Lamanya saya tak jengah ke sini...tak tertebas lalang-lalang yang tumbuh meliar rasanya..hehe. Awal tahun 2008... hari pertama persekolahan Saya tanamkan dalam hati..Saya mesti isi borang tukar jugak tahun ini. Nak balik perak duduk ngan Famili. Pertengahan tahun.. Kak Yanie datang jumpa saya. Puas saya fikir..tanyakan pendapat mak dan ayah..ini bukan benda main-main..ini soal hidup saya..dah tersurat gaknya,akhirnya saya terima hajat Kak Yanie. Dia call saya..esoknya saya rasa ada satu perasan halus dalam diri saya..cewahh!!! 6 julai 2008..pertama kali kami berjumpa. Sebulan kenal..dia datang ke rumah dengan maknya jumpa famili saya. Bincang itu dan ini...4 syawal yang lepas kami ikat tali pertunangan. Alhamdulillah..tinggal tak berapa lama lagi status saya di meja bilik guru ini akan berubah. Bukan lagi 'CIK NURUL' :) Kenapa saya terima dia? Satu soalan yang saya rasa saya tak ada jawapannya. Cuma yang pasti hati saya dah ada pada dia. Untuk kawan-kawan yang saya pernah kenal di alam maya ini..walaupun dah lama kita tak saling bertandang..saya harap doa dari kalian supaya saya segala urusan saya dipermudahkan. Doakan rumahtangga yang akan saya bina ini akan mendapat keberkatan dari Allah swt. Saya juga dengan rasa besar hatinya nak jemput kalian semua ke majlis saya... mana tau ada yang bertandang ke Perak di hari yang sama..sudi-sudikanlah datang ke majlis saya. p/s Tinggalkan alamat kalian untuk saya poskan kad :)
wah!
terkejut sebenarnya tgk ada update!
tgk2 mau kahwin dah...
congrats2...
mmm nak pegi, mcm jauh pulak...
hanya dari jauh ku kirimkan doa ek... =p
congrats cikgu!
n happy belated teachers day!
wah!