh kakitangan awam lain.
Rumusan ke arah itu dicapai pada Majlis Mesyuarat Permuafakatan Kementerian Pelajaran yang berakhir di sini hari ini.
Menurut sumber, isu kerja lima hari seminggu bagi guru-guru menjadi perbincangan utama pada mesyuarat yang dihadiri oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahamad Sipon bersama pengarah-pengarah pelajaran negeri dan 24 kesatuan perguruan di negara ini.
``Pengumuman rasmi mengenai berita baik ini dijangka dibuat sendiri oleh Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein setelah Ahamad memberi taklimat kepadanya,'' katanya kepada Mingguan Malaysia.
Selasa lalu, sebanyak 14 kesatuan guru di negara ini secara rasmi menuntut hak bekerja lima hari seminggu seperti yang dinikmati oleh kakitangan awam lain.
Para pemimpin kesatuan itu berpendapat, adalah tidak adil bagi guru-guru mengorbankan cuti hujung minggu dengan tugasan dalam dan luar sekolah ketika kakitangan awam lain menikmati cuti hujung minggu.
Pada masa ini, sebahagian besar daripada 300,000 orang guru terpaksa bekerja pada hari Sabtu sama ada atas arahan pentadbir atau menghabiskan tugasan yang tidak sempat disiapkan pada hari bekerja.
Sementara itu, Ahamad yang ditemui pemberita selepas tamat mesyuarat di Hotel Dynasty, Miri berkata, perbincangan dengan 24 kesatuan dan persatuan guru dari seluruh negara berhubung tuntutan kerja lima hari seminggu hari ini `membuahkan hasil yang positif'.
``Saya mungkin bertemu dengan beliau (Hishammuddin) berhubung hasil pertemuan ini pada Isnin atau Selasa ini. Buat masa ini saya cuma boleh katakan ia mempunyai petanda positif,'' katanya.
Setakat ini, jelas Ahamad, beliau hanya boleh menyatakan bahawa perjumpaan itu telah mencapai persetujuan dan memberi petanda positif dalam memantapkan kecemerlangan pendidikan negara.
``Saya tidak dapat maklumkan keputusan yang telah dicapai. Tunggulah sehingga saya memberikan taklimat kepada Menteri Pelajaran sekembali saya ke Kuala Lumpur nanti.
Ditanya sama ada perjumpaan di sini turut membincangkan soal elaun guru, Ahamad berkata, perkara itu tidak disentuh.
Mengenai mesyuarat permuafakatan perguruan yang bermula semalam, beliau berkata, ia antara lain membincangkan usaha memartabatkan profesion perguruan negara.
``Kita tekankan bahawa apa sahaja kegiatan kokurikulum harus dijalankan dengan sebaik-baiknya, demi meningkatkan profesion perguruan,'' katanya.

AKU : Kalau cikgu tuh jenis yang tak kisah, betul2 nak students success, tak kisah larr nak kena datang ari sabtu pon!!!
posted by NuRuL @ Sunday, November 13, 2005  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home