|
|
Thursday, August 31, 2006 |
|
|
|
|
|
Cerita terbaru |
Secara rasminya, dah dua hari aku kerja sebagai pembantu koperasi di MRSM Lenggong. Apa nak dikata ? Dua tiga orang aku hantar SMS meluahkan kekesalan ( boleh lar nak dikatakan gitu) sebaik saja aku balik rumah untuk waktu rehat..huhu. Kata lar nak kata aku mengada pun..tapinya aku cukup tak puas hati bila mana tauke koperasi tuh lepas tangan tinggalkan aku sorang-sorang nak handle budak-budak yang datang beli, entah kemana dia pergi time tuh aku pun tak tahu.. dengan keadaan aku yang baru mula kerja, tak tahu menahu langsung harga barang-barang, sudah lar takde tinggalkan senarai harga, tanda harga pun takde diorg letak..ish apa punya berniaga lar nih..Mujur jugak lar budak-budak tuh faham situasi aku yang baru mula kerja tuh. Habis waktu rehat, dengan selambanya dia datang tanya aku “budak dah rehat yer”..ish rasa nak pelempang pun ada pada muka dia yang tersengih-sengih tuh. Dia juga awal-awal bagitau aku waktu rehat budak-budak kul 10.20..jangan lar assume mcm aku tau suma harga barang-barang tuh. Satu hal yang aku tak puas hati. Lebih menyulitkan keadaan, bila tiba-tiba dia bagitau dalam sebulan aku hanya boleh cuti 2 kali saja. Oh my god!!! Time tuh memang aku rasa mcm hilang life aku jer..huhu. dengan Gaji RM 350, Kerja dari kul 9.30 pagi sampai 6.00 petang..aku pikir nak berenti jer..huhu..gila betul.baru sehari keja aku dah tak tahan. Mungkin juga lar sindrom PMS ditambah dengan senggugut sama membuatkan aku rasa tekanan, betul-betul 1st day pulak tuh..Balik ke rumah, aku ngadu kat mak..seperti biasa mak akan akan cakap “biasa lar mula-mula”..huhu..tapi nampaknya ayah macam di pihak aku..cumanya Mak cakap kat ayah “ jangan manjakan sangat, biar dia tahu susah cari rezeki” huhu..aku dah nekad..kalau lah sebulan nih aku masih berperasaan yang sama..aku rela berenti..cukup lar dengan duit poket yang ayah bagi saja sementara untuk tunggu posting nih. Betul juga kata sorang member aku dulu, sementara ada peluang duduk di rumah sebelum keje, rehat lar puas-puas!!! Tapinya dalam pada tak best, ada jugak yang bestnya..nak handle budak-budak nih aku tak kisahkan sangat..masih bisa diatur lagi.. buat aku teringat pulak time di Kulim dulu-dulu yang mana koperasi memang jadi tempat singgahan wajib dalam sehari tuh. Ehmm..tak tahu lar sampai bila aku sanggup bertahan. |
posted by NuRuL @ Thursday, August 31, 2006 |
|
|
|
|
|
|
|
Saturday, August 26, 2006 |
|
|
|
|
|
HATIKU DI HARAJUKU |
Agak lama aku tak baca novel..masa di rumah banyak dihabiskan dengan menonton program-program tv. Baru nih saja aku sempat membaca satu novel baru ‘Hatiku di Harajuku’ adalah karya terbaru Ramlee Awang Murshid, walaupun novel-novel beliau takde dalam koleksi simpanan novel-novel aku, tapi setiap kali ada novel terbaru karyanya, aku pasti tak akan lepaskan berpeluang untuk bacanya. Rata-rata peminat saudara Ramlee sure sudah boleh agak yang novel-novel beliau kebanyakan novel thriller.. dan novel kali nih masih tema yang sama tapi turut diselitkan elemen-elemen percintaan. Kisah percintaan Yakuza ( kalau tak silap yakuza boleh jugak nak dikatakan seperti kumpulan kongsi gelap, kalau salah mintak maap banyak-banyak). Kenapa Harajuku? Di Harajuku lah watak utama dalam novel nih iaitu Ryu Watanabe bertemu dengan Noriko yang merupakan anak pada ketua kumpulan Yakuza, atas sebab itu lar Ryu Watanabe bersunguh-sungguh untuk meceburi kumpulan Yakuza..kisah percintaan antara mereka di jepun banyaknya flashback 5 tahun sebelumnya. Dan ada juga kisah Risham dan Sabrina di restoran makanan jepun milik Sabrina di Kuala Lumpur. Awal-awal membaca novel nih aku dah mula tertarik dengan watak Risham yang lurus bendul dan digambarkan seperti bodoh kepalang..siapa sangka ada misteri di sebalik wataknya itu. Tak payah lar aku ceritakan apa yang misterinya, tak best pulak nanti untuk orang yang minat membaca novel nih. Apa yang thrillernya novel ini? Yakuza di jepun terkenal dengan keganasan dan juga semangat untuk mempertahankan Yakuka masing-masing. Pandai bermain pedang salah satu jugak ciri-ciri yakuza..akan terasa pedih hati ini bila ada part yang mana ceritakan bagaimana pedang menusuk ke dalam hati. Selain itu yang aku rasa agak ngilu part dalam novel ini bilamana diceritakan bila seseorang yakuza itu gagal melaksanakan arahan dari ketuanya, maka dia akan menjalani satu upacara ( aku kurang pasti apa nama upacara tuh..yubi tsame tak silap lar) yang mana yakuza tersebut dikehendaki memotong jari kelingkingnya. Saudara Ramlee nampaknya berjaya menceritakan secara terperinci hinggakan aku jadi ngilu sangat. Yang menariknya, novel nih jugak turut menyelitkan dialog-dialog jepun tapi disebabkan rushing nak habiskan novel nih, aku hanya terus baca terjemahan dalam bahasa melayunya. Dalam pada menceritakan keganasan yakuza, Saudara Ramlee masih tidak lupa selitkan unsur-unsur islamik, pengajarannya jangan merasakan diri tidak dirahmati kerana disebabkan perasaan itu lah Ryu Watanabe terjebak dalam duni Yakuza.Terasa seperti mahu jadikan buku nih salah satu koleksi aku, bila bacanya buatkan aku terasa eager sangat nak menjejakkan kaki ke bumi sakura nih..bila lar gamaknya kan???
"Tou Ô hanashite mouraimas" ( biarkan pedang berkata-kata) |
posted by NuRuL @ Saturday, August 26, 2006 |
|
|
|
|
|
|
|
Friday, August 25, 2006 |
|
|
|
|
|
Cerita Konvo yang masih belum basi..hehe |
Alhamdulillah, 4 tahun mengharungi suka duka..akhirnya telah bergelar graduan USM Sebak rasanya masa menyanyikan lagu Menara Ilmu di dalam dewan that day.. selesai saja upacara, sebaik-baik keluar dari dewan, langsung tak berpeluang nak berkumpul ngan member-member satu course.. Ada lar jugak kami menunggu dalam 5-10 minit tapi cukup payah nak tunggu yang lain berkumpul balik lagi pun masa tuh masing-masing macam tak sampai hati nak biarkan famili-famili sendiri menunggu.. jadinya kami terus berkumpul ngan famili saja. Tak de pun acara baling-baling topi nih..huhu..jeles tengok budak-budak course lain yang konvo sebelum2 nih gather sama-sama. Takde rezeki kan. 4-5 hari jugak lar aku di USM untuk konvo nih, mujur lar ada tempat menginap ( thanks to Mas). Hampir 3-4 bulan bercuti di rumah masa ini lar dapat berjumpa dengan member-member cumanya kami tak banyak masa yang habiskan sama-sama, masing-masing ada jer komitmen lain. Balik ke rumah selasa baru-baru nih, aku diserang demam + selsema, ada kaitannya dengan konvo jugak lar sebab di sana aku macam tak cukup rehat, waktu makan tak menentu dan juga langsung tak buat apa-apa exercise. Oh ya, Modem laptop aku dah diperbaiki.jadinya dapat lar aku isi masa yang boring nanti dengan melayari internet:) Dan satu lagi, gambar konvo udah diapdet..sila lar ke fotopages hamba di sini. |
posted by NuRuL @ Friday, August 25, 2006 |
|
|
|
|
|
|
|
Wednesday, August 23, 2006 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Wednesday, August 02, 2006 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|