:: About Me ::
Name:NuRuL SaLeHaH MoHd YuSoF
Hometown:PeRaK
See my complete profile
Previous Post
Archives
:: ShOuTBoX ::



:: Sembang-sembang ::



:: Friends ::
:: Links ::
:: FoToPaGes ::
:: Education ::
:: Powered by ::

Isnaini Dot Com

BLOGGER

 

 

 
  Thursday, July 17, 2008  
 
 
Baju Korporat
Suasana dalam bilik guru cam havoc sekejap..saya yang baru turun dari kelas 1E terpinga-pinga dari jauh. Kat ruang sofa..penuh cikgu-cikgu berkerumun. Saya pon menyibukkan diri.
"Apa hal nye?"
"Ni ha..baju keparat dah sampai" pergh..sungguh laser mulut akak itu..hehe.
Oooo..baru teringat..memang Mem kami ada mengarahkan cikgu-cikgu order ngan fitting untuk baju korporat nih sebelum nih...dah sampai rupenye.
Apa relevannya ha...sekolah bukan badan korporat pon..alahai..ikut je larr.
Melawan kang takde apa faedahnya jugak..yang berkeras tak nak beli pon terpaksa jugak untuk membeli. Bukan pree tau..RM 65 tuh.
"apa larr design tak lawa nih..cam makcik cleaner kat Selayang Mall jer ha" ada suara merungut.
Ok..baju korporat dah sampai..katanya kami semua-semua akan pakai pada setiap hari Isnin.. cikgu-cikgu pompuan akan pakai dengan kain hitam.. saya tak beli pon lagi kain hitamnya.. Tunggu tengok Mem kami pakai baru kami-kami semua akan pakai..haha!!!!

Nih baju saya :)

Baju korporat dah setel..nih kami dapat arahan baru pulak. Setiap cikgu diwajibkan pakai baju unit beruniform masing-masing. Berkuat kuasa lagi 2 minggu. Arahan nih dah lama..tapi kami-kami buat dek lagi walaupun dah ada yang mula pakai.
Aduh larr...nih yang saya malas nih. Lepas satu-satu.
Saya guru penasihat Kadet Bomba...Nak pakai baju celoreng-celoreng itu..adoiiiii...tak sanggup rasanya. Kak Siti dah pakai semalam...panas ya amat katanya.
Kami mintak kelonggaran pakai t shirt bomba sahaja..tau apa katanya
"apsal bomba tuh tak merungut panas pon pakai baju nih time padam api"
Ceh...bengang btol lar!!!
Kak siti kata lagi...students cakap apa kat dia
"cikgu usah pakai dah larr cikgu baju nih..hilang kejelitaan cikgu"
Haha...kalau saya yang pakai..habis larr keayuan I..kekeke.
Boleh tak nak gunakan alasan itu supaya saya tak pakai..muahaha. Nak kena penampor cik nurul..hehe.
Setakat nih saya tak beli pon lagi..biar larr..dah kena marah betul2 nanti baru saya beli..haha..baik punye cikgu!!!
posted by NuRuL @ Thursday, July 17, 2008   13 comments
 
 
  Thursday, July 10, 2008  
 
 
Sekolah dilanda badai
Alhamdulillah..saya sekarang sudah boleh berborak macam biasa dengan Kak Jay..tidak ada rasa canggung atau takut-takut.
Dan saya sangat-sangat bersyukur..perkataan nan satu itu tak pernah saya hamburkan berdepan pada pelajar-pelajar India saya walau segeram mana terhadap perangai mereka yang cam S***N itu.
Alkisahnya, Pagi Jumaat yang lepas sekumpulan Ibu-bapa pelajar I***a datang menyerang sekolah.
Bermula dari teguran Pengetua pada pelajar-pelajar perempuan
Pengetua saya cakap cam gini " jangan berperangai seperti pelacur"
Makanya mereka-mereka ini mengadu kepada mak ayahnya yang pengetua dah menyamakan diri mereka seperti pelacur.
Kebetulan, hari jumaat ada Hari Puteri Islam peringkat daerah. Pengetua saya mintak mereka-mereka itu balik dulu kemudian datang balik waktu petang.
Ya..mereka datang kembali pada waktu petang..tepat-tepat pukul 3. Tapi kehadiran mereka bersama-sama dengan 2 orang pegawai polis.
Laopran polis sudah dibuat.
Alasan yang pertama :
Mereka di halau dari sekolah oleh pengetua
Alasan yang kedua :
Kelakuan segelintir cikgu-cikgu. Yang memberi gelaran Ke**ng dan juga P*r*y* kepada mereka-mereka itu. Malah ada disebut nama-nama cikgu tersebut dalam laporan polis. Mujur larr nama saya takde..huhu
Dan..berlaku lar sesi soal siasat antara pengetua dan pihak polis.
Mereka mahukan Pengetua meminta maaf secara terbuka. Pengetua saya memberi jaminan akan meminta maaf semasa perhimpunan hari Isnin.
Kebetulan, hari isnin saya kena turut serta untuk pelancaran Bulan PSS..makanya saya dapat menyaksikan senario itu. Yap..sekolah saya dah jadi cam perhimpunan H*****F. Dan memang ada segelintir yang memakai lilit kepada yang tertulis H*****F itu.
Memang..pengetua saya ada menyebut maaf itu..tapi perkataan itu tak ditujukan khusus..pengetua menyebut secara umum.
Apa yang saya nak cakap..mereka-mereka ini..boleh luangkan masa untuk mendengar perkataan maaf itu..tapi masa sekolah adakan hari terbuka untuk diskas pasal pelajaran anak-anak..haram nak datang sekolah.
Dan sekarang..pelajar-pelajar bangsa itu di sekolah saya..muka berlagak semacam. Dah menang sangat larr itu kononnya. Sehingga saat ini..kami cikgu-cikgu tak tau sama ada laporan polis itu dah ditarik balik atau belum.
Semalam pegawai PPD turun sekolah.. Tak tau larr apa ceritanya pulak..memang ada 4-5 orang mak ayah pelajar bangsa itu yang turut sama ada.
Aish larr...apa nak jadi larr sekolah saya nih. Mujur takde keluar dalam buletin utama TV3 saja..huhu
posted by NuRuL @ Thursday, July 10, 2008   12 comments
 
 
  Friday, July 04, 2008  
 
 
Terlajak perahu boleh di undur...
Dah seminggu sebenarnya hal ini berlaku..

Jumaat yang lepas...kami berkumpul sementara menantikan waktu perhimpunan habis.
Kak Gi tiba-tiba mengeluh.
"Lepas ni kelas 3F, dah malas rasannya nak masuk kelas tuh"
"Kenapanya?" tanya Kak Azwa
"Perangai diorang lar.."Ngadu Kak Gi
Tetiba saya menyampuk dengan mulut lancangnya
"3F tuh sebabnya penuh dengan budak2 cina ngan Kaf lam ya Nga tuh"
Suasana tiba-tiba jadi hening seketika..saya pelik jugak larr..selalunya Kak Azwa bukan main best bercakap budak-budak itu..
Dan..akhirnya saya terperasan...ada kak Jay bersama-sama kelompok kami itu..
Waaa...saya rasa nak tepuk-tepuk jer mulut saya nih..
Alahai Nurul..apsal lar cabul sangat mulut tuh.
Saya tak bermaksud nak menghina pon sebenarnya..tapi perkataan itu terkeluar secara refleks.
Habis semua kemali ke tempat duduk masing-masing..Kak Azwa datang kepada saya.
"ish..awak nih Nurul..cakap tak cover langsung"
"huhu..itu larr..saya baru tersedar..aduh larr"
"dah..nak buat camne kan..dah terlepas" komen Kak Azwa.

Masuk minggu baru..saya sangat sibuk..tak sempat pon nak bertegur sapa dengan Kak Jay.
Tapi..pagi tadi sementara menunggu budak-budak saya untuk ke KKB..terserempak dengan Kak Jay...tapi lidah saya kelu..saya takut lar pulak nak cakap...aduh lar...camne nih!!!
posted by NuRuL @ Friday, July 04, 2008   6 comments