Dalam banyak-banyak slot semalam, rasanya slot menangani stress tuh paling santai rasanya. Kami cikgu-cikgu nih boleh begelak ketawa sekejap...ada sessi menari-nari pulak tuh..haha!!! Tapi elok-elok dah hilang stress tetiba datang balik stressnya sebab Selasa nih sume kena submit Kajian Tindakan..uwaaa!!! Semasa sesi menangani stress tuh, kami diberi soal selidik nak mengenal pasti sejauh mana kestressan anda itu. Yah..skor saya 67. Kak R***, kaunselor kami kemudiannya membacakan hasil-hasil skor itu.
> 50 - Individu yang bersifat agresif, bertenaga, bercita-cita tinggi, dan berdaya saing. Sangat terdedah kepada stress.Ha..iye..saya memang selalu stress..muahaha.
Kak Z**** di sebelah saya skornya 42.
"individu yang penyabar, sederhana, dan easy going"" Tengok tuh Yani, akak penyabar" tersenyum Kak Z**** mendengar rumusan itu.
"tapi..individu jenis ini adalah orang yang memberi stress kepada orang lain" sambung kaunselor kami lagi.
Kak Yani di barisan depan saya segera berpaling ke belakang...
"ha..dengar tuh Kak Z****, Kak Z**** tak masuk kelas, Kak Z**** relax, kami yang stress tau takut PK petang mengamuk kat akak" Sekali Kak Yani bagi..huhu.
Saya, Kak Maria, Kak Siti dah tak leh cover nak gelak. Paling tak disangka, Kak Rokayah yang lemah lembut itu muka sampai merah menahan ketawa.
Penyataan yang sinis tetapi tiada yang salah melainkan benar-benar belaka. Muahaha.
Apakah kes Kak Z**** itu tak perlulah saya nak ceritakan di sini. Bukan tajuk utama :)
Kak Yani kemudiannya berbisik kepada saya.
"P******a pon tadi angkat tangan untuk skor yang bawah 50"
"ha..ye ker?"
Ok..owh..apakah makna itu???
Lu pikir lar sendiri bak kata Nabil!!!
p/s : Trademark Nabil nih memang dah femes betul sekarang..haha!!!
hihihi
stress tak stress la...
dlm std week nih, stress tuh bagus... sgai penaik smngt nak std...
baik... baik... wa pikir sendiri ler...