:: About Me ::
Name:NuRuL SaLeHaH MoHd YuSoF
Hometown:PeRaK
See my complete profile
Previous Post
Archives
:: ShOuTBoX ::



:: Sembang-sembang ::



:: Friends ::
:: Links ::
:: FoToPaGes ::
:: Education ::
:: Powered by ::

Isnaini Dot Com

BLOGGER

 

 

 
  Tuesday, May 06, 2008  
 
 
Hari Mogok Kantin!!!
Tengah hari saya ke sekolah tadi, terdengar keluhan cikgu-cikgu sesi pagi.
" aduh..laparnya perut"
Dadih yang ada dalam peti ais di bilik guru laris macam goreng pisang panas.
Siapa-siapa yang ada simpanan biskut kering dan kerepek-kerepek bermurah hati berkongsi dengan yang lain.
Al kisahnya, pekerja-pekerja kantin sekolah kami lancarkan mogok dan berhenti kerja beramai-ramai.
Tuan punya kantin kami terkulat-kulat lar mengenangkan nasibnya.
Kata cikgu-cikgu pagi, sejak dari pagi hanya dua juadah yang disediakan, nasi goreng + mee goreng.
Kononnya, kata tuan punya kantin..pekerja-pekerja mereka berenti disebabkan banyak sangat komplen dari cikgu-cikgu tentang masakan mereka.
Eleh..baik punya cover..macam orang tak tau!!!
Ikut cerita dari pekerja-pekerja mereka pulak, gaji yang diberi ciput yang amat.
Entah lar..saya pun tak tau mana satu betul.
Tapi yang tak sedap di dengarnya, boleh pentadbir kami cakap
"padan muka cikgu-cikgu, banyak sangat komplennya"
Erk...sabar je lar.
Saya tak rasa apa-apa kesan pon..sebabnya mengajar petang memberikan saya masa untuk menajamkan skill memasak saya ( iye lar sangat nih) ataupun merajinkan diri ke gerai-gerai makan berhampiran untuk tapau makanan.
Iye..saya bukan pengunjung setia kantin pon.. tak larat nak tengok juadah yang sama tiap-tiap hari.
Pernah dengar wantan goreng?
Sungguh, datang sini lar baru saya kenal benda alah itu. Itu adalah makanan ruji pelajar-pelajar sekolah saya sebab start dari mula-mula saya posting sampai lar sekarang ini, tak penah miss punye 'wantan goreng' nih.
Entah apa khasiatnye pon tak tau lar saya.
Sekarang nih rasanye dah senyap dah kan isu kantin sekolah..kalau tak boleh lar kisah kantin sekolah saya nih masuk dalam buletin utama TV3 itu..hehe.
posted by NuRuL @ Tuesday, May 06, 2008  
7 Comments:
  • At 11:45 PM, Blogger AK said…

    oh... gitu pulak...
    kadang2 bosan gak makanan kafe...
    sama je... ingat kita nih leh tahan ke? aish!

     
  • At 9:40 AM, Blogger khairul najmi yusof said…

    hahaha... masak jer sendiri. tetiap hari buat kenduri kat bilik guru tu. baru best... takpun buat dapur dalam bilik guru tu. tak pun masak kat bilik KHB. padan muka pengusaha kantin tu. teringat waktu kelas org berpakat nak boikot kantin. pasal pentadbit tu report jer kat kementerian. banyak sangat songeh nye.

     
  • At 8:56 PM, Blogger :: Wiween :: said…

    hehe kantin ween plak lauk sesedap nurul.ari2 musti pi situ. Tp skang disbbkan diet, pi situ minum jelah.kalo ade sup yg menarik baru ween mkn.hehehe

    tp tu la..harga dia mhl sket la plak.ayam kecik pun rm2.dasat org kantin skang ek..

     
  • At 9:52 PM, Blogger Shah CJ said…

    a'ah le. aku pun boring gak kadang2 makan kt kantin sekolah. dah le mahal. menu yg sama jek tiap2 hari. hu hu

     
  • At 10:00 PM, Blogger NuRuL said…

    ak_0143
    hurm..skang nih org meniaga memang untuk meniaga bukan nak bagi orang makan..tuh yg tak sedap tuh..huhu

    khairnaj
    haha..pengsan lar tiap2 hari buat kenduri..kang bersidai lak cikgu2 dalam bilik guru..

    wiween
    ween..kalo mahal sedap takpe..nih yang hanginnye tak sedap..adoi..ntah lar.

    cikgujawe
    cikgu..jon kita buat rekues kat pak menteri cikgu2 boleh keluar makan di luar sekolah time waktu free..heheh

     
  • At 11:46 PM, Blogger Shah CJ said…

    haaa.. elok le tu. pastu pak menteri tu tanya . ni sapa kepala dtg idea. pastu korang semua tunjuk kt aku.. huhu

     
  • At 12:18 AM, Blogger NuRuL said…

    cikgu jawe
    cikgu..ko kan pandai memberi alasan..ha..gunakan lar alasan2 itu untuk diguna pakai..hehe

     
Post a Comment
<< Home