Kuih Siput
Bahan-bahan 6 sudu besar jintan kecil 1 sudu besar jintan besar 15 biji cili kering 3 sudu besar lada hitam 2 sudu kecil garam 1 peket santan 2 sudu besar gula 2 biji bawang besar 1 kg tepung gandum ½ cawan marjerin Daun kari
Cara membuatnya Gaulkan tepung dengan marjerin Blend jintan, cili kering, lada hitam, bawang, gula dan garam bersama-sama dengan santan, masukkan ke dalam tepung yang digaul dengan marjerin tadi . Uli hingga sebati. Masukkan daun kari yang dah dihiris dengan halus ke dalam adunan tadi. Gunakan papan acuan untuk bentukkan jadik cam bentuk siput. Then, goreng larr hingga kekuningan guna api yang sederhana.
Cubaan pertama aku, konon-konon nak try buat sendiri larr duk sorang2 kat umah..ape yang silap ntah jadik gebu semacam..huhuhu..dah lar sekali buat byk lak tuh. Mak cakap terlebih marjerin..tu larr padahnya tak ikut sukatan betul-betul. Jangan harap larr aku nak angkat jadik hidangan pagi raya nanti..malu!!! anak dara buat tak jadik L. Aku tak master lagi larr …lagi prefer masak lauk2..ade jer yang tak kena kalau try buat kuih2 /kek nih..huhuhu!!! Ade orang yang beria-ia mintak resepi nih…cuba jgn tak cuba!!!
|