:: About Me ::
Name:NuRuL SaLeHaH MoHd YuSoF
Hometown:PeRaK
See my complete profile
Previous Post
Archives
:: ShOuTBoX ::



:: Sembang-sembang ::



:: Friends ::
:: Links ::
:: FoToPaGes ::
:: Education ::
:: Powered by ::

Isnaini Dot Com

BLOGGER

 

 

 
  Wednesday, November 29, 2006  
 
 
Menahan rasa..
semalam ke ipoh..temankan mak.
Kami ke Nagoya textiles..mak nak cari kain satin untuk buat pot pouri katanya..
sambil-sambil tuh..aku saje2 lar tgk kain pasang..
uish..cantik banget!!! Ada dah yang aku berkenan.. RM 14.90 semeter
kaler kuning2 coklat.. yang warna hijau pun cantik jugak..alahai..
Kalo aku beli..makanya bertambah larr koleksi kain2 pasang dalam almari yang belum dihantar untuk ditambah..membazir lak namanya.
sekarang nih aku masih dapat menahan lar keinginan untuk membeli tuh..tapi serius..kain uth memang cantik lar!!!
posted by NuRuL @ Wednesday, November 29, 2006   0 comments
 
 
  Wednesday, November 22, 2006  
 
 
Apa kena eh..
2-3 minggu nih..asyik tak sedap badan jer
kepala pening..tekak rasa loya...
ohooo..tapi jangan salah paham lak..
Ngadu kat Mak..
Mak kata gini " pergilah jumpa doktor..badan tuh bukan nak pakai setahun dua"
Ngadu kat Acik
Acik lak kata gini "Muda-muda lagi dah macam-macam penyakit..penuh angin badan tuh"
uishh..gerun lak aku dengarnya.
Ada betul gak sebenarnya badan aku nih penuh angin.
Tak tau lar apa istilahnya orang panggil..tapi selalu sangat aku sendawa cam lepas makan tuh..
Camne eh..aku beli jeruk halia..kata orang bleh kurang angin dalam badan..
Tapi makan dalam satu jurai jer...dah rasa tak lalu.
Nak pegi jumpa doktor ker..nak pergi berurut ek..
Sekarang nih nak cari tukang urut pun dah susah..
Memang rasa cam nak pegi berurut satu badan nih pun.
Tapi ada lak yang cakap..muda-muda tak elok pegi berurut..jangan biasakan sangat..
Nak kata tak exercise..tiap-tiap pagi aku pegi jogging..
salah tang mana lar nih..huhu
Aduh..gi mana nih!!!
posted by NuRuL @ Wednesday, November 22, 2006   1 comments
 
 
  Tuesday, November 14, 2006  
 
 
impian..impian
Ini bukan kisah ‘Impian Ilyana’ yang sering kebuntuan.
Tapi nya mari kita bercerita pasal ‘mencuri impian’, ehmm…macam mana impian boleh dicuri ya?

“Impian kita adalah hak milik kita yang tidak boleh dicuri oleh orang lain”
“Bagaimana impian boleh dicuri?”
“Contohnya di sini, impian kita untuk menjadi usahawan yang berjaya namun kemudiannya orang terdekat kita menakut-nakutkan mengenai risiko melibatkan diri dalam bidang perniagaan..dan akhirnya kita membatalkan impian itu serta merta..disaat itu sebenarnya impian kita sudah dicuri”

Ada cara untuk mempertahankan impian?

Pertama, kenali diri sendiri dan tahu kemampuan diri untuk capai impian

Kedua, jangan beritahu impian kepada orang-orang yang negatif

Ketiga, beritahu kejayaan yang dicapai dan jangan beritahu kegagalan

Keempat, rancang cara-cara bagi menjawab soalan-soalan dari orang-orang yang negatif

Kelima, yakinkan diri sendiri impian kita adalah hak milik sendiri dan bukannya hak milik orang lain

Segala kata-kata diatas adalah petikan dari novel ‘Dari Kepala Batas ke New Heaven’ karya Ashadi Zain yang mana merupakan salah satu daripada siri ‘Sebuah Diari Kehidupan’ terbitan PTS publication

Sesekali kena tukar angin sebab dah jemu baca novel-novel cinta
posted by NuRuL @ Tuesday, November 14, 2006   1 comments
 
 
  Wednesday, November 08, 2006  
 
 
apdet story
Semalam interview untuk penempatan guru 2007 di Politeknik Ungku Omar.
Satu soalan saya kantoi..adoi..malu betul lar!!! Saya dah agak jawapan saya salah berdasarkan muka-muka sinis yang ditunjukkan oleh panel-penal tersebut.
Bukan saya tak baca paper..tapi baru saya tahu saya sekadar membaca tapi tak di inputkan ke dalam otak. Adoi..terasa macam semut tul tika itu..macam cetek sangat pengetahuan saya nih. Penat saja saya menghafal teori-teori + isu-isu pendidikan.
Tapi benda dah lepas pun..tak guna saya nak menyesal. Mungkin jawapan pada soalan-soalan lain boleh membantu saya dapat markah yang tinggi. Berserah dan berdoa sementara menunggu hari-hari seterusnya ini..moga-moga itu rezeki saya!!!
Saya juga diberi pilihan untuk menukar opsyen dalam borang yang disediakan, antara prasekolah, pendidikan khas, pemulihan dan bahasa inggeris.
Saya tak fikir panjang terus saja tanda prasekolah sebagai opsyen pilihan..mungkin lar saya dah selalu terdedah dengan suasana di tadika Acik. Masa ditanya pun dengan yakin nya saya jawab..macam dah tahu benar-benar apa yang dikatakan ‘prasekolah’ tuh
Tapi bila di rumah, saya terfikir sejenak..uish… bila dapat surat camnih ‘tahniah, anda terpilih untuk mengikuti program penukaran opsyen prasekolah di bla-bla-bla…’ tegakah saya ? Bidang itu totally different dengan apa yang saya belajar 4 tahun di universiti. Betul kah pilihan yang saya dah buat nih?
Seorang kawan saya kata ‘jiwa keibuaan betul hang nih’ bila saya ceritakan opsyen pilihan saya. Muahaha…memang lar tak dinafikan saya sukakan budak-budak tapi kadang-kadang bila tak dapat nak control saya nih melenting jugak.
Ehmm…tak habis sebenarnya fikir padal life nih..saya bukan nobita yang ada doraemon dengan mesin merentas masanya untuk lihat apa yang bakal terjadi.
Sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui mana yang baik dan buruk untuk hambaNYa.

"Saya itu..saya ini..yang sebenarnya saya masih teringat dengan stail perbualan di interview semalam..tapi stail penulisan menggunakan ‘saya’ lebih sedap didengar..ye tak? :) "
posted by NuRuL @ Wednesday, November 08, 2006   5 comments
 
 
  Wednesday, November 01, 2006  
 
 
huiyoo..bengangnya
Rasa cam nak hempuk-hempuk jer tepon..tapi sayang oo..yang ruginya nanti aku gak
"pangggilan anda disambungkan..sila tunggu untuk bercakap dengan operator kami"
makanya aku pun sabar menunggu larr diiringi muzik yang ntah apa-apa..tapinya
"kami hargai kesabaran anda..operator kami masih sibuk..sila tunggu sebentar lagi"
tunggu lagi..dan lagi!!!
aduhai..camni ker servis yang diberi..ntah apa-apa betul lar!!!
harap maklum..aku pun tak tau lar ada prob apa ngan dial up nih..huh..sabo je larr!!!
posted by NuRuL @ Wednesday, November 01, 2006   2 comments