|
|
Monday, November 14, 2005 |
|
|
|
|
|
Pulak dah |
Guru sanggup kerja sembilan jam sehari KUALA LUMPUR 13 Nov. - Sebagai balasan kerana dibenarkan bekerja lima hari seminggu, kesatuan-kesatuan guru menyatakan kesanggupan untuk bertugas sembilan jam sehari. Kesatuan-kesatuan itu menegaskan, golongan guru tidak mempunyai masalah untuk bekerja sehingga petang seperti yang dilalui oleh kakitangan awam lain. (kalo aku, tak sanggup!!!) Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Ismail Nihat berkata, pada dasarnya semua guru sanggup bekerja sembilan jam dan mengikut pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), waktu bekerja kakitangan awam ialah tidak kurang daripada 38 jam seminggu. ``Sepatutnya, kalau dah bekerja lima hari seminggu, aktiviti-aktiviti kokurikulum perlu diadakan pada waktu sekolah, kemungkinan pada sebelah petang,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. Ismail diminta mengulas mengenai kesediaan kerajaan meluluskan waktu bekerja lima hari seminggu seperti dinikmati oleh kakitangan awam lain. Kesediaan kerajaan itu dicapai semasa Majlis Mesyuarat Permuafakatan Kementerian Pelajaran di Miri, Sarawak di antara Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahamad Sipon dengan 24 kesatuan dan persatuan guru yang berakhir semalam. Selasa lalu, sebanyak 14 kesatuan guru di negara ini secara rasmi menuntut hak bekerja lima hari seminggu seperti yang dinikmati oleh kakitangan awam. (diorg2 nih larr yang beria benar nih..) Para pemimpin kesatuan itu berpendapat, adalah tidak adil bagi guru-guru mengorbankan cuti hujung minggu dengan tugasan dalam dan luar sekolah ketika kakitangan awam lain menikmati cuti hujung minggu. Pada masa ini, sebahagian besar daripada 300,000 orang guru terpaksa bekerja pada hari Sabtu sama ada atas arahan pentadbir atau menghabiskan tugasan yang tidak sempat disiapkan pada hari bekerja. Sehubungan itu Ismail berkata, bagi memantapkan sistem bekerja lima hari seminggu itu serta memudahkan ia dilaksanakan, semua sekolah perlu berjalan dalam satu sesi. (sekolah yang selama nih 2 sesi camne pulak?) Presiden Kesatuan Guru-Guru Malaysia Barat (KGGMB), Prof. Madya Dr. Rahman Daud pula menyatakan, kesatuan itu bersetuju dengan apa juga ketetapan kerajaan berikutan kesediaan untuk meluluskan waktu bekerja lima hari seminggu termasuk mengikut waktu kerja seperti kakitangan awam lain. Beliau memberitahu, dulu pun guru memang bekerja lima hari seminggu. ``Oleh itu saya harap sekolah-sekolah akan dapat menyusun jadual dengan terperinci serta menyatakan dengan jelas aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sekiranya waktu bekerja selama sembilan jam. (sure ramai cikgu2 merungut nye larr..byk ooo nak kena plan balik kalo dah gitu) ``Perlu dirancang dengan teliti program kokurikulum yang akan dilaksanakan pada sebelah petang,'' katanya. Sementara Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa dan Guru Nasional, Profesor Madya Dr. Mohd. Ali Hassan menegaskan, sekiranya guru-guru bekerja lima hari seminggu maka waktu bekerja juga mesti selari dengan kakitangan awam lain iaitu sembilan jam sehari. Adil Katanya, itulah yang sepatutnya kerana ia selari dengan jumlah hari dan waktu bekerja kakitangan awam yang bukan dari golongan guru. ``Kerja selama sembilan jam untuk guru sekiranya kerajaan meluluskan waktu bekerja lima hari juga perlu dilaksanakan agar ia adil dengan kakitangan awam lain. ``Kalau waktu bekerja lima hari tetapi jumlah masa tidak sampai sembilan jam,itu tidak adil kepada kakitangan awam lain,'' katanya. Mohd. Ali bagaimana berpendapat bahawa profesion perguruan tidak boleh disamakan dengan kakitangan awam lain. Ujar beliau, profesion perguruan mempunyai falsafah dan komitmen sebagai pendidik. Tegasnya, beliau tetap berpendapat bahawa guru perlu berkerja tanpa mengira batas waktu. Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru-Guru Besar Malaysia, Awang Mohamad juga berpendapat bahawa guru perlu dilihat sebagai pendidik bukan kakitangan awam. Ujar beliau, sekiranya guru dilihat sebagai kakitangan awam maka kena ikut macam kakitangan lain iaitu kerja lima hari seminggu dengan waktu kerja selama sembilan jam sehari. ``Golongan guru juga perlu melaksanakan berpuluh-puluh program yang dilaksanakan oleh kakitangan awam lain,'' katanya. Sementara itu Dr. Ahamad ketika dihubungi memberitahu, resolusi yang dicapai hasil pertemuan dengan kesatuan dan persatuan guru itu akan diumumkan pada hari Isnin atau Selasa ini.
AKU: macam2 betul larr diorg nih..dari duk sembilan jam kat sekolah...aku rela dtg hari sabtu. Percaya larr...tak suma cikgu setujunye!!! huhuhu...orang atasan punye kesah larr nih. |
posted by NuRuL @ Monday, November 14, 2005 |
|
|
|
|
|
|
|
Sunday, November 13, 2005 |
|
|
|
|
|
untuk cikgu2.. |
Guru kerja 5 hari -- Rumusan Majlis Mesyuarat Permuafakatan Kementerian Pelajaran
MIRI 12 Nov. - Berita gembira kepada lebih 300,000 orang guru di negara ini apabila kerajaan dipercayai bersetuju meluluskan waktu bekerja lima hari seminggu kepada golongan itu seperti yang dinikmati oleh kakitangan awam lain. Rumusan ke arah itu dicapai pada Majlis Mesyuarat Permuafakatan Kementerian Pelajaran yang berakhir di sini hari ini. Menurut sumber, isu kerja lima hari seminggu bagi guru-guru menjadi perbincangan utama pada mesyuarat yang dihadiri oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahamad Sipon bersama pengarah-pengarah pelajaran negeri dan 24 kesatuan perguruan di negara ini. ``Pengumuman rasmi mengenai berita baik ini dijangka dibuat sendiri oleh Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein setelah Ahamad memberi taklimat kepadanya,'' katanya kepada Mingguan Malaysia. Selasa lalu, sebanyak 14 kesatuan guru di negara ini secara rasmi menuntut hak bekerja lima hari seminggu seperti yang dinikmati oleh kakitangan awam lain. Para pemimpin kesatuan itu berpendapat, adalah tidak adil bagi guru-guru mengorbankan cuti hujung minggu dengan tugasan dalam dan luar sekolah ketika kakitangan awam lain menikmati cuti hujung minggu. Pada masa ini, sebahagian besar daripada 300,000 orang guru terpaksa bekerja pada hari Sabtu sama ada atas arahan pentadbir atau menghabiskan tugasan yang tidak sempat disiapkan pada hari bekerja. Sementara itu, Ahamad yang ditemui pemberita selepas tamat mesyuarat di Hotel Dynasty, Miri berkata, perbincangan dengan 24 kesatuan dan persatuan guru dari seluruh negara berhubung tuntutan kerja lima hari seminggu hari ini `membuahkan hasil yang positif'. ``Saya mungkin bertemu dengan beliau (Hishammuddin) berhubung hasil pertemuan ini pada Isnin atau Selasa ini. Buat masa ini saya cuma boleh katakan ia mempunyai petanda positif,'' katanya. Setakat ini, jelas Ahamad, beliau hanya boleh menyatakan bahawa perjumpaan itu telah mencapai persetujuan dan memberi petanda positif dalam memantapkan kecemerlangan pendidikan negara. ``Saya tidak dapat maklumkan keputusan yang telah dicapai. Tunggulah sehingga saya memberikan taklimat kepada Menteri Pelajaran sekembali saya ke Kuala Lumpur nanti. Ditanya sama ada perjumpaan di sini turut membincangkan soal elaun guru, Ahamad berkata, perkara itu tidak disentuh. Mengenai mesyuarat permuafakatan perguruan yang bermula semalam, beliau berkata, ia antara lain membincangkan usaha memartabatkan profesion perguruan negara. ``Kita tekankan bahawa apa sahaja kegiatan kokurikulum harus dijalankan dengan sebaik-baiknya, demi meningkatkan profesion perguruan,'' katanya.
AKU : Kalau cikgu tuh jenis yang tak kisah, betul2 nak students success, tak kisah larr nak kena datang ari sabtu pon!!!
|
posted by NuRuL @ Sunday, November 13, 2005 |
|
|
|
|
|
|
|
Saturday, November 12, 2005 |
|
|
|
|
|
KaWaNku KAwEn!!! |
2 hari berturut2 aku dapat SMS orang nak kawen nih. Semalam, sue gtau yang Chah ngan Azam nak nikah bulan depan, aku dah agak dah sbb sblm praktikal ari tuh diorg nih dah engaged pon. Nikah bln 12, kenduri bulan 5 nanti. Tup2 pagi tadi, tgh leka tgk tv dpt SMS dari Kak Na, mintak add umah coz dia nak antar kad jemputan kawin. Quite shock...sebabnye time sembang2 dulu, die ckp nak tunggu abes study..jodoh dah sampai agaknye. Tingin nak tgk member yg same2 study naik pelamin...mana tau kot2 terkena badi diorg nih (erk!!!) tapi jauh sgt larr Kak Na nyer tmpt nih..nun di ganu sane!!! Kirenye diorg nih, dalam borang posting nanti, status tuh dah leh tulis BERKAHWIN larr...kire save larr kot, tak yah kena antor posting jauh2. Nih salah satu sebab gak kot naper diorg nih amik keputusan nak kawen awal. Bukak sem nih leh larr tanya perasan diorg yang dah bergelar isteri nih..kuang..kuang. Hopefully dua2 orang member aku nih berbahagia hendaknye sehingga ke hujung nyawa..diberkati dan dirahmati olehNya..doa aku sebagai seorang kawan!!! |
posted by NuRuL @ Saturday, November 12, 2005 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|