Tahun ini sambutan hari guru sekolah saya lain daripada yang lain.
Kami cikgu-cikgu di agih-agihkan kepada stesen-stesen. Di setiap stesen, cikgu-cikgu akan memperlihatkan bakat masing-masing..
Stesen 1-Masakan Saya diberi tugas di stesen ini..Tau lar saya nih terer memasak kan..haha..perasan.. Acara masak memasaknye dah di jalankan semalam. Disebabkan saya dah pegi beronggeng di Shah Alam, makanya hari ini baru saya tunjuk muka.
Di stesen ini, pelajar-pelajar akan dapat menikmati juadah-juadah free hasil air tangan cikgu-cikgunya nih..ha..bukan senang tau cikgu nak memasak untuk anak murid. Menunya : Nasi lemak, bubur kacang, muffin coklat.Kami ada lar baca sikit-sikit jampi serapah supaya nanti pelajar-pelajar itu akan sayang sokmo pada cekgu-cekgunya nih..haha.kamu-kamu semua tolong simpan rahsia ya. Stesen 2- Mencanting batikStesen 3- KraftanganStesen 4- Pameran sijil-sijil guruAcara terakhir : Persembahan pelajarTeater : Kerana Aku Seorang Guru Sketsa dari Pelajar Pendidikan Khas Maaf ya..Aktiviti di stesen-stesen lain tidak dapat di explain dengan lebih lanjut. Saya sangat sibuk menjaga gerai yang tak putus-putus dikunjungi ramai itu. Nak tau...disebabkan asyik melayan anak-anak murid makan saya, Kak Yanie, dan Kak Sal langsung terlepas acara jamuan untuk guru-guru. Naik ke bilik guru..juadah-juadah hanya tinggal serdak!!! Waa..sangat sadis..sapa pun tak ingat kat kami!!! Tapi..takpe..nasib baik hari ini mood masing-masing sangat baik..layan je lar!!! Tadi..masa nak announce anugerah untuk guru-guru, seorang cikgu bagitau kat saya.. "Nurul tau tak, nama nurul dalam top 5 list vote untuk cikgu Lemah lembut" Haha..lawak betul rasanya. Saya yang selalu marah-marah..jerit-jerit ini dikatakan lemah lembut..adeh..deh!!! Tapi iya..saya belum cukup lemah lembut untuk dapat anugerah itu..biar orang yang lebih berhak menerimanya..hehe!!! Hadiah??? Ada larr dalam 3-4 lori..muahaha..perasan!!!
|
wah... bestnya diraikan...
tapikan teater tuh mesti kelakar kan..
ala ingat lagi wat persembahan macam tuh, msti tak gempak... last minute punya keje... huhuhu
adiah 3 4 lori??? mmg pasan...
awak.. awak tak leh sengal2 kat sini... awak kan ayu & lemah lembut... ala2 perempuan melayu terakhir gitu...
huhuhu