Tips tuk jadi cikgu yang baik .. summarize dari teaching methods yang aku baca tuk exam baru2 nih.. saje2 aku postkan kat sini sebabnya aku nih mudah sgt lupa.. nih larr padahnya kalo baca semata2 utk exam.
Cikgu kena tahu kaedah pengajaran yang bleh diaplikasikan tuk mengajar. Banyak kaedah2 yang bleh digunakan selain dari just bagi penerangan kat students.
Cikgu kena paham perangai students. Dekatkan diri dengan students, cuba tuk jadi sahabat pada students kita
Cikgu kena concerned ngan proses pembelajaran students, bukan hanya nak tgk pencapaian akhir students wheter bagus ke tak.
Cikgu kena kenalpasti jenis2 students dalam klas sebab suma students tak sama, ade yang aktif, ade yang slow, ade jugak yang cepat boring. So cari pendekatan yang sesuai ngan setiap students nih
Kalau time ngajar, kena tgk juga penerimaan students. Klau students dah boring, cuba buat something yang bleh cheers up students balik.
Bagi pujian pada students kalau students dah try something good tuk naikkan motivasi diorang
Yang nih tambahan yang aku dapat dari lecturer time matrik dulu. Kalau kita jadik cikgu, make sure yang kita hanya bukan mengajar ilmu dunia, tapi setkan dalam minda students yang belajarlah untuk mendapat keredhaan ALLAH S.W.T
Ehmm..aku harap aku pun bleh aplikasi suma2 nih time aku nak LM ngan btul2 dah jadik cikgu nanti. Ade sape2 yang tambah ker? Sila2 larr kongsi key!!! |