:: About Me ::
Name:NuRuL SaLeHaH MoHd YuSoF
Hometown:PeRaK
See my complete profile
Previous Post
Archives
:: ShOuTBoX ::



:: Sembang-sembang ::



:: Friends ::
:: Links ::
:: FoToPaGes ::
:: Education ::
:: Powered by ::

Isnaini Dot Com

BLOGGER

 

 

 
  Saturday, August 26, 2006  
 
 
HATIKU DI HARAJUKU


Agak lama aku tak baca novel..masa di rumah banyak dihabiskan dengan menonton program-program tv. Baru nih saja aku sempat membaca satu novel baru  ‘Hatiku di Harajuku’ adalah karya terbaru Ramlee Awang Murshid, walaupun novel-novel beliau takde dalam koleksi simpanan novel-novel aku, tapi setiap kali ada novel terbaru karyanya, aku pasti tak akan lepaskan berpeluang untuk bacanya. Rata-rata peminat saudara Ramlee sure sudah boleh agak yang novel-novel beliau kebanyakan novel thriller.. dan novel kali nih masih tema yang sama tapi turut diselitkan elemen-elemen percintaan. Kisah percintaan Yakuza ( kalau tak silap yakuza boleh jugak nak dikatakan seperti kumpulan kongsi gelap, kalau salah mintak maap banyak-banyak). Kenapa Harajuku? Di Harajuku lah watak utama dalam novel nih iaitu Ryu Watanabe bertemu dengan Noriko yang merupakan anak pada ketua kumpulan Yakuza, atas sebab itu lar Ryu Watanabe bersunguh-sungguh untuk meceburi kumpulan Yakuza..kisah percintaan antara mereka di jepun banyaknya flashback 5 tahun sebelumnya. Dan ada juga kisah Risham dan Sabrina di restoran makanan jepun milik Sabrina di Kuala Lumpur. Awal-awal membaca novel nih aku dah mula tertarik dengan watak Risham yang lurus bendul dan digambarkan seperti bodoh kepalang..siapa sangka ada misteri di sebalik wataknya itu. Tak payah lar aku ceritakan apa yang misterinya, tak best pulak nanti untuk orang yang minat membaca novel nih. Apa yang thrillernya novel ini? Yakuza di jepun terkenal dengan keganasan dan juga semangat untuk mempertahankan Yakuka masing-masing. Pandai bermain pedang salah satu jugak ciri-ciri yakuza..akan terasa pedih hati ini bila ada part yang mana ceritakan bagaimana pedang menusuk ke dalam hati. Selain itu yang aku rasa agak ngilu part dalam novel ini bilamana diceritakan bila seseorang yakuza itu gagal melaksanakan arahan dari ketuanya, maka dia akan menjalani satu upacara ( aku kurang pasti apa nama upacara tuh..yubi tsame tak silap lar) yang mana yakuza tersebut dikehendaki memotong jari kelingkingnya. Saudara Ramlee nampaknya berjaya menceritakan secara terperinci hinggakan aku jadi ngilu sangat. Yang menariknya, novel nih jugak turut menyelitkan dialog-dialog jepun tapi disebabkan rushing nak habiskan novel nih, aku hanya terus baca terjemahan dalam bahasa melayunya. Dalam pada menceritakan keganasan yakuza, Saudara Ramlee masih tidak lupa selitkan unsur-unsur islamik, pengajarannya jangan merasakan diri tidak dirahmati kerana disebabkan perasaan itu lah Ryu Watanabe terjebak dalam duni Yakuza.Terasa seperti mahu jadikan buku nih salah satu koleksi aku, bila bacanya buatkan aku terasa eager sangat nak menjejakkan kaki ke bumi sakura nih..bila lar gamaknya kan???

"Tou Ô hanashite mouraimas" ( biarkan pedang berkata-kata)
posted by NuRuL @ Saturday, August 26, 2006  
1 Comments:
  • At 9:47 AM, Blogger AL MUAZIL said…

    emmmm mmg best cite tu..saya 2x katam taw..cite tu mcm guna bahan fakta..sebenarnya sy bukan minat baca novel alasan saya novel tu memerlukan masa lama tok mengetahui jalan citenya..tp selepas terdengar sinopsisnya saya terus tertarik tok mem bacanya..so klu awak nak jumpe dengan ryu dan noriko awak boleh pergi ke genting lah,dan cari satu ladang strawbery pastu signboard HARAJUKU..jumpe lah....he he he

     
Post a Comment
<< Home