:: About Me ::
Name:NuRuL SaLeHaH MoHd YuSoF
Hometown:PeRaK
See my complete profile
Previous Post
Archives
:: ShOuTBoX ::



:: Sembang-sembang ::



:: Friends ::
:: Links ::
:: FoToPaGes ::
:: Education ::
:: Powered by ::

Isnaini Dot Com

BLOGGER

 

 

 
  Tuesday, August 21, 2007  
 
 
Kisah sang lipas

Anda fobia dengan lipas? Saya tak tahu kenapa orang lain fobia dengan lipas. Ewah..cakap besar nampak tapi alhamdulillah lar...lipas bukan lar binatang yang saya geruni. Alkisahnya gini.. ada satu program baru-baru nih di sekolah saya, saya dan kak ila yang masih single mingle nih menjadi pilihan pertama lar untuk menemankan pelajar-pelajar perempuan yang tidur di sekolah malam program tuh. Selain kami, ada sorang lagi ustazah, Kak Q. Tempat tidur cikgu-cikgu mestilah spesel sket kan..konon-kononnya kami nak tidur dalam surau kat bilik guru yang ada karpet tuh sementara pelajar-pelajar kami tidur kat satu ruang kosong dengan hanya beralaskan tikar tapi still dalam bilik guru jugak lar. Disebabkan mata dah ngantuk sangat plus badan sangat letih, pelajar-pelajar bising pun kami dah buat tak heran. Biasalar budak-budak nih, kalau dapat berkumpul sesama member, ada jer benda yang nak diborakkan. Gasak korang lar tak nak tido..cikgu-cikgu nih memang dh tak larat nak bukak mata. Hajat di hati kami nak terus tido ngan lena jer. Tapi kemudianya kan..jeng-jeng
Kak Ila : apa benda yang hitam-hitam kat tirai tuh?
Ok..ow..lipas lar. Saya dah tau Kak Ila hosmet saya nih fobia ngan lipas.
Saya : lipas lar kak ila, ada 2 ekor.
Tapi Kak ila relax pulak bila saya gitau lipas..dah letih sangat kot. Tapinya…
Kak Q : hah..lipas ker..ish..Kak Q fobia lipas-lipas nih.
Kak Ila : Ila pun fobia gak..tapi tak mai kot kat kita.
Kak Q : ish..buatnya kita tengah tidur mai merayap kat badan kita..jom lar kita pi tidur luar.
Ah..sudah..saya time tuh hampir-hampir nak terlelap dah. Dah tak kisah lar lipas ker cicak ker..apa ker.
Saya : nak tidur luar ker?
Kak Q : a’ah..jom-jom. Kak Q memang tak boleh lar..geli.

Saya : ehmm..tadi konon kita tak bagi budak-budak tido sini. Mesti diorang pelik apsal kita keluar tido ngan diorang.
Sudahnya, kami bertiga angkut lar toto dengan bantal pegi kat tempat pelajar-pelajar tadi. Mencari kalau ada ruang-ruang kosong yang boleh kami menyelit. Terdiam lar kejap pelajar-pelajar puteri yang bising macam kapal karam nak pecah tadi.
Saya : Dah kamu bising sangat, meh sini kami cikgu-cikgu nih tido sekali ngan awak-awak semua.
Haha..baik punya cover..padahal cikgu-cikgu diorang pegi tido kat luar pasal takutkan lipas. Sampai saat nih, kalau kami bertiga sama-sama ada kat dalam surau untuk solat mesti tergelak sendiri teringatkan peristiwa lipas tuh. Lipas..lipas!!!
posted by NuRuL @ Tuesday, August 21, 2007  
2 Comments:
  • At 1:37 PM, Blogger hayad said…

    bkk sek ni aku nak wat experiment respiration.aku dah suh bdk tangkap lipas then bwk ke sek.tak tau la depa ingat ke tak....

     
  • At 4:22 PM, Blogger sHiBi said…

    ahahhahah...kak ue takut lipas..
    tapi sy pun takut gak lipas...
    irma yg tukang bunuh lipas kat rumah..

     
Post a Comment
<< Home