:: About Me ::
Name:NuRuL SaLeHaH MoHd YuSoF
Hometown:PeRaK
See my complete profile
Previous Post
Archives
:: ShOuTBoX ::



:: Sembang-sembang ::



:: Friends ::
:: Links ::
:: FoToPaGes ::
:: Education ::
:: Powered by ::

Isnaini Dot Com

BLOGGER

 

 

 
  Tuesday, April 15, 2008  
 
 
Apdet : Surat Ungu Untuk Nuha

Cover novel ini menggamit-gamit hati saya untuk segera mulakan pembacaan, ditambah pula prolognya dimulakan dengan sekeping kad jemputan kahwin. Satu kelainan yang cukup menarik pada saya.
Saya mulakan pembacaan sebaik saja balik dari sekolah semalam. Saya abaikan 'Bella' dan juga 'Sera'. Berhenti seketika untuk mandi..kemudian menyambung kembali muka surat yang terhenti ( baca: saya sedang 'bercuti'.. jadi saya ambil peluang ini sebaik mungkin). Awal pembacaan, saya ketawa terkekeh-kekeh entah berapa kali..suka betul saya dengan karekter si Nuha dan si Alang rebus tak empuk itu..so sweet lar ( dah mula berangan sebetulnya..haha)
Tapi saat pembacaan saya di muka surat ke-162,air mata saya jatuh tak tertahan-tahan. Saya menangis sungguh-sungguh..huhu. Saya tak tau kenapa lar jiwang sangat tatkala itu.. tapi itu lar yang terjadi bila sampai ke part itu. ( owh..saya tak nak ceritakan tentang apa..nanti tak suspen). Sambil kesat air mata, saya sambung kisah seterusnya dan kira-kira jam di HP pukul 12.30 saya sampai ke penghujungnya.
Rumusannya, saya sangat-sangat berpuas hati dan dan saya jeles pada si 'Nuha' kerana ada 'Alang' di sampingnya. Ehmm...saya kepingin sang suami macam 'Alang' yang menegur, meluahkan isi hati dan memberi semangat melalui puisi-puisinya..waduh...jauhnya berangan cik Nurul..haha. Terima kasih kepada Kak Noor Suraya kerana karya yang cukup indah ini.

p/s Saya suka nama'Nuha' itu..ringkas tapi sedap untuk diluahkan dan juga untuk di dengar. Boleh simpan untuk nama anak nanti nih..haha!!!
posted by NuRuL @ Tuesday, April 15, 2008  
7 Comments:
  • At 12:01 PM, Blogger AK said…

    dulu ske baca novel... leh layan ahadiat akashah je, yang len tak ske sgt, bahas meleweh leweh...
    tapi kan, dapat rasa, bila byk baca novel, maken suke berfantasi... hehe

     
  • At 2:42 PM, Blogger khairul najmi yusof said…

    nanti cuti sekolah bawak balik ek novel2 tu. Novel Chef tu macam mana? novel untuk org tajuk apa?

     
  • At 3:04 PM, Blogger Noor Suraya said…

    Salam nurul,

    terima kasih kerana sudi baca Surat Ungu untuk Nuha... :D

    - kaksu a.k.a Noor Suraya -

     
  • At 3:26 PM, Blogger arsaili said…

    as i said earlier memang bestkan...err tapi jangan la sampai jiwang karatzzzz....ekekeke
    Hlovate punya novel mungkin dah baca kan? superb gak

     
  • At 1:01 AM, Blogger hayad said…

    aku bizi.tak sempat baca lg.

     
  • At 5:46 PM, Blogger NuRuL said…

    ak_0143
    dulu2 layan gak ahadiat akashah nih..tapi skang dah tak layan sgt..saya suka berangan2 bila baca novel nih..heheh

    Khairnaj
    yup..nanti cuti eden bawak balik okies!!!

    birunila
    terima kasih kembali untuk kak su untuk cerita yang menarik ini.

    arsaili
    jiwang dah rasenye nih..hehe..terkenang2 lagi watak nuha dan alang itew!!!

    hayad
    baca lar bila dah tak bz nanti..sure anda akan tersenyum seperti saya..hehe

     
  • At 9:51 AM, Blogger Mila said…

    dolu-dolu akak suka gak baca novel... skg dah kurang, masa byk di"occupied" kat benda lain. Akak byk tengok (tengok je bukan baca)magazine. Tapi bila baca post Nurul ni, rasa mcm nk start baca balik la pulak.

     
Post a Comment
<< Home