:: About Me ::
Name:NuRuL SaLeHaH MoHd YuSoF
Hometown:PeRaK
See my complete profile
Previous Post
Archives
:: ShOuTBoX ::



:: Sembang-sembang ::



:: Friends ::
:: Links ::
:: FoToPaGes ::
:: Education ::
:: Powered by ::

Isnaini Dot Com

BLOGGER

 

 

 
  Thursday, May 01, 2008  
 
 
Hari ini hari cuti...yihaa!!!
Selamat hari bekerja untuk semua-semua pekerja di Malaysia..memandangkan hari ini hari cuti..saya mau membayar hutang-hutang tag yang telah tertangguh sekian lama itu.. lagi lama di simpan lagi banyak kang yang terkumpul huhu.

Tag yang pertama dari Khairnaj- 5 link pautan kegemaran
1. www.yahoo.com
Untuk saya check email

2. www.blogger.com
Untuk saya apdet blog ini.

3. http:/.nurulsensei.blogspot.com
Untuk check apa2 komen..klik link kawan-kawan yang ada disebelah nun.

4. www. friendster.com
Untuk saya tengok apa-apa yang latest pasal kawan-kawan saya.

5. Forum cari
Saya suka layan forum..dulu2 rajin jugak saya mengaktifkan diri dalam forum ini..tapi skang hanya jadi silent reader.

Tag kedua dari Encik Kamal- yang ini nasib baik copy paste saje
~~Begin Copy~~


This is the easiest way and the fastest way to :
1. Make your Authority Technorati explode
2. Increase your Google Page Rank.
3. Get more traffic to your blog.
4. Make more new friends.

Rules :
1. Start copy from “Begin Copy” until “End Copy” to your blog.
2. Put your own blog name and link.
3. Tag your friends as much as you can.


1. Picturing of Life
2. Juliana’s Site
3. Shower Your Children With Love - The Right Way
4. Life’s a journey, not a destination
5. Simple Life
6. Life is beautiful; Life is love
7. Lovely Mummy
8. Lemonjude
9. Faith,Hope,Love
10. Newife Blog
11. Good things in life…
12. …the Guru-Guru life…
13. Ezooone
14. mangosteenskin
15. restnrileks
16. Nikli
17. Lindosh
18. ak_0143

19. Nurul sensei

~~End Copy~~

Tag ketiga dari cikgu jawe- 8 perkara yang ingin di beritahu kepada rakan-rakan blog tentang diri saya.

1. Nama penuh saya seperti yang tertera di sebelah itu. Tapi antara Nurul dan Salehah, saya lebih senang di sapa dengan panggilan Nurul. 'Nurul' saya rasa lebih mesra. Kalau ada yang membahasakan diri saya 'Salehah' saya rasa agak janggal dan macam baik sangat lar pulak.

2. Berasal dari nun di Hulu Perak dan kini mengajar di salah sebuah sekolah di Hulu Selangor. Kirenya saya nih merantau dari Hulu Perak ke Hulu Selangor. Agaknya saya nih sinonim dengan daerah hulu-hulu nih kot :)

3. Lahir pada 8 Mac 1983. Ringkasnya 8/3/83. Jadinya saya sangat suka kombinasi 8383 ini. Kalaulah ada rezeki, plat keta saya nanti saya nak tempah nombor ini. Malah hantaran kawen saya nanti pon saya nak letak RM 8383.00. Huahua..berangan!!!

4.Anak sulung dan merupakan kakak kepada 6 orang adik yang semuanya hero-hero belaka. Saya seorang saja anak pompuan dalam famili, jadi boleh lar nak dikatakan anak manja..hehe. Tapi manja sikit jer pon.

5. Kalau CikguJawe ngan Encik Acai berketurunan Melayu Jawa, saya pulak sebenarnya berketurunan Melayu Banjar. Tapi dari kecik sampai lar besar panjang ini, hanya satu patah perkataan Banjar yang saya tau..
Kulaan yang bermaksud Saudara. Yang lainnya..haram tak tau!!! Huhu.. Bila balik kampung ayah, kami adik beradik boleh melopong je larr dengar ayah dan atok-atok sedara berborak.

6. Saya tak reti nak marah orang, dari mula saya praktikal sampai lar saya mengajar ini, komen yang saya terima dari students. " cikgu marah macam tak marah" waa...sadis betul lar.

7. Antara memasak dan mengemas rumah, saya lebih suka memasak. Dan antara memasak lauk pauk dengan memasak kuih muih, saya lebih suka memasak lauk pauk.. Memasak kuih muih nih macam remeh jer rasenya..pastu asyik fail je larr..haha..alasan!!!

8. Feveret kaler saya adalah biru. Kalau beli apa2 barang, kaler biru mesti jadi pilihan utama. Baju-baju kurung saya pon kebanyakannya kaler biru. Sampaikan kalau pegi pilih kain, member-member saya akan cakap.. 'sudah-sudah lar warna biru'. Bagi saya kaler biru nih memberi ketenangan..jadi saya sangat suka tengok langit dan jugak laut..cewaah!!!

wah..siap akhirnya tag-tag ini..saya tak mau mengetag orang lain..kalau sesiapa rasa rajin nak buat, buat lar ya!!! Hari ini hari cuti..jadi saya mau berehat..beshnyeee tak yah pegi sekolah.haha!!!
posted by NuRuL @ Thursday, May 01, 2008  
11 Comments:
  • At 11:54 AM, Blogger Kasawari said…

    mak ahhh.. sampai tiga tag sekali jawap.. cayalah..

    bagus tu tak suka marah orang.. mesti selalu dimarah jer kot.. he he

     
  • At 12:53 PM, Blogger AK said…

    huhu thanks sebab wat tag tuh...
    tgh rehat selepas fasa pertama exam la cikgu... cikgu nih, asik suh baca buku je...

    erk... ajar kat hulu selangor???
    kat mana...?
    saya dulu f4 n f5 kat semashur...

     
  • At 2:23 PM, Blogger Shah CJ said…

    TQ TQ (tepuk)

    sebab jwb tag aku. hehe. suka dgn ko punya frasa: dari hulu ke hulu. nasib baik hulu selangor. kalau huhu tembeling ke hulu rejang ke mau nanges ko. huhu

    selamat bercuti nurul.

     
  • At 7:15 PM, Blogger @xiM said…

    salam nurulll

    first time here terus kenal sapa nurul melaui tag yang di jawab tuh..haha

    salam perkenalan k..

     
  • At 9:04 AM, Blogger NuRuL said…

    kasawari
    yeahh bro..sekali harung jawab..senang citer!!!
    Sebab saya tak suka marah orang, makanya orang pon payah nak marah saya..haha

    ak_0143
    lama sangat baru den dapat jawab. lorr..owh...belajar kt semashur..tp saya tak ajar situ..suma pernah lar menjejak kaki ke situ..biasa larr..satu daerah kan:)

    cikgujawe
    erk..mintak simpang lar hulu rejang tuh walaupun dulu ada gak cita-cita nak ke sarawak sana..tapi duduk kat hulu selangor nih pon aku rasa dah sadis..mujur lar..hehe

    axim
    hehe..salam kenal axim..Itu baru sikit jer tuh..kalau nak citer tak cukup kot satu page..hehe

     
  • At 10:28 AM, Blogger . said…

    hulu ke hulu..
    macam menarik je dengar.hehe.

     
  • At 11:06 AM, Blogger NuRuL said…

    neeziee
    dari hulu nak balik semula ke hulu nih sebenarnya :)

     
  • At 1:14 PM, Blogger arsaili said…

    biru itu menawan....

     
  • At 6:10 PM, Blogger NuRuL said…

    arsaili
    iye bro..biru memang menawan :)

     
  • At 8:22 PM, Blogger khairul najmi yusof said…

    buat jugak akhirnya tag... hulu2 lenggong jugak yang menjadi pujaan hati haahha... andai nanti kaalu dah keje nak keje kat tempat hulu2 jer... taknak duk kat bandar.

     
  • At 9:30 AM, Blogger NuRuL said…

    jangan cakap yer..kot2 nanti duduk kat bandar ko tak mau dah balik ke kampung..haha

     
Post a Comment
<< Home