:: About Me ::
Name:NuRuL SaLeHaH MoHd YuSoF
Hometown:PeRaK
See my complete profile
Previous Post
Archives
:: ShOuTBoX ::



:: Sembang-sembang ::



:: Friends ::
:: Links ::
:: FoToPaGes ::
:: Education ::
:: Powered by ::

Isnaini Dot Com

BLOGGER

 

 

 
  Thursday, January 05, 2006  
 
 
PANTUN CIKGU DAN MURID
Cikgu sibuk mesyuarat guru
Anak murid mula bersekolah
Keputusan jangan terburu-buru
Semua kemungkinan perlu ditelaah

Cikgu menulis di papan hitam
Anak murid tekun meniru
Lupakan sahaja sejarah hitam
Ambil sahaja tekad yang baru

Cikgu garang membawa rotan
Anak murid senyap dan kelu
Nasib manusia mengikut suratan
Namun usaha amatlah perlu

Cikgu penat memberi nasihat
Anak murid kenalah mengikut
Jangan terikut sifat tak sihat
Nanti ke tua terikut-ikut....

Cikgu mengajar penuh dedikasi
Anak murid seronok belajar
Perlu selalu tingkatkan prestasi
Baru berjaya impian dikejar
posted by NuRuL @ Thursday, January 05, 2006  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home