:: About Me ::
Name:NuRuL SaLeHaH MoHd YuSoF
Hometown:PeRaK
See my complete profile
Previous Post
Archives
:: ShOuTBoX ::



:: Sembang-sembang ::



:: Friends ::
:: Links ::
:: FoToPaGes ::
:: Education ::
:: Powered by ::

Isnaini Dot Com

BLOGGER

 

 

 
  Wednesday, November 08, 2006  
 
 
apdet story
Semalam interview untuk penempatan guru 2007 di Politeknik Ungku Omar.
Satu soalan saya kantoi..adoi..malu betul lar!!! Saya dah agak jawapan saya salah berdasarkan muka-muka sinis yang ditunjukkan oleh panel-penal tersebut.
Bukan saya tak baca paper..tapi baru saya tahu saya sekadar membaca tapi tak di inputkan ke dalam otak. Adoi..terasa macam semut tul tika itu..macam cetek sangat pengetahuan saya nih. Penat saja saya menghafal teori-teori + isu-isu pendidikan.
Tapi benda dah lepas pun..tak guna saya nak menyesal. Mungkin jawapan pada soalan-soalan lain boleh membantu saya dapat markah yang tinggi. Berserah dan berdoa sementara menunggu hari-hari seterusnya ini..moga-moga itu rezeki saya!!!
Saya juga diberi pilihan untuk menukar opsyen dalam borang yang disediakan, antara prasekolah, pendidikan khas, pemulihan dan bahasa inggeris.
Saya tak fikir panjang terus saja tanda prasekolah sebagai opsyen pilihan..mungkin lar saya dah selalu terdedah dengan suasana di tadika Acik. Masa ditanya pun dengan yakin nya saya jawab..macam dah tahu benar-benar apa yang dikatakan ‘prasekolah’ tuh
Tapi bila di rumah, saya terfikir sejenak..uish… bila dapat surat camnih ‘tahniah, anda terpilih untuk mengikuti program penukaran opsyen prasekolah di bla-bla-bla…’ tegakah saya ? Bidang itu totally different dengan apa yang saya belajar 4 tahun di universiti. Betul kah pilihan yang saya dah buat nih?
Seorang kawan saya kata ‘jiwa keibuaan betul hang nih’ bila saya ceritakan opsyen pilihan saya. Muahaha…memang lar tak dinafikan saya sukakan budak-budak tapi kadang-kadang bila tak dapat nak control saya nih melenting jugak.
Ehmm…tak habis sebenarnya fikir padal life nih..saya bukan nobita yang ada doraemon dengan mesin merentas masanya untuk lihat apa yang bakal terjadi.
Sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui mana yang baik dan buruk untuk hambaNYa.

"Saya itu..saya ini..yang sebenarnya saya masih teringat dengan stail perbualan di interview semalam..tapi stail penulisan menggunakan ‘saya’ lebih sedap didengar..ye tak? :) "
posted by NuRuL @ Wednesday, November 08, 2006  
5 Comments:
  • At 12:45 PM, Blogger Faiz said…

    sorry ler aku gelak kan ko itu hari hehe arep ko tak kecik hati la aku pun ado exam next week nih muga2 aku sukses dan tak buat silly mistake ;) hehe

     
  • At 12:10 PM, Blogger hayad said…

    tak nak umumkan ke soklan ape yg hg kantoi tu?ekekekeke

     
  • At 4:29 PM, Blogger NuRuL said…

    faiz
    aku tak kecik ati pun..still ada masa utk exam ko..so masih sempat tuk buat revision

    hayad
    huhu..takmo dayah!!!

     
  • At 12:18 AM, Blogger Faiz said…

    Soalan cepu emas "apakah ibu negara guatemala?" :D

     
  • At 11:14 AM, Blogger NuRuL said…

    capital city of guatemala --> guatemala city

    aku search kat internet nih..hehe

     
Post a Comment
<< Home